ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 18, 2024 -Khamis

 
  ​-DIALOG UNTUK INFRASTRUKTUR BERKUALITI-

Monday 11/12/2017



Membina Masa Depan yang Makmur di Vietnam pada Ekspo Vietnam di Bandar raya Ho Chi Minh


BANDAR RAYA HO CHI MINH, Vietnam, 11 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Dengan mempercayai bahawa infrastruktur berkualiti Jepun adalah penting untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang mapan di Vietnam, Kerajaan Jepun telah menganjurkan "Dialog untuk Infrastruktur Berkualiti – Membina Masa Depan Asia" di Pusat Pameran & Konvensyen Saigon, tempat bagi Ekspo Vietnam di Bandar raya Ho Chi Minh (HCMC) pada  Khamis, 7 Disember 2017. Dihadiri oleh lebih 100 orang peserta, acara itu menggalakkan perbincangan aktif mengenai "Infrastruktur Berkualiti" yang diperlukan untuk pembangunan mapan di Vietnam dan peranan Jepun di dalam pembangunan ini.
 
Dalam ucapan pembukaan bagi pihak Kerajaan Jepun, T.Y.T Encik Junichi Kawaue, Konsul Jeneral bagi Jepun di Bandar raya Ho Chi Minh menyatakan bahawa "Vietnam sedang mengambil suatu peranan kepimpinan dalam pertumbuhan ASEAN. Untuk terus mengejar pertumbuhan yang lebih mapan dan berkuasa, adalah penting untuk menyediakan satu pelan, dana, dan teknologi yang sesuai bagi pembangunan infrastruktur. Konsep 'infrastruktur berkualiti' adalah prinsip panduan bagi pembangunan infrastruktur seperti itu." Konsul Jeneral Kawaue juga menyatakan bahawa kerajaan Jepun dan syarikat-syarikat Jepun sudah menyokong pembangunan infrastruktur di Vietnam, termasuk MRT1 HCMC, yang menyumbang kepada kualiti kehidupan selain pertumbuhan ekonomi.
 
Mewakili Bandar raya Ho Chi Minh, Encik Le Van Khoa, yang juga Naib Pengerusi Jawatankuasa Rakyat Bandar raya Ho Chi Minh berkata HCMC sangat bersetuju dengan konsep "Infrastruktur Berkualiti." "Kami berusaha untuk membangunkan bandar raya ini sebagai sebuah model untuk masa depan. Kami mesti terus memainkan satu peranan kepimpinan untuk ekonomi dan masyarakat," kata Encik Ho.
 
Sebelum perbincangan, Encik Yasuharu Funabashi, Timbalan Pengurus Besar bagi Jabatan Penyelidikan Industri Pejabat Projek Strategik bagi Bank Mizuho, membuat ucapan untuk menetapkan agenda hari itu. Encik Funabashi menyampaikan data yang mendalam mengenai prospek ekonomi semasa dan masa depan Vietnam, dengan mengingatkan peserta bahawa Vietnam mempunyai KDNK yang paling pesat berkembang di ASEAN, dan menjangka akan terus berkembang dalam sebuah ekonomi yang didorong oleh eksport yang dijana oleh modal asing dan perindustrian. Memandangkan langkah-langkah penjimatan fiskal yang diumumkan pada tahun lepas, dari segi perspektif kewangan, masa untuk mencadangkan "Infrastruktur Berkualiti" adalah sekarang.
 
