ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  KRIS PATRICK DINAMAKAN PRESIDEN BAGI ERGON REFINING, INC., DAN ERGON - WEST VIRGINIA, INC.

Friday 08/12/2017



JACKSON, Miss., 8 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Ergon telah menamakan Kris Patrick sebagai Presiden bagi Ergon Refining, Inc., dan Ergon - West Virginia, Inc., kilang penapisan syarikat itu bagi naftena dan berparafin. Dalam peranan baharu ini, beliau akan memberikan kepimpinan di dalam bidang operasi pembuatan, pembekalan dan pengedaran, perancangan, dan jualan dan pemasaran bagi sektor perniagaan Penapisan & Pemasaran Ergon.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
http://www.businesswire.com/news/home/20171207006285/en/
 
Patrick menyertai Ergon sebagai seorang jurutera pemprosesan pada tahun 2000 dan baru-baru ini berkhidmat sebagai Naib Presiden Kanan bagi Penapisan, Perancangan dan Pembekalan, yang bertanggungjawab untuk perancangan kilang penapisan dan ekonomi, operasi penapisan, dan bekalan dan pengedaran. Seorang anggota di dalam pasukan pengurusan kanan Ergon, Patrick juga merupakan seorang ahli lembaga pengarah bagi Pengeluar Bahan Api & Petrokimia Amerika.

Kelahiran Pelahatchie, Mississippi, Patrick memperolehi ijazah Sarjana Muda Sains dalam kejuruteraan kimia pada tahun 2000 dan Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan dengan pengkhususan di dalam pengurusan projek pada tahun 2009, kedua-duanya dari Universiti Mississippi State. Beliau menamatkan program Perniagaan Global Terkemuka di Harvard Business School pada tahun 2016.

"Semasa kerjaya beliau selama 17 tahun dengan Ergon, Kris telah terbukti menjadi pemimpin yang berjaya dan dipercayai," kata Emmitte Haddox, Ketua Pegawai Eksekutif Ergon. "Beliau telah memainkan peranan penting di dalam pertumbuhan syarikat di pasaran khusus minyak, dan lembaga merasa sangat yakin bahawa Kris mempunyai pengalaman dan pandangan jauh yang diperlukan untuk meneruskan pengembangan global kami."

"Pelaburan kami yang berterusan di dalam proses pembuatan yang berinovatif dan rangkaian pengedaran yang semakin berkembang adalah bukti kepada komitmen Ergon untuk memenuhi keperluan semasa dan masa hadapan pelanggan," kata Patrick. "Kami tidak pernah terlepas pandang mengenai kepentingan perkhidmatan pelanggan yang luar biasa, bekalan yang selamat untuk pelanggan kami dan penambahbaikan yang berterusan dalam semua aspek perniagaan kami."

Ergon adalah pengeluar terbesar dunia bagi produk istimewa naftena dan pengeluar storan cerah kedua terbesar di dunia. Dengan mempunyai dua kilang penapisan istimewa dan sebuah rangkaian pengedaran global, Ergon memasarkan minyak mentah, minyak proses, minyak penebat elektrik dan minyak dakwat ke lebih 90 buah negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ergonnsa.com atau ikuti kami di Twitter di https://twitter.com/ErgonOils.

Maklumat mengenai Ergon:

Ditubuhkan pada tahun 1954, Ergon adalah sekumpulan syarikat milik persendirian yang beroperasi di bawah enam segmen perniagaan utama: Penapisan & Pemasaran, Asfalt & Emulsi, Pengangkutan & Terminal, Minyak & Gas, Hartanah, dan Korporat & Lain-lain.

Lihat versi sumber di businesswire.com:  http://www.businesswire.com/news/home/20171207006285/en/
 
Hubungi
Ergon, Inc.
Cathy Pendleton, 601-933-3531
www.ergon.com
 
Sumber: Ergon

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.