ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  LOGO DAN SLOGAN BAHARU MEMPROMOSIKAN DAYA TARIKAN TOKYO DI LUAR NEGARA; KEMPEN "TOKYO TOKYO LAMA BERTEMU BAHARU" TURUT BERJALAN DI KOREA SELATAN

Friday 05/01/2018



AsiaNet 71732

TOKYO, 5 Jan., 2018 /Kyodo JBN/ --

 
Kerajaan Metropolitan Tokyo sedang mengadakan satu kempen untuk mempromosikan daya tarikan Tokyo di luar negara dan juga dalam sebuah skop yang luas di Korea Selatan dengan menggunakan logo dan slogan "Tokyo Tokyo Lama bertemu Baharu." 

(Logo: http://prw.kyodonews.jp/img/201712229362-O1-cgC19i6e)
 
Mesej utama "Setiap Detik Adalah Sejarah. Di manakah Anda Akan Menemukan Diri Anda Seterusnya?" telah disebarkan di lapangan-lapangan terbang, bas, dan pelbagai media seperti majalah-majalah sejak 1 Januari 2018, sebagai sebahagian daripada kempen promosi ini. Di samping itu, bersama-sama dengan mempromosikan daya tarikan Tokyo secara berkesan kepada pelancong di seluruh dunia, ia juga menyebarkan imej Tokyo sebagai satu destinasi pelancongan di seluruh dunia. 

Mesej yang disampaikan oleh logo dan slogan: 

Tradisi yang diteruskan dari zaman Edo wujud bersama dengan budaya canggih. Slogan "Tokyo Tokyo Lama bertemu Baharu" itu menimbulkan harapan bagi banyak kejutan untuk dihantar ke seluruh dunia dan bersama-sama dengan nilai-nilai baharu untuk diwujudkan di Tokyo, di mana tradisi berterusan selama 400 tahun daripada zaman feudal Edo (Tokyo pada hari ini) dan budaya canggih yang dilahirkan daripada evolusi tanpa henti yang bertemu dan bergabung bersama.

Reka bentuk itu dibuat daripada fon berus dan gothik -- dengan mengulangi "Tokyo" dengan menggunakan dua jenis fon berbeza yang meletakkan penekanan yang kuat pada imej dan identiti Tokyo di mana tradisi dan inovasi saling wujud bersama. Di samping itu, warna-warna hitam dan biru yang digunakan di dalam logo itu mengekspresikan tradisi itu dan langit yang tersebar ke arah masa hadapan, dan pada masa yang sama tanda tangan di bahagian tengah adalah berdasarkan kepada imej daripada satu tempat pelancongan -- persimpangan Shibuya. 

Kerajaan Metropolitan itu bertanyakan kepada warga Tokyo tentang pendapat mereka mengenai kedua-dua logo dan slogan itu dan secara rasmi dipersetujui pada April 2017.
 
Laman web Rasmi "Tokyo Tokyo Lama bertemu Baharu": https://tokyotokyo.jp/
 
SUMBER: Kerajaan Metropolitan Tokyo 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.