PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

Oktober 22, 2018 -Isnin

 
  MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN UNTUK MENGEDAR SPINOX 8 DI TIGA (3) NEGARA TIMUR TENGAH

Thursday 11/01/2018



KUALA LUMPUR, 11 Jan (Bernama) -- DIIZ Industries Sdn Bhd (DIIZ) sebagai pengeluar dan pengedar global untuk produk SPINOX 8, sebuah produk perangsang baja atau pun ‘enhancer’, telah menandatangani perjanjian dengan tiga (3) buah syarikat dari Arab Saudi, Mesir, dan Emiriah Arab Bersatu.  Perjanjian tersebut yang dianggarkan bernilai RM300 juta untuk jangka masa lima tahun akan datang, dimeterai bagi melantik syarikat-syarikat tersebut sebagai wakil pengedar eksklusif SPINOX 8 untuk pasaran di negara mereka. 
 
Majlis menandatangani perjanjian antara syarikat-syarikat tersebut telah disaksikan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Mustapa Mohamed, selaku Menteri di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Majlis telah pun berlangsung di bangunan Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC).
 
Setelah menjalankan ujian terhadap penggunaan SPINOX 8 ke atas pelbagai jenis tanaman dan ternakan sejak setahun yang lalu, hasil ujian tersebut telah membuat syarikat-syarikat tersebut begitu teruja dengan peningkatan hasil produktiviti ketara yang ditunjukkan.  Justeru,  syarikat The Synergy International LLC dari Arab Saudi, Engineering and Trading Arab Company dari Mesir dan Eco Friendly Natural Fertilizer LLC dari Emiriah Arab Bersatu telah bersetuju untuk menjadi pengedar eksklusif bagi produk SPINOX 8 di negara mereka untuk tempoh lima (5) tahun akan datang.
 
Pengarah Urusan DIIZ Industries, Encik Izham Hakimi Hamdi berkata bahawa pencapaian ini merupakan satu pemangkin bagi penggunaan SPINOX 8 dengan lebih meluas di pasaran negara-negara Timur Tengah dan juga Afrika Utara. Dengan adanya rangkaian pengedar antarabangsa, DIIZ berharap akan dapat menembusi pasaran negara-negara tersebut, yang mempunyai kawasan industri pertanian seluas 2.8 juta hektar. 
 
Buat masa ini, DIIZ sedang mengadakan perbincangan dengan beberapa pihak dari negara-negara lain seperti Indonesia, Laos, Cambodia, Jordan dan Sudan yang mulai menunjukkan minat untuk menjadi pengedar eksklusif SPINOX 8 di negara-negara tersebut.
 
Latar belakang Produk SPINOX 8 Organic Nanotech Enhancer
 
Untuk memenuhi keperluan penduduk dunia yang semakin meningkat, penggunaan sumber yang sedia ada juga semakin meninggi (tanah, air, tenaga manusia dsb). Pengeluaran makanan yang perlu dihasilkan untuk permintaan sedunia dijangka akan meningkat dua kali ganda. 
 
SPINOX 8 Nanotech Enhancer (SPINOX 8) telah diwujudkan bagi memenuhi matlamat ini, iaitu menjamin keperluan makanan yang cukup (food security) dengan cara yang mampan, dengan menggunakan sumber sedia ada tanpa mendatangkan sebarang impak negatif terhadap alam sekitar. 
 
Pada asasnya, SPINOX 8 bertindak sebagai perangsang, iaitu merangsang tindakbalas yang diperoleh dari penggunaan baja.  SPINOX 8 menggunakan teknologi nano yang terkini dengan mengaktifkan nutrien yang terkunci di dalam tanah dan mampu menghantar nutrien keseluruh sistem tumbuhan dengan kadar yang cepat dan berkesan. 8 elemen unik yang terdapat di dalam formulasi SPINOX 8 menggalakkan peningkatan semasa proses fotosintesis di dalam tumbuhan, sekaligus merangsang pertumbuhan. 
 
Formula dan proses penghasilan SPINOX 8 yang menggunakan bahan organik menjadikan ia selamat kepada alam sekitar dan sesuai untuk semua jenis tanaman dan ternakan.  SPINOX 8 juga boleh digunakan bagi meningkatkan kesihatan dan produktiviti haiwan ternakan.
 
Penggunaan SPINOX 8
 
DIIZ telah pun menguji keberkesanan SPINOX 8 di dalam makmal yang terkawal, dan juga di ladang-ladang dengan pelbagai jenis tanah dan cuaca.  Satu ujikaji yang telah dijalankan bersama sebuah institusi ternama negara di dalam makmal bagi tanaman bayam menunjukkan peningkatan hasil tanaman sebanyak 586% dari biasa.  Manakala satu lagi ujian yang dijalankan di kawasan ladang seluas 2 ekar sawah padi di Sumatera Barat menunjukkan peningkatan hasil sebanyak 211%.
 
Buat masa ini, DIIZ sedang aktif menguji SPINOX 8 ke atas beberapa jenis tanaman di beberapa lokasi di serata dunia.  Di Malaysia, SPINOX 8 sedang diuji di beberapa lokasi ke atas tanaman seperti sawah padi, pokok cili, tembikai rock melon, pisang, jagung, terung, alfalfa dan rumput napier serta pelbagai jenis ternakan ikan dan udang.  
 
SPINOX 8 juga sedang diuji di beberapa lokasi di Indonesia, Filipina, Laos, Cambodia, Singapura, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Jordan, Sudan, Botswana and Sepanyol.
 
DIIZ sedang di dalam perbincangan untuk mendaftar produk tersebut di bawah Kesatuan Eropah bagi memperoleh kelulusan CE Mark yang akan memudahkan urusan eksport ke negara-negara Eropah.
 
Masa hadapan SPINOX 8
 
Setelah menyaksikan kehebatan dan kemampuan SPINOX 8, DIIZ menjangka produk ini akan member impak positif dan signifikan serta boleh pergi lebih jauh dalam memenuhi keperluan industri asas tani.
 
Keberkesanan SPINOX 8 juga boleh dilihat dari segi impak sosial dan ekonomi yang dihasilkan, iaitu dengan peningkatan hasil pertanian yang jauh lebih berkualiti.  Ini secara langsung meningkatkan pendapatan para petani dan peladang.  Dengan peningkatan ini, Negara-negara kini mampu mengeksport hasil pertanian mereka ke negara lain.  
 
Penggunaan SPINOX 8 juga bermaksud peladang hanya perlu menggunakan tanah atau kawasan pertanian mereka yang sedia ada, tanpa perlu meneroka kawasan tanah baru yang hanya akan mengurangkan tanah simpanan negara.
 
SPINOX 8 adalah satu fenomena di dalam bidang pertanian dan penghasilan makanan. Ia merupakan satu-satunya penyelesaian bagi meningkatkan produktiviti pertanian dengan menggunakan sumber yang sedia ada dan mesra alam sekitar.  


SUMBER : Malaysian Franchise Association (MFA)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Mohd. Rithauddin Abd. Aziz
Senior Executive
Corporate Communication Department

Malaysian Franchise Association (MFA)
Tel : +603-2697 1557​


--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2018 MREM . All rights reserved.