ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  TOSHIBA MEMORY CORPORATION MENGUMUMKAN SSD 2TB NVME™

Thursday 30/11/2017



Meningkatkan barisan pelanggan SSD dengan penambahan Siri XG5-P premium dengan peningkatan prestasi dan keupayaan


TOKYO, 30 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Memory Corporation, pemimpin dunia di dalam penyelesaian memori, telah meningkatkan barisan pelanggan SSD mereka dengan pelancaran model premium dalam siri XG5-P mereka. Pelanggan SSD NVM Express™ (NVMe™) yang baharu itu memperbaiki prestasi model siri XG5 yang ada sekarang dan menggandakan keupayaan maksimum kepada 2TB[1]. Penghantaran sampel kepada pelanggan OEM bermula hari ini dengan jumlah yang terhad, dan Toshiba Memory Corporation akan secara beransur-ansur meningkatkan penghantaran bermula dari suku pertama tahun kalendar 2018.

Siri XG5-P itu juga menggunakan sebuah PCI Express® (PCIe®) Gen3 x 4 jalur dan antara muka Semakan 1.2.1 NVM Express™, dan menyampaikan prestasi sehingga 3000 MB berurutan membaca dan berurutan menulis[2] 2200 MB, dan sehingga 320,000 IOPS membaca rawak dan 265,000 IOPS menulis rawak[3]. Prestasi membaca/ menulis rawak di dalam rangkaian akses penuh[4] adalah kira-kira 55% lebih baik berbanding produk siri XG5[5] yang standard. Pada masa yang sama, penggunaan kuasa yang rendah dikekalkan kurang daripada 60mW semasa operasi[6].

Siri baharu XG5-P itu ditempatkan di dalam sebuah faktor bentuk M.2 2280 yang standard dan akan disediakan dalam dua kapasiti, 1TB dan 2TB. Dengan menggunakan pakej BiCS FLASH™ 1TB 3D flash memori 64 lapisan yang dibangunkan secara dalaman, model 2TB itu menawarkan dua kali ganda keupayaan penyimpanan maksimum bagi siri XG5 standard pada modul 2.23mm yang sama, M.2 2280 sebelah yang ringan. Dengan mengekalkan satu faktor bentuk untuk semua kapasiti merentasi keluarga produk XG5-P dan XG5, Toshiba Memory Corporation memudahkan untuk merancang platform yang memerlukan penyimpanan yang fleksibel.

SSD XG5-P itu juga boleh didapati dalam model pemacu penyulitan diri (SED)[7]  yang menyokong TCG Opal Versi 2.01, yang menyumbang kepada pelbagai aplikasi termasuk stesen kerja, PC permainan dan penggunaan perusahaan yang intensif membaca.

*NVM Express dan NVMe adalah tanda niaga bagi NVM Express, Inc.
*PCI Express dan PCIe adalah tanda niaga berdaftar  bagi PCI-SIG.
*Semua nama syarikat, nama produk, dan nama perkhidmatan lain yang dinyatakan di sini boleh jadi tanda niaga bagi syarikat mereka masing-masing.

Nota
[1] Definisi keupayaan: Toshiba Memory Corporation mentakrifkan satu terabait (TB) sebagai 1,000,000,000,000 bait. Sebuah sistem pengendalian komputer, bagaimanapun, melaporkan kapasiti penyimpanan menggunakan kuasa 2 untuk definisi 1TB=240bait = 1,099,511,627,776 bait dan oleh itu menunjukkan kurang keupayaan penyimpanan. Keupayaan penyimpanan yang ada (termasuk contoh bagi pelbagai fail media) akan berbeza-beza berdasarkan kepada saiz fail, pemformatan, tetapan, perisian dan sistem pengendalian, seperti Sistem Pengendalian Microsoft dan/atau aplikasi perisian prapemasangan, atau kandungan media. Keupayaan sebenar yang diformat mungkin berbeza-beza.
[2] Kaji selidik Toshiba Memory Corporation berdasarkan kepada kelajuan membaca dan menulis berurutan bagi 128KiB unit pada keadaan "SLC cache=ON" di bawah keadaan ujian Toshiba Memory Corporation. Kelajuan membaca dan menulis mungkin berbeza-beza, bergantung kepada peranti hos, keadaan membaca dan menulis, dan saiz fail. Toshiba Memory Corporation mentakrifkan satu megabait (MB) sebagai 1,000,000 bait dan satu kibibait (KiB) sebagai 210, atau 1,024 bait.
[3] Kaji selidik Toshiba Memory Corporation berdasarkan kepada kelajuan membaca dan menulis secara rawak bagi 4KiB unit pada keadaan "SLC cache=ON" di bawah keadaan ujian Toshiba Memory Corporation. Kelajuan membaca dan menulis mungkin berbeza-beza, bergantung kepada peranti hos, keadaan membaca dan menulis, dan saiz fail.
[4] Pada keadaan "SLC cache=OFF"
[5] Membandingkan model XG5-P 1TB dengan model XG5 1TB
[6] Kaji selidik Toshiba Memory Corporation dengan menggunakan MobileMark2014 di bawah keadaan ujian Toshiba Memory Corporation.
[7] Ketersediaan barisan model SED mungkin berbeza mengikut wilayah.

Pertanyaan Pelanggan:
Bahagian Jualan SSD & Pemasaran
Tel: +81-3-3457-3432
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51722349&lang=en

Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Memory Corporation
Koji Takahata, +81-3-3457-3822
Bahagian Perancangan Jualan Strategik
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp
 
Sumber: Toshiba Memory Corporation
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20171129006363/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
 --BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.