PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 

Mei 25, 2018 -Jumaat

 
  SAMBUTAN LUAR JANGKAAN JIMAT BELANJA DAPUR

Monday 12/02/2018



    
    
 KLUANG, 12 Feb (Bernama) -- Program Jualan Jimat Belanja Dapur pada 11 Februari 2018 mendapat sambutan menggalakkan di sini sempena Karnival NBOS Bersama Rakyat di Paloh bagi memberi peluang kepada penduduk setempat mendapatkan barang keperluan dengan harga yang lebih rendah dari harga pasaran. 


 
Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani (MOA) melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memperkasakan Program Jimat Belanja Dapur (JBD) bagi memberi peluang kepada pengguna mendapatkan penjimatan harga yang lebih rendah 5% - 20% dari harga pasaran semasa. Program JBD dilaksanakan di 714 lokasi pasar tani, 426 Agrobazaar Kedai Rakyat, 110 Agrobazaar Rakyat 1Malaysia (ABR1M) dan 6 My Farm Outlet dan semua program Jualan My Best Buy di seluruh negara sepanjang tahun ini.
 
FAMA Negeri Johor pula turut melaksanakan program ini di 63 lokasi pasar tani seluruh negeri, di 25 Agrobazaar Kedai Rakyat, 6 Agrobazaar Rakyat 1Malaysia (ABR1M) dan juga dalam Program My Best Buy seperti ini. Melalui program ini, pengguna dapat jimat berbelanja bagi 27 barangan keperluan terpilih seperti ikan, ayam, sayur dan buah-buahan.
 
Tan Sri Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin, Pengerusi FAMA berkata, melalui program My Best Buy dan inisiatif FAMA melaksanakan jualan Jimat Belanja Dapur pengguna di kawasan setempat ditawarkan produk dengan “High Quality with Affordable Price”. Di samping itu penglibatan konsep Jualan Terus Dari Ladang dapat membantu mencapai objektif program ini. 
 
"Program ini adalah langkah kerajaan menangani kos sara hidup yang semakin meningkat, selain mendidik rakyat berbelanja secara berhemat dengan pelaksanaan Program Jimat Belanja Dapur 2018. Pengguna juga ditawarkan produk dengan konsep “High Quality with Affordable Price “katanya.
 
Beliau berkata demikian kepada media pada Program Jimat Belanja Dapur Sempena Fiesta NBOS Bersama Rakyat yang dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Hishamuddin bin Tun Hussein, Menteri Pertahanan Malaysia. Turut hadir YAB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin nordin, Menteri Besar Johor, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Ali bin Hamsa, Ketua Setiusaha Negara dan Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Malaysia.
 
Pihak FAMA di Paloh kali ini menawarkan lebih daripada 50mt barangan keperluan harian termasuk sayur- sayuran, barang kawalan dan juga telur ayam dengan peratus penjimatan harga dari 5% sehingga 25% daripada harga pasaran semasa. Pelaksanaan jualan “Happy Hour” juga akan memberikan penjimatan harga melebihi 20% untuk komoditi kentang dan kobis. 
 
Melalui program itu, Badruddin berkata, ia membabitkan hasil pertanian dan produk makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, barangan runcit, ayam segar, ikan dan produk proses Agromas.
 
Sempena program ini, FAMA dengan kerjasama Pertubuhan Peladang Negeri Johor menawarkan jualan 3,000 ekor ayam super dengan harga RM16 untuk setiap 3 ekor. Selain itu jualan sayuran, buah-buahan, anak benih pokok berkonsepkan “Happy Hour” juga diadakan.  Terdapat jualan ikan segar dan ikan segar beku pada harga yang sangat berpatutan seperti ikan selayang rm8/kg, ikan kembung Q-Fish RM10 sebungkus dan pelaling besar pada harga RM12/kg.

SUMBER : Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
 
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama : Asmizal Binti Jaafar
Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) 
Tel : 019- 954 3338
Emel : asmizal@fama.gov.my 
 
Nama : Mohd Anzara Azizan@Halim 
Penolong Pengarah Komunikasi Korporat 
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) 
Tel : 017-8448420
Emel : anzara9810@gmail.com
 
--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2018 MREM . All rights reserved.