ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  ​LALUAN HIJAU BANDAR BERTARAF DUNIA MEMPERLAHANKAN RENTAK KEHIDUPAN DI WUHAN DI KAWASAN TENGAH CHINA

Friday 29/12/2017



AsiaNet 71697

WUHAN, China, 29 Dis, 2017 /Xinhua-AsiaNet/ --

Dengan menampilkan peninggalan China yang paling intensif mengenai budaya kuno Chu, paparan puisi dan kaligrafi Cina klasik yang paling indah, di samping kerja seni dan ukiran moden peringkat tinggi serta grafiti dan lukisan jalanan tiga dimensi, fasa kedua bagi sebuah kawasan hijau yang mengelilingi tasik bandar yang terbesar di China di tengah-tengah metropolis di Wuhan telah dibuka kepada orang ramai pada 26 Disember. Bersama-sama dengan fasa pertama yang siap pada tahun lepas, Laluan Hijau itu menyoroti sebuah kehidupan bandar yang mesra alam. East Lake, sebuah tempat paling menarik di China yang meliputi sebuah kawasan seluas 33 kilometer persegi, dan menjadi saksi kepada usaha bandar raya itu di dalam perlindungan dan pemulihan ekologi.
 
Kualiti air di tasik itu telah melalui hari-hari yang baik dan buruk. Institut Hidrobiologi di bawah Akademi Sains China telah memantau kualiti airnya sejak tahun 1956. Menurut catatan rekod, tasik itu pernah menjadi sebuah syurga bagi tumbuh-tumbuhan akuatik dan ikan pada tahun 1960-an dan 1970-an. Walau bagaimanapun, dengan peningkatan mendadak di dalam air sisa dan kumbahan pada tahun 1980-an, air di tasik itu telah ditakrif sebagai kotor menjelang akhir abad yang lalu. Sejak itu kerajaan bagi bandar raya itu  telah melakukan usaha untuk membersihkan tasik berkenaan. Pada Jun, keseluruhan tasik itu telah ditakrif sebagai sesuai untuk aktiviti berenang, dan sebahagiannya pula selamat untuk diminum secara terus. Zhang Xiaolin, seorang jurutera kanan dari institut itu, berkata, "Kualiti air di East Lake telah mencapai tahap terbaik dalam tempoh lebih 40 tahun. Langkah-langkah rawatan pencemaran ke atas tasik itu mempunyai kepentingan di dalam rujukan bagi keseluruhan bandar raya itu, dan juga bahagian lain di negara itu."
 
Dalam pada itu, kerajaan bagi bandar raya itu telah mencadangkan untuk membangunkan sebuah ekologi bandar yang berasaskan kepada East Lake dengan sebuah laluan hijau yang mengelilingi sebagai kuncinya.
 
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Kawasan Pemandangan Indah Eko Pelancongan East Lake Wuhan, fasa kedua bagi Laluan Hijau East Lake adalah 73.28 km panjang. Bersama dengan fasa pertama, laluan hijau yang lengkap itu mempunyai tujuh laluan landskap yang bertema yang mencakupi 101 km. Dengan pelbagai pemandangan termasuk hutan, pulau-pulau, tanah lembap dan belukar, seseorang dapat mencapai ketenangan badan dan minda.
 
Wuhan Real Estate Group berkata lapis lindung ekologi bagi tasik itu telah dipelihara hingga ke tahap yang paling tinggi semasa kerja pembinaan. Kira-kira 20 km tumbuh-tumbuhan asal di tepi tasik sepanjang 54 km itu telah dipelihara seperti sedia ada. Pokok-pokok besar seperti oriental planes dan metasequoia telah dilabelkan dan dilindungi secara kekal. Penggunaan jentera besar telah dihadkan semasa pembinaan Laluan Hijau itu. Jambatan dan lencongan telah digunakan untuk memberi ruang kepada pokok-pokok.
 
"Kami telah berusaha keras untuk mengekalkan ekologi asal East Lake itu," kata Shang Yangang yang bekerja dengan Real Estate Group.
 
Sebagai tambahan kepada pokok-pokok asal, sebanyak 29,500 batang pokok lagi telah dipilih dan ditanam di sepanjang laluan hijau itu.
 
Kerja-kerja seni juga merupakan satu bahagian penting bagi kemudahan itu. Sebuah taman seni awam antarabangsa yang terletak di tepi tasik itu telah menjadi kawasan pameran ukiran terbesar bagi bandar raya itu. Grafiti, lukisan jalanan tiga dimensi dan lukisan dinding juga menambahkan warna kepada Laluan Hijau itu.
 
Fasa kedua Laluan Hijau itu, yang merangkumi lebih dua pertiga daripada keseluruhan panjang, telah disiapkan mengikut jadual hasil daripada kecekapan dan pelaksanaan oleh kerajaan tempatan di dalam reka bentuk, penempatan semula penduduk asal dan pembinaan.
 
Laluan Hijau East Lake, yang mengambil masa dua tahun untuk disiapkan, menyoroti idea bagi eko pembangunan bandar, yang meletakkan ekologi pada kedudukan yang sama seperti pembangunan ekonomi.
 
SUMBER: Jawatankuasa Pengurusan Kawasan Pemandangan Indah Eko Pelancongan East Lake Wuhan
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=303739
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.