ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 23, 2024 -Selasa

 
  ​TERADYNE MENGUMUMKAN KETERSEDIAAN PERKHIDMATAN UJIAN RF BARU DI SIGURD

Wednesday 13/12/2017



NORTH READING, Massachusetts, 13 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Teradyne, Inc. (NYSE:TER), pembekal peneraju kelengkapan automasi untuk kegunaan ujian dan industri dan Sigurd Corporation hari ini mengumumkan ketersediaan perkhidmatan ujian RF baru di Sigurd yang memanfaatkan sistem ujian UltraFLEX Teradyne dengan pilihan ujian RF UltraWave24. Kebolehan baru ini akan membolehkan Sigurd untuk memberikan pelanggan perkhidmatan ujian mereka dengan penyelesaian peneraju industri untuk menguji 4G, rangkaian wayarles dan peranti IoT serta membawanya menembusi pasaran dengan cepat.

UltraFLEX merupakan semikonduktor industri yang paling meluas digunakan untuk menguji penghantar-terima RF termaju. UltraFLEX memberikan ketepatan peneraju industri dan keutuhan isyarat yang meningkatkan hasil pengeluaran peranti untuk mengurangkan kos dan mempercepatkan penembusan pasaran. Reka bentuk pemprosesan hasil latar belakang unik UltraFLEX juga membolehkan daya pemprosesan tertinggi dan produktiviti sel ujian daripada sebarang penyelesaian ujian yang tersedia hari ini. Sebagai tambahan, platform UltraFLEX yang menjalankan perisian IG-XL telah dinilai sebagai nombor 1 dalam kajian kepuasan pelanggan VSLI untuk empat tahun terakhir yang menyediakan keserasian program ujian merentas semua versi instrumen—menyingkirkan perbelanjaan dan gangguan menulis program ujian baru dan melatih semula jurutera untuk menggunakan instrumen ujian generasi mendatang.

“Kami teruja dan mengalu-alukan Sigurd sebagai rakan untuk ujian RF pada platform UltraFLEX,” ujar Jason Zee, Naib Presiden Pemasaran Ujian Semikonduktor Teradyne. “Ini akan meluaskan lagi ketersediaan penyelesaian UltraFLEX kepada pangkalan pelanggan penting baru yang kini boleh memanfaatkan faedah unik yang disediakan oleh penyelesaian inovatif ini.”

“Kami melihat kerjasama dengan Teradyne sebagai usaha penting dalam mengembangkan pangkalan pelanggan kami,” kata Charles Yeh, Ketua Pegawai Operasi (COO) Sigurd. “Teradyne merupakan peneraju yang diperakui dalam ujian RF dan kami percaya ini akan berterusan untuk meletakkan Sigurd sebagai pembekal peneraju perkhidmatan ujian untuk peranti komunikasi generasi mendatang.”

Perihal Sigurd
Ditubuhkan pada 1996, Sigurd Microelectronics Corporation merupakan sebuah syarikat yang tersenarai pada Bursa Saham Taiwan (6257.TW) dan merupakan pembekal peneraju pemasangan IC semikonduktor dan perkhidmatan ujian. Dengan menggunakan pemasangan IC, platform ujian dan teknologi termaju, syarikat tersebut menawarkan pelbagai perkhidmatan pembuatan bahagian belakang IC semikonduktor kepada pelanggan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati http://www.sigurd.com.tw.

Perihal Teradyne
Teradyne (NYSE:TER) merupakan pembekal peneraju kelengkapan automasi untuk kegunaan ujian dan industri. Kelengkapan Ujian Automatik (ATE) Teradyne digunakan untuk menguji semikonduktor, produk wayarles, penyimpanan data dan sistem elektronik kompleks, yang berkhidmat kepada pelanggan pengguna, komunikasi, industri dan kerajaan. Produk Automasi Industri kami termasuk robot kolaboratif yang digunakan oleh pelanggan pembuatan global dan industri ringan untuk memperbaiki kualiti dan meningkatkan keberkesanan pembuatan. Pada 2016, Teradyne menjana pendapatan sebanyak $1.75 bilion dan kini mempunyai kira-kita 4,400 pekerja di serata dunia. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati www.teradyne.com. Teradyne(R) adalah tanda perniagaan berdaftar bagi Teradyne, Inc. di A.S. dan negara lain.

Hubungan
Teradyne, Inc.
Andy Blanchard
978-370-2425
Naib Presiden Hubungan Korporat

Sumber : Teradyne, Inc.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.