ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT PEMANTAUAN BERSEPADU INTEGRATED MANASIK MONITORING SYSTEM (IMAMS)

Saturday 16/12/2017



KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Kementerian Pelancongan & Kebudayaan Malaysia (KPK) telah mengumumkan pelaksanaan Sistem Pengurusan Maklumat Pemantauan Bersepadu Integrated Manasik Monitoring System (IMAMS) pada 15 Disember 2017. Susulan itu, pelbagai reaksi telah diterima oleh KPK terhadap inisiatif tersebut.

Dalam hal ini, Lembaga Pengarah syarikat IMAMS adalah terdiri daripada warganegara Malaysia yang beragama Islam, manakala para pemegang saham syarikat adalah daripada warganegara Malaysia yang beragama Islam dan syarikat-syarikat tempatan. Dalam melindungi kepentingan dan sensitiviti agama Islam, syarikat IMAMS telah diarahkan untuk memastikan bahawa semua kakitangan syarikat adalah beragama Islam.

Kementerian dengan ini menyeru kepada orang ramai agar sentiasa berhati-hati sebelum mempercayai sebarang khabar angin yang tidak berasas mengenai pelaksanaan IMAMS, dan seterusnya mengetahui hak-hak sebagai pengguna untuk tidak membayar lebih daripada kadar yang ditetapkan iaitu RM90.10.

Sumber : KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : MUHAMMAD HUZAIFA BIN NAHARAZMI
Tel: 03-8891 7822
Emel: muhdhuzaifa@motac.gov.my 

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.