ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  ​TARIAN NAGA TONGLIANG MEMBUAT KEMUNCULAN BUAT PERTAMA KALI PADA MALAM TAHUN BARU DI TIMES SQUARE

Thursday 11/01/2018



AsiaNet 71845

NEW YORK, 11 Jan., 2018/Xinhua Finance Agency-AsiaNet/ --

Tarian Naga Tongliang dari Perbandaran Chongqing di Barat Daya China, yang mewakili satu daripada warisan kebudayaan tak ketara negara China, membuat kemunculannya buat pertama kali di Times Square semasa sambutan Malam Tahun Baru pada Ahad.

Sebuah Naga Tongliang yang berwarna-warni yang panjangnya 15 meter melompat, berguling dan melayang di bawah kawalan lapan orang penari. Dengan diiringi oleh lagu-lagu rakyat tradisional Chongqing, batang-batang naga itu adalah seperti dayung yang dengan pantas menyapu dengan irama yang semakin kuat.

Dengan purata usia 30 tahun, lapan orang penari dari Tarian Naga Tongliang menghabiskan masa satu setengah bulan dalam membuat persiapan untuk sambutan Tahun Baru itu. "Ia adalah satu penghormatan yang besar untuk mengambil bahagian di dalam satu aktiviti seperti itu. Kami dapat meningkatkan lagi pemahaman dunia tentang budaya tradisional China yang cemerlang melalui usaha kami," kata Zhang Shunsheng, ketua pasukan itu, yang juga merupakan seorang waris bagi Tarian Naga Tongliang itu.

Untuk menyampaikan satu tarian Naga Tongliang yang sempurna di hadapan seluruh dunia, pasukan itu bukan sahaja membuat inovasi kepada teknik tarian tetapi juga memperbaiki pembuatan naga, yang merupakan sebahagian daripada warisan kebudayaan tak ketara itu. Naga yang dipersembahkan pada Malam Tahun Baru itu dibuat oleh pembawa warisan kebudayaan tak ketara Zhou Jian.

Qin Qijiang, Timbalan Pengarah bagi Suruhanjaya Kebudayaan Daerah Tongliang, yang juga jurulatih dan ahli pasukan bagi Tarian itu, memperkenalkan bahawa untuk menyerlahkan suasana perayaan Tahun Baru itu, badan naga itu dilengkapi dengan satu sumber cahaya aruhan graviti LED, yang membolehkan naga itu untuk memberikan cahaya yang mempesonakan dengan perubahan dinamik dan kelajuan penari-penari itu. 

"Kami mengharapkan untuk menawarkan satu bankuet kebudayaan China yang hebat dari bandar raya Chongqing yang indah di China untuk warga New York dan penonton di seluruh pelusuk dunia dan pada masa yang sama membolehkan lebih ramai orang mengenali Tarian Naga Tongliang dan untuk lebih memahami budaya China," kata Yuan Hongmei, Pengarah bagi Pentadbiran Pelancongan Tongliang.

Tarian Naga Tongliang, satu bentuk tarian rakyat tradisional yang berasal dari Daerah Tongliang di Chongqing, mempunyai sejarah yang menjangkau 600 hingga 700 tahun. Sebagai satu daripada ikon kebudayaan Chongqing, ia telah menghadiri aktiviti pertukaran kebudayaan di lebih daripada 30 buah negara dan wilayah.
 
Sumber:  Perkhidmatan Maklumat Ekonomi China

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.