ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  WEDGE HOLDINGS: MEMETERAI PERJANJIAN LESEN UNTUK SISTEM PERMAINAN "HAIKYU!! PERMAINAN KAD BOLA TAMPAR!!" BERKENAAN DENGAN PENJUALANNYA DI ASIA TENGGARA

Monday 22/01/2018



TOKYO, 22 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Wedge Holdings CO., LTD. (JASDAQ: 2388) (IBU PEJABAT: Chuo-ku, Tokyo Jepun, Ketua Pegawai Eksekutif: Tatsuya Konoshita) dengan sukacitanya ingin mengumumkan bahawa pada hari ini kami telah memperoleh satu perjanjian lesen dengan TOMY Company, Ltd., sebuah syarikat pengeluar barang permainan terkemuka di Jepun untuk memperoleh hak kepada menggunakan sistem permainan "HAIKYU!! PERMAINAN KAD BOLA TAMPAR!!"(*1) yang berkenaan dengan pembuatan dan penjualannya di negara-negara Asia (*2).
Menjelang pertengahan tahun 2018, Showa Brain Navi Vietnam Co., Ltd., satu daripada syarikat kami yang berkaitan akan memulakan pengedaran produk itu di Vietnam dan selepas itu akan berkembang ke negara-negara Asia yang lain.
 
Kami telah menganjurkan banyak acara pengalaman TCG di negara-negara Asia Tenggara seperti Vietnam, Thailand dan Indonesia. Dan kami yakin sepenuhnya bahawa pengguna di negara-negara Asia Tenggara sangat berharap untuk mempunyai TCG di dalam bahasa mereka sendiri. Oleh itu, kami akan meneruskan aktiviti perniagaan kami untuk memainkan satu peranan yang besar dalam menyambungkan pemegang kandungan dan pengguna dan merancakkan industri kandungan hiburan dengan misi korporat kami "Penuhi ruang masa di dunia dengan Waku-Doki (kegembiraan)".

*1
"HAIKYU!! PERMAINAN KAD BOLA TAMPAR!!" adalah satu permainan kad dagangan yang didasarkan kepada komik popular "HAIKYU!!" yang sedang dipaparkan pada "WEEKLY SHONEN JUMP" dari SHUEISHA Inc. Kami sangat terlibat di dalam pengembangan sistem, ilustrasi, dan pembangunan produk bagi produk TCG ini.
*2
Enam buah negara dan dua wilayah berikut
Vietnam, Thailand, Indonesia, Hong Kong, Macao, Mongolia, Myanmar, Taiwan, Filipina

(C)H. Furudate / Shueisha, Projek “HAIKYU!!”, MBS
(C)TOMY

Hubungi

Wedge Holdings Co., Ltd.
Yasuhiro Kotake, +81-3-6225-2207
Wakil IR 
 
Sumber: Wedge Holdings CO., LTD.

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20180121005131/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.