ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  ​SIGMA SYSTEMS MELANTIK KETUA PEGAWAI OPERASI DI INDIA

Tuesday 05/12/2017



TORONTO, 5 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sigma Systems, peneraju dunia di dalam perisian yang dipacu oleh katalog, telah melantik Santosh Honnagunti, sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Operasi di India. Dalam peranan baharu beliau, Santosh akan bertanggungjawab terhadap keseluruhan pengurusan bagi operasi India untuk Sigma, bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin dunia bagi kejuruteraan, penyampaian dan fungsi korporat untuk mengurus operasi yang berkesan bagi pusat di India.
 
Santosh menyertai Sigma Systems dari Celcom Solutions, sebuah perkhidmatan telekomunikasi global dan organisasi pembangunan produk di Bangalore, di mana beliau berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif mereka. Beliau sebelum itu merupakan Ketua bagi BSS/OSS untuk Ericsson merentasi rantau Singapura dan Brunei. Santosh juga telah bekerja di prajualan, perundingan penyelesaian, transformasi besar dan pelaksanaan Greenfield untuk Wipro, di mana beliau mengetuai projek-projek telekomunikasi besar merentasi Amerika Syarikat, Eropah dan APAC.
 
Tim Spencer, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sigma Systems mengulas: "Perniagaan Sigma sedang berkembang di peringkat global, dan terdapat momentum khusus di pasaran Asia. Santosh mempunyai pengalaman teknikal dan kepimpinan yang luas di dalam OSS/BSS di kedua-dua syarikat bersaiz besar dan sederhana, dan berada pada kedudukan yang unik untuk membantu kami berkembang di dalam pasaran penting ini. Saya amat gembira untuk mengalu-alukan Santosh ke dalam pasukan Sigma Systems."
 
Santosh Honnagunti berkata: "Kita berada di dalam satu era transformasi digital dan penumpuan. Sigma berada pada kedudukan yang unik di pasaran dengan produk dan penyelesaian OSS/BSS mereka yang telah memenangi anugerah yang memudahkan perjalanan digital untuk penyedia perkhidmatan komunikasi, bandar raya pintar, syarikat loT dan perusahaan berteknologi tinggi. Kerjaya saya telah memberi tumpuan kepada membina produk, penyelesaian dan mengetuai pasukan dalam perjalanan transformasi, membantu penyedia perkhidmatan komunikasi mencapai hasil yang boleh diukur dan pembezaan kompetitif di pasaran. Saya sangat teruja untuk menyertai Sigma dan berharap dapat membantu syarikat itu mencapai fasa pertumbuhan mereka yang seterusnya."
 
Untuk maklumat lanjut mengenai Sigma Systems dan produk-produk mereka yang telah memenangi anugerah, sila layari www.sigma-systems.com.
 
Maklumat mengenai Sigma Systems (sigma-systems.com atau Twitter @SigmaSystems)
 
Sigma Systems adalah peneraju dunia di dalam penyelesaian perisian yang berasaskan katalog untuk komunikasi, media, dan syarikat-syarikat berteknologi tinggi. Ia memberi perkhidmatan kepada lebih 80 pelanggan di 40 buah negara dengan produk-produk mereka yang telah memenangi anugerah.
 
Portfolio syarikat itu merangkumi ke seluruh perusahaan produk Katalog, Sebut Harga Konfigurasi (CPQ), Pengurusan Pesanan dan Peruntukan. Sigma menggunakan satu pendekatan tangkas untuk melaksanakan produk B/OSS mereka bagi pelanggan mereka.
 
Sigma mempunyai pejabat di Amerika Utara dan Selatan, Eropah dan Asia Pasifik, dengan rakan teknologi dan pengintegrasian di lebih 100 buah negara.
 
Hubungi
Milner Strategic Marketing Ltd.
Chloe Purcell
+44 1473 633123

atau

Sigma Systems
Noor Manji
Pengurus, Perhubungan Korporat
416-943-9696
 
Sumber: Sigma Systems

Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51724510&lang=en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.