ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA : ISU SUSU RUMUSAN BAYI DISYAKI MENGGUNAKAN CAP DAGANGAN TIRUAN

Thursday 14/12/2017



KUALA LUMPUR, 14 Dis (Bernama) -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum berita mengenai “Aduan bayi muntah teruk: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) rampas susu dipercayai palsu” yang disiarkan melalui media pada 10 Disember 2017. Laporan tersebut menyatakan pihak KPDNKK Johor telah berjaya merampas 210 kotak susu rumusan bayi bernilai RM42,000 yang disyaki tiruan di lima (5) lokasi berbeza di Johor Bahru.

KKM mengambil maklum bahawa produk terlibat yang dirampas oleh KPDNKK adalah berkaitan dengan cap dagangan tiruan produk susu rumusan bayi, di mana ianya adalah di bawah bidang kuasa KPDNKK melalui Akta Perihal Dagangan 2011. Manakala KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan bertanggungjawab bagi memastikan makanan yang dijual di pasaran adalah selamat. KKM ingin menegaskan bahawa sebarang susu rumusan bayi untuk jualan perlu mematuhi Peraturan 389, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983.

Dalam hal ini, KKM sedang bekerjasama rapat dengan KPDNKK dalam menjalankan verifikasi bagi mengesahkan keselamatan makanan produk susu rumusan bayi yang disyaki menggunakan cap dagangan tiruan tersebut.

KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna. Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, sila hubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA


SUMBER : Kementerian Kesihatan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Nor Suzaman Abdul Rahman
Tel : 03-8883 3470 / 013-399 7025
Emel : n.suzaman@moh.gov.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.