ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  VANTIS MENJADI RAKAN PERTAMA DI HONG KONG UNTUK PERKHIDMATAN TERURUS NTT COMMUNICATIONS

Friday 15/12/2017



Memperluaskan tapak kehadiran perkhidmatan terurus NTT Com merentasi Asia

TOKYO & HONG KONG, 15 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NTT Communications (NTT Com), penyelesaian ICT dan perniagaan komunikasi antarabangsa di dalam Kumpulan NTT (TOKYO: 9432), mengumumkan bahawa Vantis Consulting Group (Vantis) telah menjadi rakan pertama di Hong Kong untuk menyertai Program Rakan Perkhidmatan Terurus Global Management One (GMOne) mereka. Perkongsian itu mempercepatkan momentum NTT Com untuk memperluaskan perkhidmatan terurus GMOne merentasi seluruh Asia dan memberi kuasa kepada perusahaan untuk menikmati penyelesaian ICT akhir ke hujung daripada sebuah rakan tempatan yang dipercayai dengan kepakaran khusus di dalam aplikasi awan dan perniagaan.

Pengumuman itu dibina di atas perkongsian sedia ada di antara Vantis dan NTT Com untuk Tempat Pasaran Awan Perusahaan, yang dilancarkan pada tahun lepas. Dengan perjanjian baharu itu, Vantis akan menjual semula perkhidmatan terurus, awan dan penyelesaian hos GMOne milik NTT Com dan seterusnya mengintegrasikan dengan penawaran perkhidmatan mereka untuk memenuhi keperluan ICT hibrid perusahaan yang berkembang.

"Kami sangat teruja untuk mengalu-alukan Vantis sebagai rakan pertama kami untuk GMOne di Hong Kong," kata Hirofumi Miyama, Naib Presiden Kanan bagi Perkhidmatan Terurus di NTT Com. "Dengan memanfaatkan rekod prestasi pelaksanaan mereka yang kukuh dan kepakaran tempatan bagi menggerakkan aplikasi perniagaan awan untuk perusahaan, terutamanya aplikasi SAP, kami akan dapat memperluaskan tapak kehadiran kami di Asia dan memastikan pelanggan akhir kami mendapat perkhidmatan yang tepat dan sokongan yang diperlukan mereka di dalam perjalanan migrasi awan mereka."

Perkhidmatan terurus GMOne telah direka bagi menjawab panggilan daripada perusahaan yang mencari untuk menguruskan persekitaran ICT hibrid dan yang semakin ternyahpusat. Firma penyelidikan Gartner1 meramalkan 90% organisasi akan menerima pakai pengurusan infrastruktur hibrid menjelang tahun 2020. Perusahaan juga semakin mencari perkhidmatan terurus berasakan awan dan berautomasi yang tangkas, cekap dan menjimatkan kos untuk meningkatkan daya saing mereka ketika mereka berubah secara digital. Di samping itu, paradigma IT yang baharu, seperti Internet untuk Segala-galanya (IoT), blockchain atau sebuah lejar digital dan kecerdasan buatan (AI), telah menjadikan keperluan ICT lebih kompleks.

Perkhidmatan terurus GMOne membolehkan perusahaan yang berpangkalan di Hong Kong untuk menikmati portfolio perkhidmatan sehenti dan lancar, yang memanfaatkan sumber global NTT Com bagi menguruskan keseluruhan ekosistem ICT hibrid, daripada infrastruktur, aplikasi perniagaan kepada penyumberan luar pintar.

"Kami amat berbangga untuk menjadi rakan pertama di Hong Kong bagi perkhidmatan terurus GMOne milik NTT Com. Perkongsian itu menepati objektif perniagaan kami dan membantu kami untuk memenuhi keperluan ICT oleh kumpulan pelanggan kami yang semakin berkembang. Ia pasti akan membantu kami untuk membina hubungan yang lebih mendalam dengan pelanggan kami yang sedia ada ketika mereka mengubah perniagaan mereka menjadi lebih digital dan menggunakan kemajuan teknologi baharu," kata Dr. Rocky Lam, Ketua Pegawai Eksekutif, Vantis.

1 Gartner, Siaran Media, 5 April 2017 "Gartner berkata satu Anjakan Besar-besaran kepada Perkhidmatan Infrastruktur Hibrid Sedang Dijalankan" https://www.gartner.com/newsroom/id/3666917

Maklumat mengenai NTT Communications

NTT Communications menyediakan perkhidmatan perundingan, seni bina, keselamatan dan awan untuk mengoptimumkan persekitaran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi kebanyakan perusahaan global. Penawaran ini disokong oleh infrastruktur syarikat di seluruh dunia, termasuk rangkaian IP peringkat 1 global yang terkemuka, rangkaian Arcstar Universal One™ VPN yang menjangkau ke 196 buah negara/ wilayah, dan lebih 140 pusat data yang dijamin selamat di seluruh dunia. Penyelesaian NTT Communications memanfaatkan sumber global syarikat-syarikat Kumpulan NTT termasuk Dimension Data, NTT DOCOMO dan NTT DATA.

Sila layari www.ntt.com.hk | www.hknet.com | www.facebook.com/nttca | http://www.linkedin.com/company/ntt-com-asia-limited untuk maklumat lanjut.  

Maklumat mengenai Vantis Consulting Group   

Sebagai sebuah firma perundingan perniagaan, strategi dan teknologi yang terkemuka di Rantau Asia Pasifik, mengenali awal berhubung impak yang signifikan yang akan diterima oleh pengkomputeran awan berhubung bagaimana perniagaan, melaksanakan dan mengurus pelaburan IT.  Vantis Consulting Group adalah sebuah syarikat perunding yang mantap yang menyediakan penyelesaian perniagaan akhir ke hujung dan perkhidmatan Latihan di seluruh Hong Kong, Macau, China, Taiwan dan Rantau Asia Pasifik. Untuk membantu pelanggan mempertajamkan kelebihan daya saing mereka dengan menawarkan perkhidmatan pelaksanaan yang komprehensif bagi penyelesaian perniagaan utama pasaran. Sila layari www.vantissol.com | www.facebook.com/VantisGroup/ | www.linkedin.com/company/vantis-consulting-group untuk maklumat lanjut.

Hubungi
Untuk maklumat lanjut
NTT Communications
Aga Szczesniak
gmone_partners@ntt.com
atau
NTT Com Asia Ltd
Elaine Ng / Priscilla Kwok
+852 3793 0228 / +852 3793 0937
elaine.ng@ntt.com.hk / priscilla.kwok@ntt.com.hk

Sumber: NTT Communications Corporation
 
Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20171214006519/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.