PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 

Ogos 18, 2018 -Sabtu

 
  CIRI-CIRI: HAINAN DI CHINA MEMIKAT PELANCONG DUNIA DENGAN LEBIH DARIPADA PANTAI

Monday 05/02/2018



AsiaNet  72165

BEIJING, China, 5 Feb., 2018 /Xinhua-AsiaNet/ --

Yana Zhuravleva, 38, dari Rusia sudah biasa dengan kehidupan di Hainan, sebuah pulau tropika yang terletak di hujung bahagian selatan China, sehinggakan beliau merancang untuk membawa ibu dan neneknya tinggal bersama beliau.

"Kehidupan di sini cukup selesa. Persekitarannya sangat bagus dan terdapat banyak peluang pekerjaan," kata Zhuravleva.

Zhuravleva, yang kali pertama tiba di Hainan pada tahun 2005, pernah bekerja di sebuah agensi pelancongan. Berikutan peningkatan di dalam jumlah pelancong Rusia ke Hainan untuk tujuan rawatan perubatan, Zhuravleva bertukar kerjaya dua tahun lalu untuk memulakan tugas di sebuah hospital perubatan China, yang memberi perkhidmatan kepada hampir 1,000 orang pelancong perubatan Rusia pada tahun lepas.

Zhuravleva berkata bahawa impian beliau yang terbesar adalah untuk menyimpan wang yang secukupnya bagi membeli sebuah kecil rumah di Sanya, sebuah bandar raya peranginan pantai di Hainan.

Semakin ramai orang asing seperti Zhuravleva telah datang ke Hainan dan jatuh cinta dengan pulau tropika itu, bukan sekadar untuk menikmati iklim panas, sinaran matahari dan pantai-pantainya, tetapi untuk mengejar impian mereka.

DESTINASI PELANCONG BERTARAF DUNIA

Hainan telah mencapai banyak kemajuan ke arah matlamatnya untuk menjadi sebuah destinasi pelancongan yang bertaraf dunia. Ia telah menetapkan satu sasaran untuk menerima lebih daripada 1.3 juta pelancong luar negara pada tahun 2020.

"Pelancong Rusia suka melawat ke pulau itu, bukan hanya kerana ia adalah agak dekat dari segi jarak, tetapi juga disebabkan oleh fakta bahawa anda boleh menikmati suatu pengalaman perjalanan yang bersepadu yang mencakupi hiburan, aktiviti kebudayaan dan rawatan perubatan," kata Andrey Denisov, duta Rusia ke China.

Hainan menawarkan pelbagai jenis pakej pelancongan yang termasuk bersiar-siar, pantai, adat resam penduduk, hutan hujan tropika, sukan dan penjagaan kesihatan.

Lebih 280,000 orang pelancong Rusia melawat ke Hainan pada tahun lepas, iaitu peningkatan dua kali ganda berbanding pada tahun sebelumnya, menurut Denisov.

"Kami berharap agar dapat memperkukuhkan kerjasama pelancongan, meningkatkan peratusan pelancong Rusia sehingga 50 peratus daripada semua pelancong luar negara ke Hainan," kata beliau.

Sebenarnya, jumlah pelancong luar negara yang tiba ke Hainan melebihi 1.1 juta orang pada tahun 2017, meningkat hampir 50 peratus tahun ke tahun, menurut perangkaan dari pihak berkuasa tempatan.

Sebuah pelan tiga tahun akan dilancarkan pada tahun ini untuk menjadikan pulau itu sebagai destinasi peringkat tinggi, dengan dasar-dasar keutamaan seperti perkhidmatan tanpa visa, promosi tiket dan peningkatan perkhidmatan.

PERUBAHAN BESAR

"Saya berharap dapat kembali ke Hainan kerana saya fikir perubahan di sana adalah sama  dramatik seperti yang berlaku di kawasan lain di China. Saya boleh menyatakan demikian hanya dengan melihat gambar-gambar dari sini," kata Duta Besar Norway ke China Geir O. Pedersen, yang telah melawat wilayah itu pada tahun 1988.

Panel-panel paparan yang besar dan gerai-gerai yang mempamerkan kepakaran tempatan dan perkembangan terkini di Hainan merupakan sebahagian daripada acara promosi yang diadakan di Beijing. Acara itu telah menarik lebih 500 orang, termasuk Pedersen dan diplomat-diplomat asing yang lain dari lebih 160 buah negara.

"Ia bukan hanya pantai-pantainya yang indah, penduduk yang menawan, tetapi juga banyak perkembangan yang menarik, begitu banyak bangunan baharu, industri, terutama pembangunan berteknologi tinggi," kata Pedersen, yang menyatakan harapan untuk meningkatkan kerjasama dengan memaksimumkan kekuatan masing-masing.

Pembangunan Hainan bermula hanya 30 tahun yang lalu, ketika wilayah itu diwujudkan sebagai sebuah Zon Ekonomi Khas.

"Pada masa itu, Hainan adalah sebuah wilayah perbatasan yang agak mundur dengan infrastruktur yang bermutu rendah, dan anda tidak nampak walaupun sebuah lampu isyarat," kata Shen Xiaoming, gabenor bagi Kerajaan Rakyat Wilayah Hainan.

Pulau itu yang dahulunya tanah pertanian telah menjadi perintis di dalam inovasi dan keterbukaan. Satu rangkaian pengangkutan laut-darat-udara telah dibina untuk menyambungkan wilayah itu dengan seluruh dunia, dan pulau itu juga menjadi tuan rumah bagi mesyuarat tahunan Forum Boao untuk Asia.

"Kami mahu menghantar jemputan kami ke seluruh dunia. Selamat datang ke Hainan untuk percutian, pelaburan dan mengalami budayanya yang pelbagai," kata Shen.
  
SUMBER: Kerajaan Rakyat bagi Wilayah Hainan

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2018 MREM . All rights reserved.