ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 24, 2024 -Rabu

 
  ​ANUGERAH KREATIF GATSBY MEMILIH CALON-CALON UTAMA DALAM KATEGORI KOMERSIAL DAN KESENIAN KETIKA PELAJAR-PELAJAR MENGHAMPIRI KEMUNCAK ANUGERAH AKHIR ITU!

Tuesday 16/01/2018



Satu anugerah kreatif terbesar yang menyokong pelajar-pelajar di seluruh Asia
 
OSAKA, Jepun, 16 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) --  ANUGERAH KREATIF GATSBY ke-12, yang ditaja oleh Mandom Corp.  (TOKYO: 4917), merupakan satu daripada anugerah kreatif yang terbesar bagi pelajar-pelajar di Asia, dan diadakan di 12 buah negara dan wilayah di Asia dengan tumpuan untuk menyokong dan menggalakkan pelajar di seluruh Asia.
 
Dalam dua kategori KOMERSIAL DAN KESENIAN, yang telah mula menerima penyertaan pada Jumaat, 1 September, calon-calon anugerah bagi setiap negara dan wilayah telah dipilih melalui penghakiman utama dan pengundian berasaskan web. Dalam PERTANDINGAN AKHIR ANUGERAH KREATIF GATSBY ke-12, yang dijadual diadakan di Tokyo pada Sabtu, 10 Mac, 2018, anugerah tertinggi Asia dalam setiap kategori akan dipilih dari kalangan mereka yang dicalonkan dalam pusingan ini.
 
Sebanyak 526 penyertaan yang mengagumkan dari 12 buah negara telah dihantar dalam kategori KOMERSIAL manakala 241 penyertaan dari 4 buah negara telah dihantar dalam kategori KESENIAN yang baharu diperkenalkan. Penyertaan itu berjaya menyampaikan satu rasa keunikan mengenai GATSBY dalam cara yang menjangkau sempadan dan bahasa.
 
37 daripada 526 penyertaan yang diterima dari 12 buah negara dan wilayah yang mengambil bahagian dalam kategori KOMERSIAL lulus penghakiman utama yang ketat. Begitu juga, 48 daripada 241 penyertaan yang diterima dari 4 buah negara dan wilayah yang menyertai kategori KESENIAN lulus.
 
Selepas undi popular yang dijalankan secara dalam talian, pada Jumaat, 15 Disember, kumpulan calon itu telah dikurangkan kepada calon-calon anugerah utama yang muktamad bagi setiap negara dan wilayah di dalam setiap kategori. Walaupun terdapat banyak negara dan bahasa yang berbeza, kesemua hasil karya yang dipilih berkongsi satu perkara yang sama iaitu kesemua mereka menyampaikan rasa keunikan mengenai GATSBY.
  • Negara-negara / wilayah-wilayah yang mengambil bahagian di dalam kategori KOMERSIAL: Kemboja, China, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Malaysia, Mongolia, Singapura, Taiwan, dan Thailand
  • Negara-negara / wilayah-wilayah yang mengambil bahagian di dalam kategori KESENIAN: Hong Kong, Jepun, Malaysia, dan Thailand
 
Klik di sini untuk calon-calon anugerah utama di dalam setiap kategori
Kategori KOMERSIAL: https://award.gatsby.jp/12/cm
KategorI KESENIAN: https://award.gatsby.jp/12/art
 
Pertandingan akhir pencipta pelajar dijadualkan berlangsung pada Sabtu, 10 Mac, 2018 di PERTANDINGAN AKHIR ANUGERAH KREATIF GATSBY ke-12!
Wakil-wakil dari setiap negara dan wilayah akan dijemput ke Pertandingan Akhir ANUGERAH KREATIF GATSBY ke-12 yang akan diadakan di Shibuya, Tokyo pada Sabtu, 10 Mac 2018 untuk menghadiri majlis penghakiman akhir dan penganugerahan. Penonton umum akan juga dijemput untuk menikmati pameran mengenai hasil karya yang cemerlang dan mempamerkan persembahan tarian. Acara ini akan menyediakan satu forum yang ideal bagi pelajar-pelajar dari seluruh Asia untuk berinteraksi secara meluas.
 
Gambaran keseluruhan bagi ANUGERAH KREATIF GATSBY KE-12
ANUGERAH KREATIF GATSBY adalah satu daripada acara penganugerahan yang terbesar di Asia yang disasarkan kepada pelajar. Ditaja oleh "GATSBY," sebuah jenama penjagaan lelaki dengan satu kehadiran yang mantap merentasi negara-negara Asia, acara itu pada mulanya dimulakan sebagai "Anugerah CM Pelajar GATSBY" pada tahun 2006 hasil daripada keinginan syarikat itu untuk menyediakan sebuah forum bagi pelajar-pelajar untuk menyatakan dan mempamerkan bakat kreatif mereka.
 
Golongan muda yang berminat untuk menjadi pencipta atau penghibur pada masa hadapan sememangnya secara semulajadi berminat di dalam 'mencipta' sesuatu benda dan 'mengekspresikan' diri mereka sendiri. ANUGERAH KREATIF GATSBY adalah disasarkan kepada pelajar-pelajar seperti itu di seluruh Asia dan menjemput walaupun bagi mereka yang baharu belajar untuk mengemukakan idea kreatif mereka sendiri.
 
ANUGERAH KREATIF GATSBY ke-12 di Web: https://award.gatsby.jp/12/
Twitter: https://twitter.com/GATSBY_CREATIVE
Instagram: https://www.instagram.com/gatsby_creative/?hl=ja
 
Hubungi
Mandom Corporation
Koshiro Omoda, +81-6-6767-5013
Ibu Pejabat Pemasaran GB
Bahagian Strategi Perhubungan
omoda-k@mandom.co.jp
(Sila hubungi kami dalam bahasa Inggeris)
 
Sumber: Mandom Corporation
 
Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51740180&lang=en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.