ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 23, 2024 -Selasa

 
  ​ZON PEMBANGUNAN EKONOMI DAN TEKNOLOGI ASEAN GUANGXI: LANGKAH-LANGKAH KE HADAPAN YANG KONSISTEN DI DALAM PEMBAHARUAN, MELAKAR BABAK BAHARU DI DALAM PEMBANGUNAN

Monday 22/01/2018



AsiaNet 71962

NANNING, China, 22 Jan., 2018 /Xinhua-AsiaNet/--

Hanya 30 km dari kawasan pusat bandar Nanning di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang adalah sekeping tanah yang mencetuskan keindahan dan keajaiban. Selama beberapa dekad, tanah ini telah mencatatkan peralihan yang luar biasa dari sebuah tempat bagi rakyat China yang berada di luar negara kepada sebuah zon pembangunan ekonomi dan teknologi yang bertaraf nasional, dan dengan kelebihan kedudukan wilayahnya yang unik dan konsep pembangunan yang progresif, ia telah menjadi satu daripada zon pembangunan yang paling pesat berkembang di wilayah Guangxi.

Diwujudkan pada tahun 2004, Zon Pembangunan Ekonomi dan Teknologi ASEAN Guangxi telah dinaikkan taraf kepada sebuah zon pembangunan ekonomi dan teknologi di tahap nasional pada Mac 2013, dan kemudian diluluskan sebagai sebuah zon demonstrasi transformasi berkitar perindustrian nasional. Dari suatu permulaan yang bertaraf rendah sebagai sebuah tanah ladang China asing yang berorientasikan ekonomi pertanian, kawasan itu telah diposisikan semula dan mengatasi pencapaiannya sendiri dari semasa ke semasa, dan pada hari ini Zon Pembangunan itu telah berubah menjadi sebuah bandar raya yang sesuai sebagai tempat untuk bekerja dan bagi menjalani kehidupan.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, struktur perindustrian di dalam Zon Pembangunan Ekonomi dan Teknologi ASEAN Guangxi telah mengikuti prinsip pembangunan "promosi bandar raya melalui industri, pengembangan industri melalui bandar raya itu, integrasi di antara bandar raya dan industri", terus mempercepatkan usaha pengelompokan  industrinya dan memberi tumpuan kepada usaha untuk menempa tiga teras industri di dalam pemprosesan makanan, bioperubatan dan perkilangan mesin. Budweiser, Kumpulan Shuanghui, Uni-President dan kira-kira 20 perbadanan terkemuka yang lain telah beransur-ansur menubuh dan memulakan operasi mereka di sini, yang juga membawa kepada penyambungan rantaian industri di peringkat huluan dan hiliran. Di samping itu, Zon Pembangunan itu telah bekerjasama dengan Jabatan Pertanian dari Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang untuk membentuk sebuah "Lembah Silikon pertanian", yang telah disokong dengan 19 projek model pertanian moden seperti kemudahan utama bagi Guangxi Sericulture. Memanfaatkan pada sumber ekologi alam yang tenang, Zon Pembangunan itu benar-benar memupuk sebuah struktur perkhidmatan moden yang berputar di sekitar industri pelancongan riadah dan industri penjagaan warga tua, seperti yang digambarkan di dalam pangkalan demonstrasi industri penjagaan warga tua sosial Guangxi di Taihe – komuniti Tanah Tulen, sebuah projek yang pelaburannya berjumlah melebihi RMB sepuluh bilion dan telah selesai pembinaan untuk fasa pertamanya. Sebagai Taman Industri Pendidikan Nanning dan Pangkalan Amalan Umum Kemahiran Vokasional Guangxi bergerak ke hadapan seperti yang dijadualkan, mereka akan secara lancar dan dihubungkan secara organik dengan strategi pembangunan bandar, arah pembangunan dan susun atur industri bagi Pembangunan Zon dan pada masa yang sama mempromosikan penyatuan di antara bandar raya dan industri.

Pada masa akan datang, Zon Pembangunan Ekonomi dan Teknologi ASEAN Guangxi akan mengimbangi di antara dan memenuhi kedua-dua keperluan "pembangunan perindustrian" dan "pembinaan ekologi" pada laluannya untuk mencipta sebuah bandar raya yang mesra perdagangan, kediaman dan perindustrian di mana landskap dan taman-tamannya subur menghijau dan di mana impian keusahawanan akan menjadi kenyataan.
 
Sumber: Zon Pembangunan Ekonomi dan Teknologi ASEAN Guangxi
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=305231
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=305232
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.