PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

Oktober 22, 2018 -Isnin

 
  MEMPERKASAKAN PERSAINGAN MELALUI KAJIAN SEMULA PASARAN

Tuesday 09/01/2018



KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) telah menyiarkan dua laporan kajian semula pasaran di bawah Akta Persaingan 2010 (AP 2010) mengenai sektor farmaseutikal dan bahan binaan dalam industri pembinaan di laman sesawang MyCC. Dua laporan itu telah dimuktamadkan setelah mengambil kira pandangan dan maklum balas yang diterima daripada pihak berkepentingan dan orang awam.

Kedua-dua sektor itu telah dipilih berdasarkan analisis awal tentang keadaan pasaran di Malaysia dan negara-negara lain yang terdedah dengan kebarangkalian yang tinggi berlakunya amalan antipersaingan seperti kartel dan penyalahgunaan kuasa dominan yang memberi kesan kepada pengeluaran dan penyediaan barang-barang atau perkhidmatan yang penting seterusnya mengakibatkan kenaikan kos sara hidup serta menjejaskan faedah sosial para pengguna. 

Kajian semula pasaran sektor farmaseutikal yang telah dijalankan oleh MyCC memberi tumpuan kepada ubat-ubatan terkawal dalam dua peringkat rantaian bekalan iaitu pengilang ubat-ubatan generik serta pengimport ubat-ubatan baru dan generik di peringkat pertama dan pemborong serta pengedar ubat-ubatan baru dan generik di peringkat kedua.

Ketua Pegawai Eksekutif MyCC, Dato’ Abu Samah Bin Shabudin berkata, “Walaupun akses kepada ubat-ubatan tidak ditangani melalui undang-undang persaingan pada awalnya, keadaan ini sudah mula berubah. Pihak-pihak berkuasa persaingan di negara-negara lain telah pun memainkan peranan masing-masing yang sangat besar dalam mengguna pakai undang-undang persaingan bagi memperbaiki keadaan harga dan ketersediaan ubat-ubatan dalam pasaran.”

Kajian semula pasaran bahan binaan dalam industri pembinaan pula dijalankan kerana kebimbangan mengenai kenaikan kos sara hidup dan kekurangan rumah mampu milik di Malaysia. Oleh itu, kajian semula pasaran ini memberi tumpuan kepada empat bahan binaan iaitu keluli, simen, konkrit bancuh siap dan pasir yang menyumbang hampir 60% daripada anggaran nilai lapan jenis bahan binaan utama yang digunakan pada tahun 2016. Dapatan kajian mendapati bahawa keempat-empat bahan binaan tersebut bukanlah faktor utama yang mempengaruhi peningkatan harga rumah di Malaysia.

Laporan akhir untuk kedua-dua kajian semula pasaran tersebut boleh didapati di laman sesawang MyCC di www.mycc.gov.my. 

Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC)

Ditubuhkan pada Jun 2011, MyCC ialah satu badan bebas bertanggungjawab untuk menguatkuasakan Akta Persaingan 2010, yang dilaksanakan untuk menggalakkan persaingan sihat yang seterusnya akan merangsang produktiviti dan inovasi, lantas mewujudkan pilihan produk atau servis yang lebih banyak kepada pengguna dan kualiti yang lebih baik pada harga yang berpatutan. Akta ini digunapakai kepada semua aktiviti komersil yang ditanggung didalam dan diluar Malaysia yang boleh menjejaskan persaingan di pasaran Malaysia. Ia memberikan satu rangka kerja kawal termasuk kuasa menyiasat, menghakimi dan mengenakan penaltipenalti kepada pesalah undang-undang persaingan. Untuk maklumat lanjut tentang Akta dan MyCC, sila rujuk laman web www.mycc.gov.my. 

Sila klik disini untuk ANNEXE A

Sumber : Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Noorliza Abdul Latiff
Bahagian Hal Ehwal Korporat
Tel : +603 2273 2277 (ext 111)
Emel : noorliza@mycc.gov.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2018 MREM . All rights reserved.