PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

Oktober 22, 2018 -Isnin

 
  SISTEM INSURANS PEKERJAAN (SIP) OLEH YB DATO SRI' (DR) RICHARD RIOT ANAK JAEM MENTERI SUMBER MANUSIA

Tuesday 02/01/2018



KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Bagi pihak Kementerian Sumber Manusia, saya mengucapkan “Selamat Tahun Baharu 2018” kepada seluruh rakyat Malaysia dan pemastautin tetap di Malaysia. Ketibaan tahun 2018 menandakan bermulanya fasa baharu dalam usaha Kerajaan memperkasakan perlindungan keselamatan sosial melalui pelaksanaan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) di negara ini. Mengambil kira pelbagai cabaran sosio-ekonomi kontemporari termasuklah kemunculan Revolusi Perindustrian Keempat, langkah Kerajaan memperkenalkan SIP adalah tepat pada masanya. 

Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) telahpun diluluskan di Parlimen dan  akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2018. Akta ini akan ditabdir urus oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), bermatlamat untuk menyediakan bantuan kewangan segera kepada pekerja yang kehilangan pekerjaan. Melalui SIP juga, pekerja yang terjejas akan dibantu secara khusus bagi mendapatkan pekerjaan baharu melalui perkhidmatan pekerjaan yang diberikan oleh Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan yang berdedikasi yang juga turut mengandungi program latihan bagi meningkatkan kebolehkerjaan mereka.
 
Bermula pada Febuari 2018, majikan boleh mendaftar dan membuat bayaran  caruman  melalui  portal ASSIST PERKESO manakala pembayaran faedah SIP akan bermula pada Januari 2019.
 
Sebagai langkah sementera, Kerajaan telah menyalurkan sejumlah peruntukan kepada PERKESO bagi BAYARAN INTERIM kepada pekerja yang kehilangan pekerjaan dalam tempoh 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2018. Mereka yang layak akan diberikan bayaran tunai sebanyak RM600 sebulan untuk tempoh maksimum selama 3 bulan serta perlu menyertai Program Penempatan Pekerjaan Semula. Permohonan bagi bayaran interim boleh dilaksanakan melalui portal ‘online’ melalui laman sesawang (www.perkeso.gov.my/sip) yang boleh diakses melalui mana – mana platform ‘online’, UTC atau boleh hadir ke mana – mana kaunter PERKESO di seluruh Malaysia.
 
Saya menyeru semua majikan dan pekerja supaya menjalankan tanggungjawab mereka dengan sewajarnya kerana SIP merupakan satu dasar ekonomi dan pasaran buruh aktif yang sangat penting dalam menyokong usaha Kerajaan meningkatkan taraf hidup rakyat dan daya saing negara.
 
Bagi maklumat lanjut mengenai pelaksanaan SIP, sila hubungi PERKESO di talian 1300 22 8000 atau layari laman sesawang rasmi PERKESO di www.perkeso.gov.my/sip dari semasa ke semasa.
 
Terima kasih.
 
DATO SRI’ (DR) RICHARD RIOT ANAK JAEM,                                                                  
MENTERI SUMBER MANUSIA 

SUMBER : Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama : Wan Norshakila bt Abdul Satar
Tel : +603 4264 5000 / +603 4264 5194

Emel : shakila.satar@perkeso.gov.my 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2018 MREM . All rights reserved.