ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  ​TOSHIBA ELECTRONIC DEVICES & STORAGE CORPORATION MELANCARKAN 10TB HDD UNTUK APLIKASI NAS

Tuesday 05/12/2017



TOKYO, 5 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation hari ini mengumumkan penambahan "MN06ACA10T," sebuah pemacu cakera keras 10 terabait (TB)[1] dalam satu faktor bentuk 3.5 inci[2]  dengan sebuah antara muka SATA. Pemacu baharu ini direka untuk aplikasi NAS[3] kediaman dan pejabat kecil/ pejabat rumah (SOHO) NAS. Penghantaran sampel bermula hari ini.
 
"MN06ACA10T" HDD berasaskan udara menyampaikan kapasiti 10TB dengan menggunakan sebuah kepala rakaman magnetik dan lapisan cakera magnetik yang dipertingkatkan. Keupayaan 10TB adalah 25% lebih tinggi daripada model sebelumnya dalam siri itu, 8TB MN05ACA800, dan saiz penimbal adalah dua kali ganda kepada 256 MiB[4].
 
Pemacu baharu itu direka bentuk untuk operasi kuasa 24/7, mempunyai beban kerja tahunan terkadar 180TB[5] yang dipindahkan, MTTF[6] bagi 1,000,000 jam, dan 300,000 kitaran beban/ punggah. Ia mempunyai teknologi pampasan getaran putaran, dan sesuai digunakan di dalam aplikasi NAS.
 
Ikuti pautan di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk baharu itu dan HDD perusahaan yang lain.
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/storage-products/client-hdd.html
 
[1] Definisi bagi kapasiti: Satu terabait (TB) adalah 1,000,000,000,000 bait. Sebuah sistem pengendalian komputer, bagaimanapun, melaporkan kapasiti penyimpanan dengan menggunakan kuasa 2 untuk definisi 1TB = 240 = 1,099,511,627,776 bait dan oleh itu menunjukkan kurang kapasiti penyimpanan. Kapasiti penyimpanan yang ada (termasuk contoh bagi pelbagai fail media) akan berbeza berdasarkan kepada saiz fail, pemformatan, tetapan, perisian dan sistem pengendalian dan/ atau aplikasi perisian prapemasangan, atau kandungan media. Kapasiti diformat yang sebenarnya mungkin berbeza.
[2] "3.5 inci" menerangkan faktor bentuk bagi HDD. Ia tidak menunjukkan saiz fizikal pemacu.
[3] NAS: Rangkaian Bergabung Penyimpanan
[4] Satu mebibait (MiB) bermaksud 220, atau 1,048,576 bait.
[5] Beban kerja adalah satu ukuran untuk daya pemprosesan data bagi sepanjang tahun, dan ia ditakrifkan sebagai jumlah data yang ditulis, dibaca atau disahkan oleh arahan dari sistem hos.
[6] MTTF (Masa Min kepada Kegagalan) bukan satu jaminan atau anggaran bagi hayat produk; ia adalah satu nilai statistik yang berkaitan dengan kadar kegagalan min bagi sebilangan besar produk yang mungkin tidak mencerminkan operasi sebenar secara tepat. Hayat operasi sebenar bagi produk itu mungkin berbeza dari MTTF.
 
*Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
 
* Nama syarikat, nama produk, dan nama perkhidmatan yang dinyatakan di sini boleh jadi tanda niaga bagi syarikat mereka masing-masing.
 
Pertanyaan Produk:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Bahagian Produk Penyimpanan
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html
 
Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
 
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (TDSC) menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak dijual dari Toshiba Corporation untuk menjadi sebuah syarikat baharu pada Julai 2017, kami telah mengambil tempat kami di kalangan syarikat peranti utama yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.
 
Seramai 19,000 orang pekerja kami di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk kami, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan bagi menggalakkan penciptaan bersama nilai dan pasaran baharu. Kami berharap dapat membina di atas jualan tahunan yang kini melebihi 700 bilion yen (AS$6 bilion) dan untuk menyumbang kepada masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua.
Perolehi maklumat lanjut mengenai kami di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/company.html
 
Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51724311&lang=en
 
Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Chiaki Nagasawa, +81-3-3457-4963
Jabatan Pemasaran Digital
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp
 
Sumber: Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20171204005322/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.