ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  TOSHIBA MEMORY CORPORATION PERKENALKAN PRODUK MEMORI FLASH NAND TERBENAM UNTUK APLIKASI AUTOMOTIF YANG MEMATUHI UFS VERSI 2.1

Tuesday 12/12/2017



- Menangani permintaan penyimpanan data bagi aplikasi yang semakin kompleks termasuk sistem maklumat & hiburan automotif dan ADAS -

TOKYO, 12 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Memory Corporation, pemimpin dunia di dalam penyelesaian memori, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memulakan penghantaran sampel bagi produk memori flash NAND yang terbenam untuk aplikasi automotif yang mematuhi JEDEC UFS[1]  versi 2.1[2]. Produk-produk baharu itu memenuhi keperluan AEC-Q100 Gred 2[3]  dan menyokong julat suhu luas antara -40°C hingga +105°C, dengan menawarkan keupayaan kebolehpercayaan yang dipertingkatkan yang diperlukan oleh aplikasi automotif yang semakin kompleks. Barisan itu memenuhi keperluan aplikasi yang luas dengan lima kapasiti yang berbeza: 16GB, 32GB, 64GB, 128GB dan 256GB.[4]

Produk baharu itu adalah produk memori flash NAND terbenam yang menggabungkan cip NAND yang direka bentuk dengan teknologi pemprosesan 15nm dan sebuah pengawal dalam satu pakej tunggal. Keperluan penyimpanan untuk aplikasi automotif terus meningkat ketika sistem termasuk sistem maklumat & hiburan automotif dan ADAS[5] menjadi lebih canggih, dan UFS menyokong keperluan prestasi dan ketumpatan tinggi mereka. Penambahan UFS automotif memperluaskan barisan Toshiba Memory Corporation bagi produk memori flash NAND terbenam untuk aplikasi automotif, yang pada masa ini termasuk produk automotif e-MMC[6]. Dengan menggunakan antara muka UFS membolehkan produk baharu itu mencapai satu bacaan berurutan sebanyak 850MB dan bacaan rawak 50kIOP, iaitu masing-masing kira-kira 2.7 kali dan 7.1 kali lebih pantas daripada rakan-rakan e-MMC semasa mereka.[7]
 
Fungsi-fungsi baharu yang lain yang khusus disesuaikan dengan aplikasi automotif telah ditambah kepada produk UFS yang baharu itu, termasuk Segar Semula, Kawalan Terma dan Diagnosis Dilanjutkan. Segar Semula boleh digunakan untuk menyegarkan semula data yang disimpan di dalam UFS dan boleh menyumbang kepada pengembangan jangka hayat data. Kawalan Terma melindungi daripada pemanasan lampau di dalam suhu yang tinggi yang boleh berlaku di dalam aplikasi automotif. Diagnosis Dilanjutkan membantu pengguna untuk memahami keadaan bagi produk itu.

Produk UFS keluaran Toshiba Memory Corporation telah digunakan untuk meningkatkan prestasi sistem keseluruhan di dalam peranti mudah alih, dan pengenalan produk UFS automotif dijangka mempunyai kesan positif yang sama terhadap pembangunan sistem maklumat & hiburan automotif dan ADAS. Toshiba Memory Corporation kini dalam perbincangan dengan pembuat kereta utama mengenai kemungkinan melaksanakan barisan baharu itu di dalam projek generasi akan datang. Memandangkan keperluan storan untuk aplikasi automotif terus berkembang, Toshiba Memory Corporation akan terus memimpin pasaran itu dengan menguatkan barisan penyelesaian memori berprestasi tinggi, berketumpatan tinggi  yang mensasarkan sektor itu.

Table
 
Ciri-ciri Utama
1. Julat Suhu Dilanjutkan
Menyokong julat suhu operasi antara -40 ° C hingga +105 ° C.
Ujian kebolehpercayaan telah dijalankan untuk memenuhi spesifikasi AEC-Q100 Gred 2, sebagai tambahan kepada ujian pematuhan JEDEC.
2. Julat Kapasiti Luas
Menyokong pelbagai kapasiti yang luas, dari 16GB hingga 256GB, untuk menyesuaikan dengan pelbagai aplikasi automotif, termasuk sistem maklumat & hiburan automotif dan ADAS, yang biasanya memerlukan storan kapasiti yang tinggi, di samping aplikasi lain, seperti komunikasi tanpa wayar, yang mungkin hanya memerlukan kapasiti kecil.
3. Prestasi Tinggi
Dengan menggunakan antara muka UFS, produk baharu itu mencapai satu bacaan berurutan sebanyak 850MB dan bacaan rawak 50kIOP, iaitu masing-masing kira-kira 2.7 kali dan 7.1 kali lebih pantas daripada rakan-rakan e-MMC semasa mereka.[7]
4. Fungsi Tambahan yang Disesuaikan untuk Aplikasi Automotif
Menyokong fungsi tambahan yang disesuaikan untuk aplikasi automotif termasuk Segar Semula, Kawalan Terma dan Diagnosis Dilanjutkan.
 
* Nama syarikat, nama produk, dan nama perkhidmatan yang dinyatakan di sini boleh jadi tanda niaga bagi syarikat mereka masing-masing. 

Nota
[1] Universal Flash Storage (UFS) adalah satu kategori produk untuk kelas produk memori terbenam yang dibina untuk spesifikasi standard JEDEC UFS.
[2] Satu daripada spesifikasi standard bagi memori flash NAND yang terbenam yang ditakrifkan oleh JEDEC.
[3] Keperluan kelayakan komponen elektrik yang ditakrifkan oleh AEC (Majlis Elektronik Automotif).
[4] Ketumpatan produk dikenalpasti berdasarkan kepada ketumpatan cip memori di dalam Produk, bukan jumlah kapasiti memori yang tersedia untuk penyimpanan data oleh pengguna akhir. Kapasiti pengguna yang boleh digunakan akan berkurangan disebabkan oleh ruang data overhed, pemformatan, blok rosak, dan kekangan lain, dan mungkin juga berbeza dengan peranti dan aplikasi hos. 1GB dikira sebagai 1,073,741,824 bait. Untuk perincian, sila rujuk kepada spesifikasi produk yang berkenaan.
[5] Sistem Bantuan Memandu Termaju
[6] e-MMC adalah satu kategori produk untuk sejenis kelas produk memori terbenam yang dibina untuk spesifikasi Standard e-MMC JEDEC.
[7] Perbandingan bagi peranti 64GB Toshiba Memory Corporation.
 
Pertanyaan Pelanggan:
Bahagian Pemasaran Memori
Tel: +81-3-3457-3451
http://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html
Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51727945&lang=en 

Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Memory Corporation
Koji Takahata, +81-3-3457-3822
Bahagian Perancangan Jualan Strategik
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp
 
Sumber: Toshiba Memory Corporation

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20171211006358/en


Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.