PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 

April 25, 2018 -Rabu

 
  NETFLIX MEMPERKENALKAN RANCANGAN KOMEDI ISTIMEWA PERTAMA DI ASIA TENGGARA OLEH HARITH ISKANDER PADA JANUARI 2018

Friday 05/01/2018



KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Netflix, peneraju utama perkhidmatan hiburan internet melancarkan rancangan komedi tempatannya yang pertama dari Asia Tenggara dengan menampilkan pelawak terkenal di rantau ini, Harith Iskander.
 
Dalam rancangan komedi istimewa yang berjudul “I Told You So” ini, Harith Iskander yang turut dikenali sebagai “Godfather of Stand-up Comedy” akan mempersembahkan variasi lawak jenakanya yang tidak asing lagi di Asia Tenggara. “I Told You So” akan menyentuh pelbagai topik termasuk kekeluargaan, pengalaman janggal pasangan sedang bercinta, sosial dan kebudayaan yang sering dialami oleh masyarakat di Malaysia dan Singapura dalam masa satu jam.
 
“Saya merasa sangat gembira dan berbangga untuk menjadi pelawak pertama Malaysia yang menjadi sebahagian daripada penerbitan asli Netflix ini, dan membawa komedi tunggal Asia ke persada dunia,” kata Harith. “Kami memilih untuk bekerjasama dengan Netflix bukan sahaja kerana ia mempunyai jumlah penonton yang ramai di seluruh dunia, tetapi juga kerana keterbukaan mereka dalam menerima citarasa jenaka kami yang unik, yang sangat berbeza jika dibandingkan dengan komedi massa yang biasa dilihat di kaca TV.”
 
Sejak ia mula dilancarkan di 190 negara pada awal  2016, Netflix telah berkembang pesat bagi mengukuhkan lagi kedudukannya di Asia. Ia juga telah memperluaskan lagi program rancangannya dengan memperbanyakkan kandungan antarabangsa yang merangkumi cerita-cerita baharu, asli dan berkualiti dari Asia. Syarikat tersebut ketika ini sedang dalam proses penghasilan atau perbincangan bagi menghasilkan rancangan-rancangan asli di lebih 15 buah negara serantau termasuk Jepun, Korea, India, Thailand, Indonesia dan Taiwan pada tahun ini.
 
“Kami merasa amat teruja kerana dapat mempersembahkan rancangan komedi istimewa Asia yang terbaharu kepada peminat tempatan, dan lagi teruja untuk  memperkenalkan bakat terhebat tempatan seperti Harith, Fakkah dan Kavin kepada penonton kami di seluruh dunia,” kata Ketua Rancangan Asli Antarabangsa – Asia di Netflix, Erika North. “Apa yang penting ialah, kami mempunyai kepercayaan penuh pada pencerita dan cerita-cerita menarik yang merentasi sempadan. Oleh itu, kami memberikan mereka kebebasan untuk berkarya dan menyediakan sebuah platform bagi mempersembahkan hasil karya berkenaan ke seluruh dunia bagi menjayakan wawasan tersebut.”
 
Selain Harith Iskander, Netflix juga akan menampilkan persembahan pelawak Singapura, Fakkah Fuzz serta pelawak tunggal Malaysia, Kavin Jay ke pentas dunia pada awal 2018.
 
Ketiga-tiga rancangan komedi istimewa tersebut akan ditayangkan di Netflix di seluruh dunia pada tarikh berikut: Harith Iskander ‘I Told You So’ pada 19 Januari, Fakkah Fuzz ‘Almost Banned’ pada 26 Januari dan Kavin Jay ‘Everybody Calm Down!’ pada 2 Februari.
 
Mengenai Netflix
 
Netflix merupakan peneraju utama perkhidmatan hiburan internet yang mempunyai lebih daripada 109 juta ahli di lebih 190 buah negara yang menikmati rancangan TV dan filem berjumlah lebih daripada 140 juta jam setiap hari, termasuklah rancangan bersiri, dokumentari dan filem-filem asli. Ahli-ahli boleh menonton sebanyak mana rancangan yang diingini, pada bila-bila masa, tidak kira di mana sahaja menerusi pelbagai peranti yang menyokong akses internet. Ahli boleh menonton, berhenti seketika dan meneruskan tontonan tanpa sebarang gangguan iklan atau sebarang komitmen.

Sumber : Arcis Communications
 
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI : 
Nama : Renuka Ramalingam
Account Manager
Arcis Communications 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2018 MREM . All rights reserved.