ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  ​PEMIMPIN BUDDHA IKEDA MENGGESA AGAR TUMPUAN HAK ASASI MANUSIA DIJADIKAN KUNCI KEPADA PENYELESAIAN ISU-ISU GLOBAL DAN PENGHAPUSAN SENJATA NUKLEAR

Friday 26/01/2018



AsiaNet 72029

TOKYO, 26 Jan., 2018 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
Pada 26 Januari 2018, ahli falsafah agama Buddha Daisaku Ikeda, Presiden bagi Soka Gakkai International (SGI), telah mengeluarkan cadangan keamanan tahunan beliau, yang bertajuk  "Ke arah sebuah Era Hak Asasi Manusia: Membina sebuah Pergerakan Rakyat."

Ikeda mengalu-alukan penerimaan Perjanjian berhubung Larangan Senjata Nuklear (TPNW) yang diterima pakai pada Julai 2017 sebagai satu titik perubahan di dalam sejarah dunia ke arah usaha untuk mencapai keamanan dan pelucutan senjata, dan menegaskan bahawa selagi senjata nuklear wujud, sebuah dunia yang aman dan hak asasi manusia akan tetap sukar dicapai. Beliau menggariskan strategi untuk mendapatkan sokongan bagi Perjanjian itu dari negara-negara senjata nuklear dan negara-negara yang bergantung kepada senjata nuklear.

Ikeda terutama sekali menyeru kepada Jepun bagi menyatakan kesediaan mereka untuk menimbang menjadi pihak kepada TPNW: "Setelah mengalami realiti berhubung senjata nuklear, Jepun tidak boleh berpaling daripada tanggungjawab moral mereka. "Beliau meminta kami agar jangan lupa dengan semangat hibakusha – mangsa korban bom atom - yang memainkan satu peranan penting bersama-sama dengan Kempen Antarabangsa untuk Menghapuskan Senjata Nuklear (ICAN) dalam merangka dan menerima pakai Perjanjian itu, yang diiktiraf dengan penganugerahan Hadiah Keamanan Nobel 2017.

Tema utama bagi perkara ini, cadangan ke-36 oleh Ikeda, adalah agar satu pendekatan tumpuan hak asasi manusia menjadi kunci kepada menyelesaikan isu-isu global, termasuk ancaman nuklear. Pada tahun ini yang menandakan ulang tahun ke-70 Deklarasi Universal bagi Hak Asasi Manusia, beliau menekankan perlunya untuk menjadikan kehidupan dan maruah bagi setiap individu sebagai tumpuan utama kami - hakikat bahawa setiap manusia adalah sememangnya bernilai dan tidak dapat diganti.

Beliau menyatakan bahawa hibakusha dan keazaman mereka bahawa tiada sesiapa pun yang harus menderita seperti apa yang mereka telah alami sebagai contoh bagi satu semangat asas untuk hak asasi manusia. "Undang-undang hak asasi manusia antarabangsa yang ideal adalah usaha untuk melindungi kehidupan dan maruah bagi setiap individu, satu usaha di mana kegiatan berterusan senjata nuklear tidak mempunyai tempat."

Ikeda menekankan kuasa pendidikan berhubung hak asasi manusia di dalam mengatasi pemisahan sosial, dengan menyatakan bahawa makna sebenarnya terletak di dalam menghidupkan semula keinginan kita untuk melihat kemanusiaan biasa yang berbeza daripada kita. Beliau mencadangkan agar belia dijadikan tumpuan untuk fasa keempat di dalam Program Dunia PBB bagi Pendidikan Hak Asasi Manusia, bermula pada tahun 2020.

Melalui cadangan itu adalah kebimbangan terhadap kehidupan dan hak asasi manusia bagi pelarian dan pendatang dalam menghadapi diskriminasi. Ikeda menggesa agar usaha ditumpukan kepada memastikan akses kepada pendidikan bagi pelarian dan kanak-kanak migran, terutamanya mereka yang terpisah daripada keluarga mereka.

Dengan menggalakkan kemajuan yang lebih besar ke arah pencapaian 17 Matlamat Pembangunan Mapan (SDG), beliau mencadangkan kerjasama yang mendalam di antara China dan Jepun di dalam bentuk sebuah rangkaian kerajaan tempatan bagi tindakan iklim.

Ikeda juga mengenal pasti kesaksamaan gender yang penting bagi SDG itu, dengan menyatakan: "Kesaksamaan dan pemerkasaan gender tidak boleh dianggap sebagai hanya satu elemen di dalam SDG, tetapi harus diperakui sebagai kunci untuk mempercepatkan kemajuan ke arah pencapaian bagi keseluruhan spektrum matlamat itu."

Akhir sekali, beliau menyeru agar diadakan satu dekad antarabangsa PBB untuk pemerkasaan wanita dari tahun 2020 hingga 2030, tarikh sasaran untuk pencapaian SDG itu.

Soka Gakkai International (SGI) adalah sebuah rangkaian berasaskan komuniti yang mempromosikan kemanusiaan dan kedamaian Buddha dengan 12 juta ahli di seluruh dunia. Presiden SGI Daisaku Ikeda (1928 - ) telah mengeluarkan cadangan-cadangan keamanan yang menawarkan perspektif dan penyelesaian agama Buddha kepada masalah global pada 26 Januari pada setiap tahun sejak tahun 1983, untuk memperingati penubuhan SGI. Lihat: www.sgi.org
 
Sumber: Soka Gakkai International
 
Hubungi:
Joan Anderson
Pejabat bagi Maklumat Awam
Soka Gakkai International
Tel: +81-80-5957-4711
E-mel: anderson[at]soka.jp
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.