ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  SYARIKAT BERKSHIRE HATHAWAY SPECIALTY INSURANCE LANCAR INSURANS GANTI RUGI PROFESIONAL INSTITUSI KEWANGAN DI ASIA

Wednesday 13/12/2017



BOSTON, 13 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Syarikat Berkshire Hathaway Specialty Insurance (BHSI) hari ini mengumumkan bahawa ia telah memperkenalkan Insurans Ganti Rugi Profesional Institusi Kewangan Pertama Profesional (FIPI) di Asia.
 
"Institusi kewangan sedang melihat satu peningkatan di dalam kekerapan dan keamatan tuntutan ganti rugi profesional," kata Scotland Walsh-Riddle, Ketua bagi Eksekutif & Talian Profesional di BHSI Hong Kong. "Untuk memberikan respons kepada keperluan mereka, kami memperkenalkan perlindungan yang komprehensif dan boleh disesuaikan untuk menangani pendedahan yang dihadapi profesional FI sekarang."
 
Dasar BHSI yang baharu ini direka untuk meliputi pelbagai tuntutan, daripada dakwaan berhubung kegagalan untuk mendedahkan maklumat, kepada mengelirukan nasihat kewangan dan pelanggaran kontrak. Ia menggabungkan perlindungan bagi liabiliti sivil, prasiasatan, perbelanjaan mitigasi, kos jaminan bon, kehadiran mahkamah, kehilangan dokumen, dan banyak lagi.
 
"Institusi kewangan menyampaikan pelbagai perkhidmatan kepada pelanggan mereka," kata Edwin Sim, Penolong Naib Presiden bagi Eksekutif & Talian Profesional di BHSI Singapura. "Oleh itu, kami telah menetapkan untuk menyediakan kepada mereka dengan ketenangan fikiran yang datang dengan liputan FIPI yang meluas. Melalui perkataan yang dinyatakan dengan jelas, dasar insurans FIPI BHSI Asia akan memberikan kepada pelanggan kami dengan perlindungan keselamatan yang disokong oleh kekuatan kewangan yang tidak dapat ditandingi."
 
Dasar itu direka untuk institusi kewangan yang sederhana hingga besar, termasuk peniaga sekuriti, bank-bank serantau, syarikat insurans, syarikat insurans semula, institusi yang pelbagai, dan teknologi kewangan (FinTech) dan syarikat penasihat korporat.
 
Untuk maklumat lanjut mengenai insurans FIPI BHSI, sila hubungi Scotland Walsh-Riddle di Hong Kong di talian +852 3729 1360/Scotland.Walsh-Riddle@bhspecialty.com atau Edwin Sim di Singapura di talian +65 6675 1508 /Eddie.Sim@bhspecialty.com.
 
Berkshire Hathaway Specialty Insurance (www.bhspecialty.com) menyediakan hartanah komersil, mangsa, liabiliti profesional penjagaan kesihatan, eksekutif dan talian profesional, jaminan, perjalanan, program, kehilangan terhenti perubatan, dan insurans pemilik rumah. Terma bagi perlindungan sebenar dan muktamad bagi kesemua talian produk mungkin berbeza-beza. Di Asia, ia menaja jamin dalam Syarikat Berkshire Hathaway Specialty Insurance, yang memiliki penilaian kekuatan kewangan A++ dari AM Best dan AA+ dari Standard & Poor's. Berpusat di Boston, Berkshire Hathaway Specialty Insurance mempunyai pejabat di Atlanta, Asheville, Boston, Chicago, Houston, Irvine, Los Angeles, New York, San Francisco, San Ramon, Seattle, Stevens Point, Auckland, Brisbane, Düsseldorf, Hong Kong, Kuala Lumpur, Macau, Melbourne, Singapura, Sydney dan Toronto.
 
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi info@bhspecialty.com.

Hubungi
Berkshire Hathaway Specialty Insurance
JoAnn Lee, +1 617-936-2937

Sumber: Berkshire Hathaway Specialty Insurance
  
Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20171212006378/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.