PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 

Julai 21, 2018 -Sabtu

 
  ASWARA MEMENANGI PERSEMBAHAN TERBAIK DI INDONESIA

Thursday 04/01/2018


Pelajar-pelajar Fakulti Tari ASWARA dan Prof. Adjunct Marniati SE M. Kes, Rektor Universitas Ubudiyah Indonesia bersama piala kemenangan dalam Pertandingan Ubudiyah International Gampong Budaya Festival 2017 di Indonesia. Turut hadir bersama Encik Mohd Seth Hamzah, Timbalan Dekan Fakulti Tari



ACEH, Indonesia, 4 Jan (Bernama) -- Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) telah mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa sekali lagi dengan memenangi Anugerah Persembahan Terbaik pada Pertandingan Tarian Kreasi Baru, kategori Penampilan Antarabangsa, Mahasiswa di Ubudiyah International Gampong Budaya Festival 2017 yang telah diadakan di Universitas Ubudiyah, Indonesia. Pertandingan yang berlangsung dari 26 - 28 Disember 2017 telah menyaksikan beberapa universiti antarabangsa seperti Universiti Malaysia Perlis, Perkumpulan Mahasiswa Fatani - Thailand, Daffodil International University of Bangladesh berentap di dalam tiga (3) kategori yang terdiri daripada pelajar, mahasiswa dan juga umum.

Delegasi ASWARA yang diwakili oleh lapan (8) orang pelajar terdiri daripada pelajar tahun 1, Ijazah Sarjana Muda Tari, ASWARA dan diiringi oleh Encik Mohd Seth Hamzah, Timbalan Dekan, Fakulti Tari, ASWARA selaku koreografer. Ubudiyah International Gampong Budaya Festival 2017 diadakan bersempena Memperingati 13 Tahun Tsunami Aceh yang melanda Bandar Aceh pada 26 Disember 2004.

Sumber : Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:

Bahagian Perhubungan Korporat dan Antarabangsa
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
Tel : 03-2778 5922 / 5923 / 5924
Faks : 03-2778 5903


--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2018 MREM . All rights reserved.