ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 28, 2024 -Ahad

 
  TOSHIBA MEMORY CORPORATION MEMPERKENALKAN PERANTI UFS MENGGUNAKAN MEMORI FLASH 3D, 64 LAPISAN

Wednesday 29/11/2017



TOKYO, 29 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Memory Corporation, pemimpin dunia di dalam penyelesaian memori, pada hari ini  telah memulakan persampelan peranti Universal Flash Storage (UFS)[1]  yang menggunakan BiCS FLASH™ 3D flash memori [2] 64 lapisan keluaran Toshiba Memory Corporation yang serba canggih. Peranti UFS yang baharu itu memenuhi tuntutan prestasi untuk aplikasi yang memerlukan prestasi membaca/menulis yang berkelajuan tinggi dan penggunaan kuasa yang rendah, termasuk peranti mudah alih seperti telefon pintar dan tablet, dan sistem realiti maya dan diperkukuh.
 
Barisan baharu itu boleh didapati dalam empat kapasiti: 32GB, 64GB, 128GB dan 256GB. [3] Kesemua peranti itu mengintegrasikan memori flash dan sebuah pengawal dalam satu pakej tunggal, piawai JEDEC 11.5 x 13mm. Pengawal itu melakukan pembetulan kesilapan, teknik untuk memanjangkan hayat media penyimpanan komputer, terjemahan alamat logik-ke-fizikal dan pengurusan sektor rosak, yang membolehkan pengguna untuk memudahkan pembangunan sistem.
 
Kesemua empat peranti itu mematuhi JEDEC UFS Versi 2.1, termasuk HS-GEAR3, yang mempunyai kelajuan antara muka teoretis sehingga 5.8Gbp bagi setiap jalur (x2 jalur = 11.6Gbp) dan pada masa yang sama menekan sebarang peningkatan di dalam penggunaan kuasa. Prestasi membaca dan menulis secara berurutan[4] bagi peranti 64GB adalah 900MB dan 180MB, manakala prestasi membaca dan menulis rawak adalah masing-masing pada sekitar 200% dan 185% lebih baik, berbanding dengan peranti generasi sebelumnya[5]. Disebabkan oleh antara muka yang bersiri, UFS menyokong pendupleksan penuh, yang membolehkan bacaan dan penulisan secara serentak di antara hos pemproses dan peranti UFS.
 
* Nama syarikat, nama produk, dan nama perkhidmatan yang dinyatakan di sini boleh jadi tanda niaga bagi syarikat mereka masing-masing.
 
Nota
[1] Universal Flash Storage (UFS) adalah satu kategori produk untuk kelas produk memori terbenam yang dibina untuk spesifikasi standard JEDEC UFS.
[2] Penghantaran sampel bagi peranti 64GB itu akan bermula hari ini dengan barisan selebihnya menyusul secara beransur-ansur selepas Disember.
[3] Ketumpatan produk dikenalpasti berdasarkan kepada ketumpatan cip memori di dalam Produk, dan bukannya jumlah kapasiti memori yang tersedia untuk penyimpanan data oleh pengguna akhir. Kapasiti pengguna yang boleh digunakan akan berkurangan disebabkan oleh ruang data overhed, pemformatan, sektor rosak, dan kekangan lain, dan mungkin juga berbeza-beza berdasarkan kepada hos peranti dan aplikasi. Untuk perincian, sila rujuk kepada spesifikasi produk yang berkenaan.
[4] Kelajuan membaca dan menulis dikira sebagai 1MB = 1,000,000 bait. Kelajuan bacaan dan menulis yang sebenar mungkin berbeza bergantung kepada peranti, keadaan membaca dan menulis, dan saiz fail.
[5]Peranti 64GB generasi sebelumnya Toshiba Memory Corporation "THGAF4G9N4LBAIR"
 
Pertanyaan Pelanggan:
Bahagian Pemasaran Memori
Tel: +81-3-3457-3461
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html
 
Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
 
Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51722293&lang=en
 
Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Memory Corporation
Koji Takahata, +81-3-3457-3822
Bahagian Perancangan Jualan Strategik
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp
 
Sumber: Toshiba Memory Corporation
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20171128006597/en 


Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.