Dalam dialog itu, ahli panel dari Vietnam dan Jepun telah membahaskan peranan "Infrastruktur Berkualiti" di dalam pertumbuhan ekonomi yang mapan. Perbincangan menyentuh mengenai projek-projek infrastruktur keutamaan sebagai pemacu untuk pembangunan ekonomi dan peranan pelaburan awam dan swasta di dalam merealisasikan pelan pembangunan Vietnam. Encik Nguyen Van Tam, Naib Pengarah, Jabatan Pengangkutan, Jawatankuasa Rakyat Bandar raya Ho Chi Minh membincangkan keadaan semasa HCMC berhubung infrastruktur, termasuk pelupusan jalan dan kumbahan. Walaupun beberapa pelan telah diluluskan untuk menangani isu-isu ini, "Infrastruktur Berkualiti" amat diperlukan. Akses yang menyeluruh kepada pembiayaan juga penting untuk mempercepatkan penambahbaikan infrastruktur. Walau bagaimanapun, terdapat pergerakan ke arah pelaburan yang lebih besar untuk menangani isu-isu sosial, termasuk kesesakan lalu lintas, dan rancangan untuk mengubah HCMC menjadi sebuah Bandar raya Pintar telah diumumkan baru-baru ini.
 
Encik Dam Xuan Toan, Timbalan Ketua Pengarah, KUMPULAN CIENCO4, berkongsi pengalaman ODA beliau dengan Jepun, dengan menyampaikan kesan positifnya mengenai kualiti, sambil menekankan tentang perlunya untuk "menerima manfaat besar dari Jepun, dari segi pembangunan sumber manusia."
 
Mewakili Kerajaan Jepun, Cik Yuko Baba, Pengarah, Bahagian Kewangan Perdagangan, Biro Kerjasama Perdagangan dan Ekonomi, Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri, berpendapat, "Adalah penting untuk memiliki idea-idea konkrit mengenai 'Infrastruktur Berkualiti.' Infrastruktur yang cacat akan memberi impak yang signifikan terhadap aktiviti sosioekonomi. Untuk mengelakkan perkara ini, pembangunan dan pelaksanaan yang dirancang dengan baik, termasuk operasi dan penyelenggaraan infrastruktur yang mencukupi adalah diperlukan. Dalam konteks itu, Jepun akan menyokong pembangunan keupayaan di negara-negara ASEAN."
 
Wakil-wakil bagi firma-firma Jepun kemudian berkongsi pengalaman perniagaan mereka: Encik Yuji Kobayashi, Ketua Perwakilan, Pejabat Perwakilan HCMC Tokyo Gas, berkata Tokyo Gas berkongsi bekalan tenaga yang stabil, dan menekankan kekuatan syarikat itu dalam kestabilan dan mengoptimumkan perkhidmatan yang berkualiti tinggi. Encik Oh Dong Kun, Timbalan Pengurus Besar, BECAMEX TOKYU Co., Ltd. dan Pengurus Besar, Pejabat Perwakilan HCMC Tokyu Corporation, berkata pengendali kereta api Tokyu Corporation berkongsi pengalaman yang berjaya dalam meningkatkan perniagaan kepada pembangunan bandar raya yang membantu meningkatkan jumlah penumpang.
 
Moderator itu, Encik Takashi Kawabata, Editor, NewsPicks Asia, dan Ketua Ekonomi Asia, Uzabase Asia Pacific Pte. Ltd., mencadangkan bahawa banyak negara membangun, termasuk Vietnam, memerlukan kedua-dua pembangunan infrastruktur dan pertumbuhan ekonomi, dan ini memerlukan pelaburan yang besar. Beliau meminta ahli-ahli panel untuk berkongsi pendapat mereka mengenai kaedah pembangunan, termasuk penggunaan dana swasta dan isu-isu yang mungkin timbul.
 
Encik Nobusuke Takahashi, Ketua Perwakilan, Bank Jepun untuk Kerjasama Antarabangsa (JBIC) menekankan pentingnya kerjasama awam-swasta, dengan menyatakan, "Infrastruktur tidak boleh dibangunkan oleh sektor swasta sahaja. Bahagian peranan untuk awam dan swasta perlu dijelaskan. Terutama dalam kes FDI, negara tuan rumah dijangka memberi jaminan bagi pertukaran mata wang."
 
