PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 

Jun 22, 2018 -Jumaat

 
  ​VIPER NETWORKS MENGUMUMKAN PELANCARAN AKAN DATANG BAHAGIAN KUMPULAN TEKNOLOGI PERLOMBONGAN BLOCKCHAIN DAN KRYPTO

Friday 12/01/2018



Melengkapkan Model Perniagaan Sedia Ada di Sektor LED, Tenaga  Bandar Pintar

TROY, Mich., 12 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Viper Networks, Inc. (OTC Pink:VPER), (Syarikat), peneraju antarabangsa dalam produk pencahayaan LED & pasaran sistem bersepadu, dengan fokus pada Bandar Pintar, hari ini melaporkan bahawa Syarikat sedang berkembang ke dalam sektor industri yang strategik dengan mewujudkan satu bahagian baharu bagi Kumpulan Teknologi Perlombongan Blockchain dan Krypto yang baru muncul.

Dengan mengguna pakai teknologi berkuasa pantas yang dapat mengukuhkan teknologi teras, produk dan perkhidmatan Syarikat dalam industri LED, Viper Networks mengejar kejayaan masa depan jauh melebihi kedudukan kepimpinan tunggal sektor.

Farid Shouekani, Pengurus Besar Syarikat menyatakan, “Kami berada di peringkat awal teknologi blockchain dan pasukan kami telah mengenal pasti aplikasi yang dapat melengkapkan perniagaan sedia ada kami secara meluas dan menawarkan peluang pertumbuhan yang luar biasa untuk Viper Networks.”

“Kami merancang untuk memastikan para pemegang saham kami dikemas kini ketika acara yang akan datang berlangsung.”

Maklumat Mengenai teknologi Blockchain:

Blockchain adalah lejar digital yang tidak boleh dirosakkan bagi transaksi ekonomi yang boleh diprogramkan untuk merekodkan bukan sahaja transaksi kewangan tetapi hampir semuanya yang bernilai. Pada asalnya dibuat untuk mata wang digital, Bitcoin, masyarakat teknologi kini mencari potensi penggunaan lain untuk teknologi ini.

Dengan membenarkan maklumat digital untuk diedarkan tetapi tidak disalin, teknologi blockchain mencipta tulang belakang jenis internet baharu kerana ia mempunyai ketahanan terbina dalam. Walau bagaimanapun, dengan menyimpan blok maklumat yang serupa di seluruh rangkaiannya, blockchain tidak boleh dikawal oleh mana-mana entiti tunggal dan tidak mempunyai titik kegagalan.

Selain itu, tiada versi terpusat dari maklumat ini wujud untuk penggodam rosakkan.

Bitcoin dicipta pada tahun 2008. Sejak itu, blockchain Bitcoin telah beroperasi tanpa gangguan yang ketara.

Maklumat mengenai perlombongan Kripto:

Perlombongan Kripto merupakan sektor yang Syarikat sedang giat meneroka kerana banyak tenaga yang diperlukan untuk menjana teknologi perlombongan, yang sesuai dengan sempurna dengan bahagian Viper Networks Energy untuk menyampaikan penyelesaian tenaga kos rendah. Lonjakan harga Bitcoin telah membuatkan penggunaan elektriknya melambung naik. Indeks Alex de Vries' menunjukkan bahawa pelombong bitcoin di seluruh dunia telah menggunakan elektrik yang mencukupi pada satu-satu masa untuk membekalkan kuasa untuk kira-kira 2.3 juta rumah Amerika. Penggunaan teknologi tenaga boleh diperbaharui terus berkembang di Amerika Syarikat dan di seluruh dunia.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pergi ke www.ViperNetworks.com.

Notis Berkenaan Kenyataan Untuk Masa Hadapan

Hebahan berita ini mengandungi “kenyataan untuk masa hadapan” kerana istilah tersebut ditakrifkan dalam Seksyen 27A Akta Sekuriti A.S. 1933, seperti yang dipinda dan Seksyen 21E Akta Pertukaran Sekuriti 1934, seperti yang dipinda. Kenyataan dalam hebahan ini yang tidak bersejarah adalah berpandangan ke masa hadapan dan termasuklah sebarang kenyataan berkenaan kepercayaan, harapan atau niat mengenai masa depan.

Hubungan Pelabur: Heritage First Capital // Scott Gibson, 407.444.5959

Sumber : Viper Networks, Inc.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2018 MREM . All rights reserved.