ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  SEKTOR PKS KEKAL MAMPAN PADA 2017

Tuesday 12/12/2017



PKS mencatatkan pertumbuhan pendapatan 14.54%, pertumbuhan keuntungan sebanyak 6.93%
 
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia kekal mampan dengan dengan peserta kaji selidik SME100 memperlihatkan pertumbuhan pendapatan sebanyak 14.54 peratus dan pertumbuhan keuntungan sebanyak 6.93 peratus. Peratusan ini menunjukkan perbezaan yang ketara daripada unjuran pertumbuhan keseluruhan bagi KDNK negara yang hanya mencapai 5.2 peratus.
           
Kaji selidik SME100 yang dijalankan oleh SME Magazine memberi pengiktirafan kepada 100 syarikat yang menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dalam bidang perniagaan. Kaji selidik dan penganugerahan tersebut telah diadakan bersama sejak tahun 2009. Bagi tahun ini, SME100 akan dirasmikan oleh Dato’ Seri Ong Ka Chuan, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II.
 
“Meskipun terdapat permasalahan sejagat, PKS masih tetap berdiri kukuh. Hal ini adalah kerana, kini terdapat peningkatan permintaan daripada pengguna berikutan ketidaktentuan ekonomi yang berlaku beberapa tahun lepas. Pembaharuan terhadap fokus serantau bagi AEC juga menyumbang kepada pertumbuhan ini,” kata Dato 'William Ng, Pengarah Urusan Business Media International, merangkum Penerbit SME Magazine.
 
Dalam ucapan perasmian beliau, Dato’ Seri Ong Ka Chuan menyeru supaya PKS menerima Revolusi Perindustrian Keempat. “Melangkau ke hadapan, PKS harus meningkatkan operasi dan keupayaan mereka melalui penggunaan teknologi. Kerajaan komited untuk membantu perusahaan tempatan menggunapakai teknologi yang mencakupi ekonomi digital dan inovasi, " katanya lagi.
 
SEKTOR TEKNOLOGI TERUS MENDAHULUI
 
Daripada semua yang berjaya merangkul SME100 Awards, 19 peratus berasal dari sektor ICT dan telekomunikasi, diikuti 11 peratus daripada sektor pengangkutan dan logistik. Industri perabot berasaskan kayu berjaya menduduki tempat ketiga dengan 9 peratus syarikat.
 
Sektor pembinaan, pembangunan hartanah dan bahan binaan pula menyaksikan penurunan, daripada 15 perwakilan pada tahun lepas kepada hanya 6 syarikat pada tahun ini. Sektor minyak dan gas, perlombongan dan tenaga, yang menduduki tempat ketiga pada 2016, jatuh ke tempat keenam dengan hanya 7 syarikat mewakili industri tersebut, kurang daripada separuh daripada tahun sebelumnya.
 
"Sudah jelas bahawa sementara sektor minyak, gas dan pembinaan sedang mengalami fasa pembetulan, sektor teknologi pula sedang berkembang pesat. Kebangkitan semula yang agak mengejutkan adalah daripada industri perabot berasaskan kayu, yang juga menyaksikan pertumbuhan kukuh berikutan peningkatan permintaan dari Eropah dan Asia Timur," kata Ng.
 
PENGUMUMAN 10 TERBAIK
 
Walaupun 100 syarikat terbaik daripada tinjauan tersebut telah dipilih untuk membawa pulang anugerah SME100, 10 syarikat yang paling cemerlang juga telah dinamakan. Mereka ialah (mengikut turutan abjad):
  • Accendo HR Solutions Sdn Bhd
  • Bridgenet Solutions Sdn Bhd
  • Central Medicare Sdn Bhd
  • Everest Integrated Logistics Sdn Bhd
  • HTC Travel Services (M) Sdn Bhd
  • Masterplan Consulting Sdn Bhd
  • Nestcon Builders Sdn Bhd
  • Neu Dimension Sdn Bhd
  • PE Mixed Sdn Bhd
  • Sulomas Sdn Bhd
 
"Adalah penting bagi PKS untuk merancang diluar kemampuan mereka dan berupaya untuk bertindak pantas dalam mengubah diri mereka dari segi kemahiran serta skala demi menghadapi pasaran yang sentiasa berubah. Ianya agak jelas bahawa peniagaan tidak lagi boleh dijalankan seperti kebiasaannya. Kita harus berubah atau kita yang bakal diubah,” tambah Ng.
 
Turut hadir di SME 100 ialah bekas Menteri Kewangan Kedua, Dato’ Seri Ahmad Husni Hanadzlah; CEO MATRADE, Dr Mohd Shahreen Zainooreen Madros; dan naib CEO SME Corp, Rizal Nainy.
 
SME100 Fastest-Moving Companies Award telah ditaja oleh AffinBank Group, CTOS Data Systems Sdn Bhd, dan MAB Kargo Sdn Bhd.
 

Mengenai Business Media International

Business Media International ialah merupakan pemilik media perniagaan ke perniagaan (B2B) yang terkenal dengan produk yang merangkumi penerbitan bercetak, portal atas talian, pameran dan anugerah perniagaan. Antara jenama yang diketengahkan termasuk SME Magazine, HR Asia, Capital Asia, Mega Career Fair, SME Solutions Expo, Post Graduate Education Fair, ITX Asia, SME 100 dan pelbagai lagi.
 

 
Jadual 1: Ringkasan SME100 
 
Bilangan industri20
Purata pendapatanRM18,066,823
Purata pertumbuhan pendapatan14.54%
Purata pertumbuhan keuntungan bersih6.93%
Purata pertumbuhan keuntungan operasi9.40%
Purata kasar margin4.76%














Jadual 2: Pembahagian Pemenang SME100 Mengikut Industri
 
ICT & Telekomunikasi19
Pengangkutan & Logistik11
Perabot & Pembuatan Kayu9
Servis Professional & Perniagaan8
Perdagangan & Pemborongan8
Makanan & Minuman7
Kesihatan, Farmaseutikal & Bioteknologi7
Minyak & Gas, Teknologi Hijau, Perlombongan7
Pembinaan, Perkembangan Hartanah & Bahan Binaan6
Pendidikan & Latihan4
Hospitaliti, Servis Makanan & Pelancongan3
Automotif3
Industri & Produk Komersial2
Elektrik & Elektronik2
Bahan Kimia & Plastik1
Kejuruteraan Sivil1
Bahan Konsumer1
Peruncitan1
Perkhidmatan persendirian1
Pertanian, Ternakan, Perladangan dan Komoditi1



Sila klik di sini untuk foto: 
https://www.dropbox.com/sh/7icp5fguptlhsc2/AABbTpVVCND817ouFWJJb4r-a?dl=0


SUMBER :  Business Media International

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Gale Seng
Tel : +6016 – 598 0216
Emel : gale@businessmedia.asia

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.