Membuat kesimpulan pada perbincangan itu, Cik Baba menyatakan, "Walaupun pembangunan infrastruktur berkualiti dengan sumber yang terhad adalah mencabar, perkongsian awam-swasta mungkin menjadi kunci di Vietnam, dan adalah penting untuk membina sebuah model yang berjaya langkah demi langkah. 'Infrastruktur Berkualiti' dapat mengubah aliran manusia, barang dan wang dan membawa kepada pertumbuhan ekonomi yang kuat di negara itu.
 
Kami bersedia untuk menyumbang kepada pembangunan 'Infrastruktur Berkualiti' di Vietnam, baik dari segi kewangan dan ilmu pengetahuan."
 
Program
Kata-kata Pembukaan oleh Hos
T.Y.T.  Encik Junichi Kawaue, Konsul Jeneral Jepun di Bandar raya Ho Chi Minh
 
Ucapan oleh Tetamu Kehormat
Encik Tran Vinh Tuyen, Naib Pengerusi, Jawatankuasa Rakyat Bandar Raya Ho Chi Minh

Penetapan Agenda
Encik Yasuharu Funabashi, Timbalan Pengurus Besar, Jabatan Penyelidikan Industri Pejabat Projek Strategik, Mizuho Bank
 
Dialog (Perbincangan Panel)
"Apa yang paling penting kepada pembangunan infrastruktur untuk pertumbuhan ekonomi yang kukuh di Vietnam?"
 
Ahli Panel
Wakil Kerajaan Jepun:
 
• Cik Yuko Baba, Pengarah bagi Penggalakan Perdagangan, Bahagian Penggalakan Perdagangan, Biro Kerjasama Perdagangan dan Ekonomi, Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri.
 
Wakil Sektor Swasta Jepun:
• Encik Nobusuke Takahashi, Ketua Perwakilan, Pejabat Perwakilan di Hanoi, Bank Jepun untuk Kerjasama Antarabangsa
• Encik Yuji Kobayashi, Ketua Perwakilan, Pejabat Perwakilan Tokyo Gas Co., Ltd. di HCMC
• Encik Oh Dong Kun, Timbalan Pengurus Besar, BECAMEX TOKYU Co., Ltd. dan Pengurus Besar, Pejabat Perwakilan Tokyu Corporation di Bandar raya Ho Chi Minh

· Wakil bagi HCMC:
• Encik Nguyen Van Tam, Naib Pengarah, Jabatan Pengangkutan, Jawatankuasa Rakyat Bandar raya Ho Chi Minh

· Wakil bagi sektor swasta dari Viet Nam
• Encik Dam Xuan Toan, Timbalan Ketua Pengarah, KUMPULAN CIENCO4.
 
Moderator
• Encik Takashi Kawabata, Editor, NewsPicks Asia, dan Ketua Ekonomi Asia, Uzabase Asia Pacific Pte. Ltd.
 
Pengenalan bagi teknologi Jepun oleh perniagaan Jepun
• Encik Masayuki Kosakada, Eksekutif Teknologi untuk T&D dan Penyelesaian, Toshiba Energy Systems & Solutions Corporation, mengenai teknologi bagi penyelesaian Pencawang Kuasa Elektrik
• Encik Yuji Kobayashi, Ketua Perwakilan, Pejabat Perwakilan bagi Tokyo Gas Co., Ltd. di HCMC, mengenai teknologi bagi infrastruktur LNG
• Encik Shinichiro Motomiya, Naib Presiden, Pejabat Hal Ehwal Antarabangsa dan Perniagaan Luar Negara, Narita International Airport Corporation mengenai teknologi bagi operasi dan pengurusan Lapangan Terbang
• Encik Noriaki Kobayashi, Pengurus, Bahagian Pembaharuan Paip Luar Negara, Sekisui Chemical Co., LTD. mengenai teknologi bagi pemulihan paip Trenchless
 
Hubungi
Pertanyaan:
Dialog untuk Pejabat Pentadbiran Infrastruktur Berkualiti
TSUKASA SEKI
E-mel: tsukasa.seki@dentsu-pr.co.jp
Tel : +81-70-1001-3557
 
Sumber: Kementerian bagi Ekonomi, Perdagangan dan Industri
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20171210005150/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.