ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD DILANTIK SEBAGAI EJEN AMANAH SAHAM NASIONAL BERHAD

Tuesday 23/01/2018


Tan Sri Dato' Sri Abdul Wahid bin Omar, Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad mengetuk gong sebagai simbolik pada Majlis Perasmian Bank Muamalat Malaysia Berhad sebagai Ejen Rasmi PNB



KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah melantik Bank Muamalat Malaysia Berhad sebagai Bank Islam Sepenuhnya menjadi Ejen Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Dengan perlantikan ini Bank Muamalat sedia menawarkan jual dan beli unit saham amanah ASNB di semua 63 cawangan Bank Muamalat.

Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Dr. Mohd Munir Abdul Majid, Pengerusi Bank Muamalat Malaysia Berhad dan Y.Bhg. Tan Sri Abdul Wahid Omar, Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) hadir ke majlis perasmian. Turut hadir Y.Bhg Dato’ Haji Mohd Redza Shah Abdul Wahid, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Malaysia Berhad dan Y.Bhg. Dato’ Abdul Rahman Ahmad, Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan PNB.

Pengerusi Bank Muamalat, Tan Sri Dato’ Dr. Mohd Munir Abdul Majid berkata, “Sebagai Ejen ASNB, kesemua cawangan Bank Muamalat di seluruh Malaysia akan dijadikan wakil saluran perkhidmatan untuk pelanggan membuat transaksi seperti pembukaan Akaun, membeli dan menjual unit saham amanah dengan mudah.”
 
“Menerusi kerjasama ini, kami komited untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kecekapan dalam pengurusan pentadbiran kewangan Bank Muamalat. Pada masa yang sama, memasarkan produk ASNB kepada pelanggan-pelanggan Bank dengan perkongsian ilmu pengurusan pelaburan saham amanah, di mana ia dapat memberi pulangan pelaburan yang baik melalui pemberian kadar dividen yang konsisten dan kompetitif oleh ASNB.” 

“Selain itu, kami berharap dapat menjalinkan lebih banyak usahasama dengan PNB pada masa akan datang dengan memanfaatkan kelebihan masing-masing,” katanya.

Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid dalam ucapan beliau berkata, “PNB mengalu-alukan pelantikan Bank Muamalat sebagai ejen terbaharu ASNB dan berharap usahasama strategik ini mampu memberi suatu nilai tambah kepada orang ramai mahupun pemegang akaun sedia ada, dengan penyediaan lebih banyak ejen yang memperluas edaran dan capaian produk, pertambahan akaun baharu dan menggalak lebih ramai pemegang unit mengemaskini profil mereka.”

Sejak dilancarkan sebagai ejen ASNB kepada orang ramai pada 15 Januari 2018, cawangan Bank Muamalat telah merekodkan transaksi sejumlah RM4.37 juta melibatkan 584 pelanggan dalam masa empat hari beroperasi, setakat 18 Januari 2018.

Dengan pelancaran skim pembiayaan ASB kelak, rekod transaksi jual dan beli unit saham amanah ASNB di cawangan-cawangan Bank Muamalat dijangka akan lebih meningkat.

Initiative ini diharap dapat memberikan suntikan baru dalam pendekatan perniagaan Bank dimana Bank Muamalat telah diterima untuk menjadi ahli ”Global Alliance for Banking on Values” berasaskan perkhidmatan pengurusan keawangan untuk manfaat dan kebaikkan ummah dan ia adalah selari dengan dasar sistem ekonomi Islam dimana menggalakkan umatnya berhemah didalam urusan kewangan. 

Bank Muamalat Malaysia Berhad

Bank Muamalat adalah sebuah institusi kewangan Islam yang telah ditubuhkan pada 1 Oktober 1999, dan dikawal selia di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA). Sebagai sebuah institusi kewangan Islam sepenuhnya, Bank Muamalat menawarkan pelbagai perkhidmatan yang memenuhi keperluan kedua-dua pihak sama ada individu mahupun institusi korporat.

Secara umumnya, Bank Muamalat menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan individu seperti akaun deposit, pengurusan aset, pembiayaan kenderaan, pembiayaan rumah dan juga pembiayaan peribadi. Bank Muamalat juga menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan kepada pelanggan institusi dan korporat, daripada khidmat pengurusan tunai, penyelesaian pembayaran,  kewangan perdagangan dan eksport antarabangsa, pertukaran asing, pembiayaan dan urusniaga pasaran modal. 

Bank Muamalat mempunyai 63 buah cawangan, selain mempunyai kemudahan perbankan internet iaitu i-Muamalat, serta e-muamalat yang merujuk kepada rangkaian ATM, CDM, dan CDT yang boleh didapati di hampir 240 lokasi seluruh negara.

Bank Muamalat merupakan ahli Kumpulan DRB-HICOM Berhad di mana ia memiliki 70% saham Bank dengan baki kepentingan dipegang oleh Khazanah Nasional Berhad, sebuah cabang pelaburan negara.

SUMBER : Bank Muamalat Malaysia Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama : Saidatul Leiza Suleiman
Tel : 011 3222 6558
Emel : leiza@muamalat.com.my

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.