ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  SIARAN MEDIA LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA (LPNM): SARAWAK BAKAL JADI PENGEKSPORT UTAMA NANAS MD2

Monday 15/01/2018



BAU, Sarawak, 15 Jan (Bernama) -- Industri nanas Negeri Sarawak bakal ditransformasikan dan mengalami perubahan yang drastik dengan kemasukan benih nanas varieti premium MD2 serta penggunaan teknologi penanaman dan amalan pertanian terkini.
 
Menurut Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Sarawak akan menjadi hub pengeksportan nanas premium negara pada tahun 2020 dengan kemasukan benih MD2 bagi tujuan penanaman untuk menampung permintaan yang sedang meningkat terutamanya bagi pasaran luar Negara dengan sasaran keluasan tanaman nanas seluas 3,500 hektar pada tahun 2020 dimana 827 hektar daripada jumlah tersebut adalah varieti MD2.
 
Beliau berkata, Sarawak merupakan negeri yang berpotensi besar untuk dimajukan dengan tanaman tersebut memandangkan faktor ketersediaan tanah yang lebih luas, kos tenaga buruh yang lebih rendah serta faktor jarak penghantaran yang lebih dekat ke Negara China. Dengan peruntukan yang diterima dari kerajaan pusat dan negeri, sektor industri nanas negeri ini akan dapat memberi manafaat kepada para pengusaha terutamanya pekebun kecil.
 
“Kita ucapkan terima kasih kepada pihak Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani yang telah memperuntukkan sejumlah RM6.5 juta pada tahun ini bagi pembangunan sektor nanas termasuk varieti premium. Melalui Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), kita mengharapkan agensi ini akan dapat terus membantu pengusaha dan pekebun nanas bagi meningkatkan pendapatan mereka kepada RM4,000.00 sebulan manakala RM5,000.00 bagi varieti premium MD2.” Katanya yang juga merupakan Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah. Dalam Rancangan Malaysia Ke 11, Sarawak menerima peruntukan sebanyak RM25 juta bagi pembangunan industri nanas untuk tempoh 2016-2020.
 
Beliau hadir bagi merasmikan Majlis Pelancaran Projek Perintis Tanaman Nanas Premium Negeri Sarawak di Kampung Padang Pan Bau. Sebanyak RM300,000 diperuntukan bagi pembangunan projek ini dengan keluasan 4 hektar yang bertujuan untuk menjadi pusat pengeluaran benih MD2 di Sarawak. Turut hadir Timbalan Menteri Pertanian & Industri Asas Tani, Dato’ Nogeh Gumbek, Pengerusi LPNM, Datuk Samsolbari Jamali dan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Salehhuddin Bin Hassan.

Sumber : Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani (MOA)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Unit Komunikasi Korporat
Ibu Pejabat, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Nama : Elmie
Tel : 013-3009075 

Nama : Aini
Tel : 016-6704914
Emel : ukk@mpib.gov.my 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.