PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 

Julai 21, 2018 -Sabtu

 
  TAHUN 2018 AKAN MENYAKSIKAN PENERUSAN PASARAN BULL, KATA PACIFIC MUTUAL

Tuesday 02/01/2018


Teh Chi-cheun Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Eksekutif Pacific Mutual Fund Bhd



PETALING JAYA, 2 Jan (Bernama) -- Dalam satu kenyataan hari ini, Pacific Mutual Fund Bhd, sebuah syarikat pengurusan pelaburan di bawah OCBC Group, dengan sumber dalaman untuk mengurus kedua-dua pelaburan tempatan dan global untuk para pelanggannya, telah mengulas bahawa tahun baru akan menyaksikan penerusan pasaran bull (bull market), sekurang-kurangnya untuk suku pertama tahun 2018.
 
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Pacific Mutual, Teh Chi-cheun, mengulas pandangan syarikatnya terhadap pasaran untuk tahun baru ini, “Berdasarkan pandangan yang lebih luas, pertumbuhan ekonomi akan terus kukuh, dengan keyakinan pengguna yang semakin meningkat disokong oleh kenaikan upah dan pekerjaan yang stabil. Jangkaan pertumbuhan ekonomi global telah disemak semula ke atas pada tahun 2017. Pada  bulan Oktober 2017, IMF telah meramalkan pertumbuhan KDNK global untuk tahun 2017 pada 3.6% berbanding ramalan mereka pada awal tahun iaitu pada 3.4%. Pertumbuhan untuk tahun 2018 kini dijangka pada 3.7% dan dalam pandangan Pacific Mutual, kemungkinan akan disemak semula ke atas. Ekonomi dunia hari ini adalah bipolar dengan dua ekonomi terbesar di dunia, iaitu Amerika Syarikat dan negara China yang memacu pertumbuhan di rantau masing-masing dan menghasilkan momentum positif di seluruh dunia."

Teh terus mengulas, "Pandangan Pacific Mutual ialah tahun 2018 akan menyaksikan penerusan pasaran bull. Kami akan membina pegangan dalam ekuiti. Perlu juga ingat bahawa akan ada masanya di mana pasaran bull menurun seketika dan ini adalah sihat untuk rali yang dapat berkekalan. "
 
Pada kenyataan yang sama, Pacific Mutual mengumumkan agihan pendapatan berjumlah RM15.46 juta untuk pelabur lima buah dananya. Syarikat ini mengisytiharkan agihan pendapatan tahunan sebanyak 5 sen seunit untuk Pacific Dividend Fund dan 2.5 sen seunit untuk Pacific AsiaPac Income Fund.  
 
Pacific Mutual juga mengumumkan agihan suku tahunan sebanyak 0.4 sen seunit untuk Pacific Cash Fund dan 0.3 sen seunit untuk Pacific OCBC Cash Fund. Di samping itu, agihan bulanan juga diumumkan untuk Pacific Cash Deposit Fund pada 0.3 sen seunit untuk bulan Disember 2017. 

PACIFIC MUTUAL FUND BHD adalah anak syarikat Lion Global Investors Limited (dahulu dikenali sebagai Lion Capital Management Limited), sebuah syarikat yang diperbadankan di Singapura pada tahun 1986. Kedua-dua Pacific Mutual dan Lion Global Investors adalah ahli OCBC Group. Pada akhir tahun 2017, Pacific Mutual mengurus RM1.60 bilion bagi pihak pelabur unit amanahnya dan pelanggan mandat persendirian. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pacificmutual.com.my

Sumber : PACIFIC MUTUAL FUND BHD

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Cindy Leong 
Tel : 03 – 7725 9877 sambungan 173
Emel : cindy@pacificmutual.com.my

Nama : Cindy Thean 
Tel : 03 – 7725 9877 sambungan 148
Emel : cthean@pacificmutual.com.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2018 MREM . All rights reserved.