ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  DANAJAMIN SEDIA JAMINAN SOKONGAN KECAIRAN KEPADA SKYWORLD

Friday 08/12/2017


Dari kiri ke kanan: Lam Soo Keong - Penolong Pengarah Urusan, SkyWorld Development Sdn Bhd; Mohamed Nazri Omar - Ketua Pegawai Eksekutif, Danajamin Nasional Berhad; Datuk Ng Thien Phing - Pengarah Urusan Kumpulan, SkyWorld Development Sdn Bhd; Mohd Amri Mohd Sofian - Ketua Pegawai Korporat dan Pelaburan, Danajamin Nasional Berhad.



KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Danajamin Nasional Berhad (Danajamin), Insurer Jaminan Kewangan pertama di Malaysia, hari ini mengumumkan ia akan menjamin kemudahan penambahan kredit untuk Tranche 1 Program Nota Islam Bertempoh Sederhana (IMTN) Sukuk Musharakah RM600 juta selama 12 tahun yang akan diterbitkan SkyWorld Capital Berhad, sebuah syarikat tujuan tunggal yang dimiliki penuh SkyWorld Development Sdn Bhd (SkyWorld). Kemudahan penambahan kredit ini diperlukan bagi membolehkan Tranche 1 IMTN berkenaan diberi rating aAA3/Stabil oleh RAM Rating Services Berhad dalam pasaran Sukuk.

Penerbitan pertama ini dibuat berdasarkan perkembangan pembilan projek pembangunan SkyAwani1 di Sentul yang merupakan projek perumahan mampu milik Kumpulan berkenaan di bawah program Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP). Siri kediaman SkyAwani yang meraih pelbagai anugerah tersebut telah meletakkan kedudukannya sebagai rumah pertama yang harus dimiliki pembeli – berdasarkan harganya yang mampu milik, rekaan dalaman yang praktikal dan kemudahan kondominium yang lengkap. SkyAwani 1 Residences juga merupakan kediaman mampu milik RUMAWIP pertama yang mematuhi Standard QLASSIC yang ditetapkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).
 
Mengulas mengenai program Sukuk berkenaan, Mohamed Nazri Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Danajamin berkata, “Jaminan ini merupakan transaksi berstruktur pertama di Malaysia untuk mengewangkan pembilan sebuah projek pembangunan hartanah. Kami amat berbesar hati dalam memainkan peranan dalam membantu pemaju hartanah seperti Skyworld Capital Berhad dalam menyediakan jaminan separuh atau penuh bagi projek-projek perumahan mampu milik.”
 
Datuk Ng Thien Phing, Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan SkyWorld berpendapatan bahawa ini merupakan program Sukuk pertama seumpamanya di Malaysia dan urus niaga dengan Danajamin menandakan permulaan positif bagi Kumpulan SkyWorld.
 
“Perkembangan kami terus kukuh, Kesemua pembangunan SkyAwani 1 dan 2 merekodkan penjualan 100%. Kesemua pembangunan semasa dan masa depan syarikat memberi tumpuan kepada lokasi – dalam kawasan Kuala Lumpur. Dengan lebih 130 ekar bank tanah yang berkualiti dengan nilai pembangunan kasar berjumlah lebih RM13 bilion, kami berada di landasan baik dalam mengubah bandar raya ini dan membuka nilai tanah kami.”
 
Penasihat Kewangan bagi urus niaga ini ialah NewParadigm Capital Markets Sdn Bhd, sementara Penyusun Utama dan Pengurus Utama ialah United Overseas Bank (Malaysia) Bhd.
 
Sejak 8 tahun penubuhannya, Danajamin telah membawa 19 syarikat yang menerbitkan bon/sukuk untuk kali pertama ke dalam pasaran. Ia juga telah menjamin terbitan konvensional dan Islam oleh 34 badan berdaya maju merentasi pelbagai sektor. Sehingga kini, Danajamin telah memberi impak kira-kira RM20 bilion kepada pasaran.
 
SUMBER : Danajamin Nasional Berhad (Danajamin)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama : Roselaini Faiz 
Director, Human Capital & Communications 
Tel : (03) 2265 0840 
Emel : roselaini@danajamin.com 

Nama : Emilia Azyyati Abdul Rahman 
Head, Communications  
Tel : (03) 2265 0847
Emel : emilia@danajamin.com

--BERNAMA 

 
 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.