ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  ​PMC GROUP INTERNATIONAL MENGUMUMKAN PENGAMBILALIHAN SYARIKAT FARMASEUTIKAL DI PERANCIS

Tuesday 05/12/2017



MOUNT LAUREL, N.J., 5 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- PMC Group Perancis, sebuah anak syarikat milik sepenuhnya PMC Group International Inc., sebuah cabang bebas bagi PMC Group Inc., mengumumkan pengambilalihan perniagaan farmaseutikal bagi Isochem SAS dari Perancis. Ini adalah sebuah perniagaan yang bersepadu sepenuhnya yang terdiri daripada penyelidikan, pembangunan produk/pemprosesan, kelulusan kawal selia, skala perintis dan pengeluaran berskala kilang sepenuhnya bagi pengantaraan ubat-ubatan dan bahan-bahan farmaseutikal yang aktif (API) untuk syarikat-syarikat farmaseutikal utama di seluruh dunia bagi memenuhi keperluan Onkologi, Kardiovaskular, Berjangkit, Gastro-Usus, Neurologi dan penyakit yang jarang ditemui. Kemudahan ini dengan jejak kaki yang digabungkan lebih dari 40 ekar terletak di tiga buah tapak -- Gennevilliers, Pithiviers, dan Vert-Le-Petit -- dalam radius 60 kilometer dari Paris. Kemudahan itu, yang kesemuanya telah diaudit oleh cGMP US-FDA untuk pembuatan produk farmaseutikal, akan selanjutnya dipanggil "PMC Isochem SAS" dan kilang yang kedua dengan lebih 230 orang pekerja akan beroperasi sebagai sebuah anak syarikat milik sepenuhnya PMC Group Perancis.
 
"Pengambilalihan ini, yang dicapai dalam tempoh dua bulan selepas pengambilalihan Hyderabad, syarikat farmaseutikal yang berpangkalan di India, YM Drugs and Chemicals oleh PMC Group International, meletakkannya dalam suatu kedudukan yang mantap untuk menyediakan pasaran farmaseutikal yang terkawal di seluruh dunia dengan penawaran ubat-ubat proprietari yang menjimatkan kos, perantaraan ubat, dan perkhidmatan penyelidikan dan pembuatan ubat-ubatan langganan bagi pelbagai kategori penyakit," kata Dr. Raj Chakrabarti, Naib Presiden Eksekutif bagi PMC Group International.
 
Maklumat mengenai PMC
 
PMC Group adalah sebuah syarikat berorientasi pertumbuhan, kepelbagaian, kimia global dan plastik yang berdedikasi kepada penyelesaian yang berinovatif sehingga kepada keperluan harian di dalam pasaran akhir yang luas termasuk plastik, produk pengguna, elektronik, cat, pembungkusan, penjagaan peribadi, makanan, automotif dan farmaseutikal. Syarikat itu dibina di atas sebuah model pertumbuhan yang mapan melalui inovasi dan pada masa yang sama mempromosikan kebaikan sosial. PMC beroperasi dari sebuah platform pembuatan, inovasi dan pemasaran global dengan mempunyai kemudahan di Amerika, Eropah dan Asia. Maklumat lanjut mengenai PMC dan aktiviti mereka di seluruh dunia boleh diperolehi di www.pmc-group.com.
 
Hubungi
PMC Group International Inc.
Patti Griggs, 856-533-1870
 
Sumber: PMC Group International Inc.
 
Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20171204006219/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.