ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  PASUKAN CHINA - PASUKAN PERLUMBAAN DONGFENG MENANG DI PELABUHAN VICTORIA DALAM PERLUMBAAN LAUTAN VOLVO 2017-18

Friday 02/02/2018



AsiaNet 72114

Hong Kong, China, Feb.2, 2018 /Xinhua-AsiaNet/--


Pusingan ke-4 dalam Perlumbaan Lautan Volvo 2017-18 dari Melbourne ke Hong Kong telah berakhir, tujuh pasukan tiba di Hong Kong, China. Pasukan China - Pasukan Perlumbaan Dongfeng akhirnya meraih yang kedua dalam persaingan sengit itu, dengan menjadi satu-satunya pasukan yang mendapat penganugerahan untuk kali keempat berturut-turut sehingga kini. Di Hong Kong, Pasukan Perlumbaan Dongfeng juga memenangi Grand Champion dalam perlumbaan di pelabuhan.

28 Januari, selepas perlumbaan di pelabuhan selesai, Ketua Eksekutif bagi Hong Kong, Puan Carrie Lam, datang melawat ke Pavilion Dongfeng di Terminal Kai Tak Cruise, untuk bertukar-tukar pandangan dengan pemimpin-pemimpin di Dongfeng Motor Corporation dan krew pasukan perlumbaan Dongfeng. Beliau berharap pasukan perlumbaan Dongfeng - Pasukan China dengan jumlah krew rakyat China yang paling ramai, boleh menang untuk negara itu. Sementara itu, beliau juga mengucapkan penghargaan kepada Dongfeng Motor Corporation di atas usaha mereka memupuk bakat-bakat pelayaran kelas luar pesisir bertaraf dunia untuk China melalui perlumbaan ini.

Semasa mereka berada di Hong Kong, Dongfeng Motor Corporation, sebagai penaja bagi Pasukan Perlumbaan Dongfeng, telah mengadakan satu siri aktiviti pertukaran dengan selebriti perniagaan tempatan, rakan strategik mereka, peniaga dan rakan media dari Hong Kong dan Asia Tenggara.

Sebagai satu perhentian bagi Perlumbaan Lautan Volvo 2017-18, Hong Kong merupakan satu pasaran penting untuk Dongfeng Commercial Vehicle. Pada tahun 2017, jualan bagi Dongfeng Commercial Vehicle di Hong Kong menyaksikan satu peningkatan sebanyak 45% berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Bahagian pasaran itu mencapai 10%. Ketika volum jualan meningkat dengan ketara, kemajuan besar juga dibuat di dalam pembangunan saluran, perkhidmatan selepas jualan dan membina reputasi. Pada pagi 29 Januari, Dongfeng Commercial Vehicle telah mengadakan mesyuarat tahunan mereka di Hong Kong, di mana ia melancarkan dengan rasmi Dongfeng KR yang baharu bagi standard Euro 6 di Hong Kong dan memperbaharui perjanjian kerjasama tahunan 2018 mereka dengan peniaga Hong Kong mereka.

Dengan memanfaatkan Perlumbaan Lautan Volvo dan pengaruh global mereka, inisiatif "Belt and Road, Dengan Anda" yang dicadangkan oleh Dongfeng Motor Corporation terus dipergiat dan dipromosikan. Pengaruh jenama global dan reputasi Dongfeng Motor Corporation secara beransur-ansur bertambah baik, dan sumber bagi semua rakan kongsi diintegrasikan secara beransur-ansur. Dongfeng Motor Corporation akan memperolehi  lebih banyak perniagaan di dalam proses itu dan meningkatkan pengiktirafan jenama di Hong Kong dan pasaran-pasaran sasaran global yang lain.

Pada 1 Februari, Perlumbaan Lautan Volvo akan sampai ke Guangzhou, China, di mana Dongfeng Motor Corporation akan mengadakan acara-acara siaran media di Guangzhou dan mengalu-alukan kepulangan pasukan perlumbaan Dongfeng ke pelabuhan asal mereka.
 
SUMBER: Dongfeng Motor Corporation
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=306006
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.