PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 

Februari 21, 2018 -Rabu

 
  KARYA-KARYA AGUNG YANG MEMAPARKAN MUSIM BUNGA AKAN DIPAMERKAN DI MUZIUM NASIONAL BAGI SENI LUKIS MODEN, TOKYO, BERHAMPIRAN ISTANA IMPERIAL, MEMPERKENALKAN SENI JEPUN ABAD KE-20

Wednesday 07/02/2018



AsiaNet 72196

TOKYO, 7 Feb., 2018 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

Muzium Nasional bagi Seni Lukis Moden, Tokyo, muzium seni lukis nasional yang pertama di Jepun yang terletak di Taman Kitanomaru yang bersebelahan dengan Istana Imperial, akan mempamerkan pelbagai karya agung yang memaparkan musim bunga pada pameran musim bunga tahunannya pada tahun 2018.

Hasil karya yang akan dipamerkan termasuk "Parting Spring" oleh KAWAI Gyokudo yang menggambarkan bunga sakura. Karya agung itu, yang ditetapkan sebagai sebuah Harta Budaya yang Penting, boleh dipamerkan hanya sekali setahun. Lebih-lebih lagi, karya FUNADA Gyokuju "Flowers (Image of Evening)," satu pertambahan pada muzium itu, akan dipamerkan buat kali pertama semasa acara tahunan itu. Di Galeri Kraf muzium itu, seramik, barangan yang disalut dengan lakuer, tekstil dan hasil kerja logam adalah di antara hasil kraf tangan lain yang akan dipamerkan.

(Foto: http://prw.kyodonews.jp/opn/release/201802060690/?images)
 
(Siaran TV: https://www.youtube.com/watch?v=2KDExHpvdck)
 
Anda boleh melihat satu-satunya koleksi kerja seni Jepun, di mana anda boleh mempelajari sejarah seni moden Jepun yang lebih dari 100 tahun, di Muzium Nasional bagi Seni Lukis Moden, Tokyo.

Taman Chidorigafuchi, yang terletak dalam jarak berjalan kaki dari muzium itu, dikenali sebagai satu daripada tempat paling baik di Jepun untuk melihat bunga sakura, yang dikunjungi oleh lebih satu juta orang dari seluruh dunia. Muzium itu mengadakan Festival Musim Bunga untuk berbetulan dengan zaman itu apabila bunga sakura berkembang mekar.
 
Maklumat mengenai Muzium Nasional bagi Seni Lukis Moden, Tokyo
 
Muzium Nasional bagi Seni Lukis Moden, Tokyo mengadakan "Koleksi MOMAT," di mana kira-kira 200 hasil karya daripada koleksi mereka yang mencakupi lebih daripada 13,000 hasil karya dipamerkan dengan penjelasan dalam Bahasa Inggeris semasa setiap tempoh pameran itu. Panduan audio dalam Bahasa Inggeris, Cina dan Korea juga disediakan.
"Room With A View," sebuah ruang pemerhatian di Muzium Seni itu, mempunyai sebuah pemandangan panoramik terhadap Istana Imperial yang kaya dengan alam semula jadi dan pencakar-pencakar langit.
Laman web: http://www.momat.go.jp/english/
 
Pameran & acara  Musim Bunga
- Muzium Seni Lukis: Koleksi MOMAT, dari 20 Mac hingga 27 Mei, 2018
 
Galeri Kraf: Tangan-tangan Pakar di dalam Era Meiji: Pameran Ulang tahun ke-40 Galeri   Kraf- dari koleksi muzium, dari 1 Mac hingga 27 Mei, 2018
 
Festival Musim Bunga di Muzium Nasional bagi Seni Lukis Moden, Tokyo: dari 23 Mac hingga 8 April, 2018
 
Kotak makan tengah hari khas untuk penonton bunga sakura akan dijual di L'ART ET MIKUNI, sebuah restoran yang terletak di premis muzium berkenaan.
 
SUMBER: Muzium Nasional bagi Seni Lukis Moden, Tokyo
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2018 MREM . All rights reserved.