ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  PERSIDANGAN SASARAN KERJA TAHUNAN (SKT) & KEY PERFORMANCE INDICATOR (KPI) FAMA TAHUN 2018

Tuesday 16/01/2018



PORT DICKSON, 16 Jan (Bernama) -- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) hari ini menganjurkan Persidangan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) dan Key Performance Indicator (KPI) Tahun 2018 yang dirasmikan oleh YBhg. Datuk Seri Dr. Ismail bin Haji Bakar, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Seramai 350 hadirin yang terdiri daripada Ahli-ahli Lembaga Pengarah FAMA, pihak pengurusan FAMA dan kakitangan dari seluruh negara yang berhimpun selama tiga hari mulai 15 Januari sehingga 17 Januari 2018 bagi mengikuti persidangan ini.
 
Persidangan pada kali ini diadakan bagi menerangkan mengenai pencapaian FAMA sepanjang tahun 2017 dan fokus Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui FAMA bagi tahun 2018 adalah untuk memberi tumpuan kepada kelangsungan program-program kos sara hidup bagi membela kebajikan rakyat khususnya golongan petani dan nelayan.
 
Sepanjang tahun 2017, FAMA telah berjaya mencatatkan nilai janaan jualan sejumlah RM 2,643,269,639.00 melalui 2,089 outlet pemasaran dan infrastruktur FAMA dan jumlah bilangan peserta terkumpul dibawah bimbingan FAMA adalah 123,334 peserta.
 
YBhg. Datuk Seri Dr. Ismail bin Haji Bakar, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ketika ditemubual dalam sesi sidang media berkata  “Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui FAMA akan melaksanakan Program Jimat Belanja Dapur (JBD) selaras dengan usaha Kerajaan menangani peningkatan kos sara hidup di dalam negara. Program ini akan menumpukan kepada jualan hasil-hasil pertanian dan barangan keperluan terutamanya barangan kawalan pada harga yang menjimatkan.”
 
Program ini juga merupakan lanjutan daripada program yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 24 Januari 2014 semasa lawatan kerja “Jimat Belanja Dapur” di Pasar Tani Putrajaya. Dalam petikan Bajet 2018 (Perkara 4: Para 174) yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri, “Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan melaksanakan program melalui FAMA dan LKIM dengan peruntukan RM50 juta, bertujuan agara pengguna memperolehi stok barangan makanan dengan harga berpatutan, seperti ikan, sayur, ayam dan telur”.
 
Pelaksanaan program ini pada dasarnya dapat memberi pilihan kepada para pengguna untuk mendapatkan barangan keperluan harian di 706 outlet jualan Pasar Tani, 110 AgroBazaar Rakyat 1 Malaysia (ABR1M) dan 426 AgroBazaar Kedai Rakyat (AKR) di seluruh negara.
 
YBhg. Tan Sri Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin, Pengerusi FAMA turut memberitahu “Program JBD juga berperanan sebagai saluran pasaran pilihan untuk menyedia dan menawarkan harga 27 komoditi barangan terpilih pada harga yang menjimatkan antara 5% hingga 20% daripada harga pasaran. Produk-produk dibawah barangan kawalan seperti tepung, gula dan minyak masak akan ditawarkan penjimatan lebih rendah berbanding harga pasaran runcit. Program JBD ini dilaksanakan menerusi pembekalan daripada Stok Simpanan Bekalan Makanan (SSBM) dan Ladang Kontrak secara terus ke Pasar Tani, ABR1M dan AKR.”
 
Program JBD ini akan melibatkan penyertaan terus daripada Usahawan Pasar Tani, Pusat Operasi FAMA dan Ladang Kontrak. Pihak FAMA akan memastikan program ini berlangsung dengan kekerapan seminggu sekali atau mengikut bilangan hari operasi.
 
“FAMA akan memastikan setiap Usahawan Pasar Tani akan mempamerkan tanda harga JBD di setiap komoditi yang diniagakan dan menggunakan tanda harga JBD yang disediakan dengan mengisi maklumat diperlukan serta mengikut harga panduan JBD yang telah ditetapkan.” kata YBhg. Dato’ Ahmad bin Ishak, Ketua Pengarah FAMA.
 
Impak program JBD ini akan mengurangkan kos sara hidup pengguna dalam mendapatkan barangan keperluan. Ia juga menggalakkan petani khususnya peserta Ladang Kontrak menjual secara terus kepada pengguna di Pasar Tani, ABR1M dan AKR bagi mengurangkan lapisan pasaran dan menguasai rantaian nilai.
 
27 KOMODITI TERPILIH
 
STOK SIMPANAN BEKALAN MAKANAN (SSBM) (27 JENIS)
SAYUR
(5 jenis)
BARANGAN RUNCIT
(5 jenis)
TERNAKAN
(2 jenis)
IKAN
(5 jenis)
BARANGAN KAWALAN
(4 jenis)
PRODUK PROSES
(6 jenis)
1)Cili Merah1)Bawang Besar (India)1)Ayam Standard1)Kembong1)Tepung (1kg)1)Kicap
2)Halia Tua2)Bawang Merah Kecil (India)2)Telur Ayam2)Selayang2)Minyak Masak Paket (1kg)2)Biskut
3)Lobak Merah3)Kelapa 3)Selar3)Gula (1kg)3)Sos
4)Kubis Bulat4)Kentang 4)Cencaru4)Beras
(5-10kg) oleh Bernas
4)Sardin
5)Tomato5)Hasilan Laut (Ikan Bilis) 5)Pelaling 5)Kopi
     6)Produk IAT dibawah MOA
 

SUMBER : Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) 
 
Nama : Asmizal Jaafar
Pengarah Komunikasi Korporat
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
Tel :  019-9543338
Emel : asmizal@fama.gov.my
 
Nama : Mohd Anzara Azizan@Halim
Penolong Pengarah Komunikasi Korporat
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
Tel : 017-8448420
Emel : anzara9810@gmail.com

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.