ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  MITSUI CHEMICALS - PENYIAPAN BAGI PENGEMBANGAN KAPASITI PENGELUARAN LARUTAN ELEKTROLIT DI CHINA

Friday 08/12/2017



- Memenuhi permintaan EV yang semakin meningkat di China -

TOKYO, 8 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mitsui Chemicals, Inc. (Tokyo; Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif: Tsutomu Tannowa; "Mitsui Chemicals") telah mengumumkan permulaan bagi operasi komersil bagi kemudahan untuk pengeluaran larutan elektrolit untuk bateri lithium-ion oleh Formosa Mitsui Advanced Chemicals Co., Ltd. ("FMAC"), satu usaha sama di antara Mitsui Chemicals dan Formosa Plastics Corporation (Taiwan; Pengerusi & Presiden: Jason Lin; "Formosa Plastics") pada November 2017. Kapasiti itu sebelum ini telah dikembangkan pada Disember 2016.

Pasaran untuk bateri lithium-ion semakin meningkat seiring dengan meningkatnya permintaan bagi komputer riba, telefon pintar dan tablet. Adalah dijangkakan bahawa pasaran itu akan terus berkembang, terutamanya di China, memandangkan kenderaan hibrid dan kenderaan elektrik (EV) pasang masuk yang mempunyai kesan jejak alam sekitar yang lebih kecil akan digunakan secara meluas.

Dengan kerjasama bersama Formosa Plastics, Mitsui Chemicals telah membina kemudahan itu untuk menghasilkan larutan elektrolit yang berkualiti tinggi, memulakan operasi komersial pada Julai 2016. Sebagai persediaan untuk pertumbuhan pasaran, pengembangan baru-baru ini telah dibuat untuk meningkatkan sistem bekalan dengan menggunakan teknologi yang sudah mantap dan pengetahuan mengenai larutan elektrolit, bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat di pasaran China.
 
[Panduan bagi FMAC dan kapasiti pengeluaran yang dipertingkatkan]
1. Nama Formosa Mitsui Advanced Chemicals Co., Ltd.
2. Ditubuhkan Ogos 2013
3. Modal AS$ 8.2 juta
4.Nisbah ekuiti Mitsui Chemicals 50%, Formosa Plastics 50%
5. Lokasi Kompleks perindustrian FPC di Ningbo, China
6. Perniagaan Pembuatan, penjualan dan penyelidikan bagi larutan elektrolit di China
7. Kapasiti 5,000 tan / setahun (termasuk pengembangan baru-baru ini sebanyak 3,500 tan / setahun)
 
Permintaan bagi larutan elektrolit menggunakan bateri lithium-ion juga dijangka berkembang di Jepun, terutamanya untuk peralatan atas papan. Di Mitsui Chemicals, kemudahan pengeluarannya dengan kapasiti 5,000 tan / setahun di Nagoya Works telah beroperasi secara komersil sejak April 2017.

Mitsui Chemicals telah menyasarkan domain mobiliti sebagai satu pemacu pertumbuhan. Sebagai satu daripada pemimpin pertumbuhan di dalam domain ini, ia sedang giat menjalankan pengembangan bagi larutan elektrolitnya yang unik dan tersendiri bagi bateri lithium-ion. Ia akan terus mengukuh dan memperluaskan perniagaan mobiliti mereka dengan memperluaskan sistem bekalan larutan elektrolit mereka di China dan Jepun.
 
[Panduan Formosa Plastics]
1. Nama FORMOSA PLASTICS CORPORATION
2. Diwujudkan November 1954
3. Modal AS$ 1,930 juta
4. Lokasi 201 Jalan Tung Hwa N. Taipei, Taiwan
5. Perniagaan Pembuatan dan penjualan produk petrokimia dan kimia
6. Jumlah Pekerja 6,316 (2016)
 
Hubungi
Mitsui Chemicals, Inc.
Miyako Otsuka, +81-3-6253-2100
Bahagian Perhubungan Korporat
 
Sumber: Mitsui Chemicals, Inc.
 
Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20171207005041/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.