PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 

April 25, 2018 -Rabu

 
  TOSHIBA ELECTRONIC DEVICES & STORAGE CORPORATION MEMPAMERKAN SIRI MOSFET 600V PLANAR GENERASI BAHARU

Wednesday 10/01/2018



- Siri π-MOS IX bagi MOSFET 600V planar menggabungkan kecekapan tinggi dan bunyi yang rendah –
 
TOKYO, 10 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation  hari ini mengumumkan pelancaran "π-MOS IX," satu siri baharu MOSFET 600V planar. Pengeluaran secara besar-besaran bermula hari ini.
 
Dengan satu reka bentuk cip yang dioptimumkan, siri π-MOS IX memberikan bunyi puncak EMI 5dB yang lebih rendah[1] berbanding dengan siri π-MOS VII yang sedia ada, dan pada masa yang sama mengekalkan tahap kecekapan yang sama. Ia menawarkan kebebasan reka bentuk yang lebih hebat dan dengan itu membantu mengurangkan beban kerja reka bentuk. Di samping itu, siri π-MOS IX mempunyai arus hamburan terkadar yang sama dan arus DC terkadar, sekali gus menjadikannya lebih mudah untuk menggantikan MOSFET yang sedia ada.
 
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation akan mengembangkan siri π-MOS IX itu dengan penambahan lebih banyak peranti 600V, di samping peranti 500V dan 650V.
 
Aplikasi
  • Pembekalan kuasa pensuisan kecil hingga sederhana untuk penyesuai AC PC komputer buku dan pengecas konsol permainan
  • Bekalan kuasa pencahayaan
 
Ciri-ciri
  • Menggabungkan kecekapan tinggi dan bunyi yang rendah
  • Arus hamburan terkadar yang bersamaan dengan arus DC terkadar
  
 
 
Table

Nota:
[1] Perbandingan di antara TK10A60D dan TK750A60F (penyesuai  PC komputer buku 65W dalam lingkungan 200MHz),
 
Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut mengenai barisan MOSFET kuasa voltan pertengahan tinggi.
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/mosfet/hv-mosfet.html
 
Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Jualan Peranti Kuasa & Pemasaran
Tel: +81-3-3457-3933
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html
 
* Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
 
Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak dijual dari Toshiba Corporation untuk menjadi sebuah syarikat baharu pada Julai 2017, kami telah mengambil tempat kami di kalangan syarikat peranti utama yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.
 
Seramai 19,000 orang pekerja kami di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk kami, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan bagi menggalakkan penciptaan bersama nilai dan pasaran baharu. Kami berharap dapat membina di atas jualan tahunan yang kini melebihi 700 bilion yen (AS$6 bilion) dan untuk menyumbang kepada masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua.
Perolehi maklumat lanjut mengenai kami di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/company.html
 
Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51740807&lang=en
 
Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Jabatan Pemasaran Digital
Chiaki Nagasawa, +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp
 
Sumber: Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20180109006889/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA
 
 

 
 
 

Copyright @ 2018 MREM . All rights reserved.