PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 

Februari 21, 2018 -Rabu

 
  KENYATAAN MEDIA YB DATUK SERI MAH SIEW KEONG MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI : PRESTASI PERDAGANGAN SEKTOR KOMODITI PADA TAHUN 2017

Thursday 08/02/2018


Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong melawat bilik gerakan minyak sawit semalam sebagai sebahagian daripada persediaan pihak kementerian untuk misi ke Eropah dalam masa yang terdekat.



KUALA LUMPUR, 8 Feb (Bernama) -- Pada tahun 2017, eksport sektor komoditi telah mencatatkan nilai tertinggi semenjak tahun 2011 (RM141.1 bilion) dimana pendapatan eksport produk-produk komoditi adalah sebanyak RM140.3 bilion atau 15% daripada keseluruhan pendapatan eksport negara. Nilai ini adalah peningkatan sebanyak 14.4% berbanding RM122.6 bilion yang direkodkan pada tahun 2016.

Sektor komoditi juga kekal sebagai net exporter terbesar dengan merekodkan imbangan dagangan sebanyak RM100.8 bilion berbanding sektor lain seperti elektrik dan elektronik sebanyak RM90.1 bilion dan petroleum dan gas sebanyak RM36 bilion.

Prestasi eksport bagi produk-produk komoditi pada tahun 2017 adalah seperti berikut:
 
(i) produk-produk sawit yang menyumbang sebanyak 55.5% kepada pendapatan eksport sektor komoditi, meningkat 14.6% kepada RM77.8 bilion;
(ii) produk-produk getah yang menyumbang sebanyak 23% kepada pendapatan eksport sektor komoditi, meningkat 30.2% kepada RM32.3 bilion;
(iii) produk-produk kayu kayan yang menyumbang sebanyak 16.6% kepada pendapatan eksport sektor komoditi, meningkat 5% kepada RM23.2 bilion;
(iv) produk-produk koko yang menyumbang sebanyak 4% kepada pendapatan eksport sektor komoditi, menurun 3% kepada RM5.6 bilion;
(v) produk-produk tembakau yang menyumbang sebanyak 0.8% kepada pendapatan eksport sektor komoditi, menurun 29.8% kepada RM1.1 bilion; dan
(vi) produk-produk lada yang menyumbang sebanyak 0.2% kepada pendapatan eksport sektor komoditi, menurun 37% kepada RM308.9 juta.

Disebalik cabaran yang dihadapi, Datuk Seri Mah Siew Keong mengiktiraf prestasi cemerlang ini sebagai hasil usaha kerasa daripada pelbagai pihak yang terlibat termasuklah pihak industri, pekebun kecil dan agensi kerajaan.

Datuk Seri Mah Siew Keong berharap agar usaha ini dapat diteruskan bagi mengukuhkan industri komoditi negara demi membela sumber pendapatan 1.2 juta pekebun kecil.
 
YB DATUK SERI MAH SIEW KEONG
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi

SUMBER : Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : SITI HAJAR ZULKEFLE
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Tel : 03 - 88803381
Faks : 03 - 88878205

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2018 MREM . All rights reserved.