ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  REAPRA AVIATION PARTNERS DARI SINGAPURA SASAR UNTUK MENINGKATKAN PELANCONGAN SERANTAU DAN MEMPERKASAKAN EKONOMI

Tuesday 12/12/2017



SINGAPURA, 12 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Reapra Aviation Partners yang dilancarkan pada bulan ini, dengan mengkhusus di dalam penyelesaian strategik yang bernilai tinggi dan berkos rendah bagi pemegang kepentingan penerbangan di rantau itu. Syarikat penerbangan Singapura ini akan memberi tumpuan kepada menjalin kerjasama dengan rakan-rakan di dalam ruang penerbangan dan diketuai oleh seorang veteran di dalam pengangkutan kos rendah serantau yang berusia 39 tahun, Priveen Raj Naidu. Priveen memulakan kerjaya beliau dengan AirAsia milik Tony Fernandes pada tahun 2003 sebagai sebahagian daripada sebuah pasukan yang terdiri daripada dua orang yang menubuhkan syarikat penerbangan itu di Singapura, dan sesudah itu dengan pasukan penjenamaan kumpulan itu. Selepas AirAsia, Priveen telah menjawat beberapa jawatan penting di dalam dan di luar ruang penerbangan.

Menyedari bahawa terdapat keperluan untuk memberikan kuasa kepada pemegang kepentingan penerbangan serantau, Reapra Aviation Partners akan membuka gerbang untuk ekonomi di rantau itu dengan meningkatkan daya saing bagi destinasi-destinasi ini dan pemain-pemain utamanya. Hasrat mereka adalah untuk mewujudkan satu ekonomi baharu melalui mencipta semula dan membolehkan destinasi-destinasi baharu di Asia.

"Kita semua tahu bahawa pengangkutan ke dalam mana-mana negara adalah kunci untuk membuka ekonomi tempatan. Di Reapra Aviation Partners, kami telah mengenal pasti kira-kira 110 lapangan terbang dan 7 syarikat penerbangan yang akan mendapat faedah dengan kadar segera daripada inisiatif kami. Kami akan juga bekerjasama dengan kerajaan-kerajaan untuk mewujudkan lapangan terbang dan syarikat penerbangan baharu bagi meningkatkan saluran pengedaran ke wilayah masing-masing. Moto kami iaitu Berinovasi, Membolehkan dan Memperkasakan adalah bukti kepada kepercayaan kami bahawa perubahan tidak perlu Mahal", kata Priveen. "Ruang penerbangan telah berubah dengan mendadak sepanjang dekad yang lalu. Ia tidak lagi mengenai pesawat dan terminal sahaja. Dalam perdagangan penerbangan pada hari ini, ia adalah mengenai menggandingkan infrastruktur komersial, MRO, proses, peruncitan, penjenamaan dan banyak lagi. Dengan ini, kami telah mengumpulkan sebuah konsortium yang terdiri daripada pakar-pakar dari pelbagai industri. Reapra Aviation Partners akan mengetuai pasukan rakan-rakan Strategik ini yang terdiri daripada DHL, Optimal Cost, The Gamechangers, GushCloud, Positive Performance Consulting dan sebuah syarikat pencarian meta perjalanan bebas untuk menyediakan kepada pelanggan kami dengan sebuah kedai sehenti," kata Priveen.

"Kami sangat teruja untuk membawa perubahan yang diperlukan ini ke rantau itu, dan percaya bahawa langkah ke hadapan ini akan menambahkan satu lapisan baharu bagi pilihan destinasi untuk pelancong. Tony mendefinisikan semula cara perjalanan kita di rantau ini melalui pengenalan AirAsia 15 tahun yang lalu, dan kami kini yakin bahawa melalui Reapra Aviation Partners, kami dapat memberikan lebih banyak destinasi dan pengembaraan kepada pelancong. Kami sedang berusaha untuk memperbaiki dan memulihkan 10 destinasi dalam 8 suku tahun seterusnya. Kami mahu membantu jiran-jiran kami di Asia meningkatkan ketibaan penumpang mereka, dan syarikat penerbangan untuk meningkatkan faktor beban mereka.

Secara terus terang, kami akan memerlukan restu dan pembelian daripada kesemua pihak yang berkepentingan, syarikat penerbangan dan pembuat dasar lapangan terbang untuk berkongsi wawasan ini, namun, semangat kami tidak terjejas dan kami tetap yakin bahawa negara-negara ASEAN akan berkongsi visi kolektif Satu ASEAN Bersatu", kata ketua Reapra Aviation Partners itu.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Hubungi
Reapra Aviation Partners
Arifalina Zahrah, +65 96215843
arifa@reapraaviation.com
https://www.reapraaviation.com/

Sumber: Reapra Aviation Partners

Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51725803&lang=en

--BERNAMA 

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.