PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 

Januari 23, 2018 -Selasa

 
  PEMBAYARAN KETIGA BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT) KEPADA PEKEBUN KECIL DAN PENOREH GETAH

Monday 08/01/2018



PUTRAJAYA, 8 Jan (Bernama) -- Kerajaan semasa pembentangan Bajet 2017 telah mengumumkan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) sebanyak RM200 pada November dan Disember 2017 serta Januari 2018 yang memanfaatkan seramai 440,000 pekebun kecil dan penoreh getah di seluruh negara.  

Objektif pemberian bantuan ini adalah bagi memastikan kebajikan para pekebun kecil dan penoreh getah terpelihara sewaktu musim tengkujuh. Peruntukan yang telah disediakan bagi tujuan tersebut adalah sebanyak RM261 juta.

Lembaga Getah Malaysia (LGM) dan agensi-agensi berkaitan iaitu RISDA, FELDA, FELCRA, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) dan Jabatan Pertanian Sarawak (JPS) telah mendaftarkan pekebun kecil dan penoreh getah dalam tempoh yang ditetapkan.

Permohonan BMT telah dibuka mulai 1 September 2017 sehingga 31 Januari 2018. Proses pembayaran BMT pertama telah dilaksanakan mulai pada 1 November 2017 dan seramai 275,605 orang pekebun kecil dan penoreh getah telah menerima bantuan tersebut.  Manakala proses pembayaran BMT kedua telah dilaksanakan mulai pada 1 Disember 2017 dan sehingga 29 Disember 2017, seramai 283,258  orang pekebun kecil dan penoreh getah telah menerima bayaran BMT.  

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi serta LGM sentiasa memastikan pelaksanaan pemberian BMT berjalan lancar dan disampaikan kepada kumpulan sasar yang ditetapkan.

Dalam hal ini, Datuk Seri Mah Siew Keong menyeru agar para pekebun kecil dan penoreh getah yang masih belum memohon bantuan BMT, untuk berbuat demikian selewat-lewatnya sebelum atau pada 31 Januari 2018 .

Bayaran ketiga BMT telah dibayar mulai pada 1 Januari 2018 di seluruh negara oleh LGM dan agensi-agensi berkaitan. Sehubungan itu, para pekebun kecil yang masih belum memohon BMT bolehlah berbuat demikian melalui kaedah-kaedah seperti berikut:
 
(i)       memohon secara on-line dengan capaian kepada Sistem BMT di LGM iaitu http://bmt.lgm.gov.my/Home/Application; atau
 
(ii)      memohon melalui aplikasi mobil LGM BMT yang dimuat naik daripada Google Play Store; atau
 
(iii)     menghantar borang BMT di mana-mana Pejabat LGM Wilayah/Negeri.
 

DATUK SERI MAH SIEW KEONG
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Putrajaya

SUMBER : Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Siti Hajar Zulkefle
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi

Tel : 03 - 8880 3381
Faks : 03 - 88878205

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2018 MREM . All rights reserved.