PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 

April 19, 2014 -Sabtu

 
 
  2 KOLEJ LAGI DISENARAI SEBAGAI PUSAT PEMBELAJARAN WILAYAH UNITAR

Tuesday 17/02/2004

KELANA JAYA, 17 Feb. 2004 -- Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR), universiti e-pembelajaran pertama bertaraf MSC di Malaysia dan memiliki sijil kualiti ISO9001:2000, telah menambah dua lagi kolej swasta sebagai pusat pembelajaran wilayahnya iaitu Sentral Technology Institute (STI), Pulau Pinang dan Kolej Yayasan Alor Gajah, Melaka. Kolej-kolej ini akan membuat pengambilan pelajar baru sepanjang tahun 2004.

Sentral Technology Institute (STI) telah dilantik sebagai pusat pembelajaran wilayah UNITAR pada 19 Ogos 2003 dan hanya pada tahun ini STI membuka pengambilan pelajar UNITAR secara aktif.

STI Pulau Pinang terletak di Jalan Zainal Abidin, Off Jalan Macalister yang berhampiran dengan kemudahan pengangkutan awam. Ianya juga terletak lebih kurang 5-7 minit daripada bangunan KOMTAR Pulau Pinang untuk pejalan kaki.

Kolej ini sesuai bagi para pelajar yang berasal dari sebelah utara Semenanjung Malaysia khususnya di Pulau Pinang yang ingin mengikuti pengajian dalam program-program UNITAR. Pusat pembelajaran wilayah UNITAR yang baru ini boleh dihubungi di talian 604-2299168 atau 604-2282168 di alamat No. 49, Jalan Zainal Abidin, Georgetown, 10400 Pulau Pinang.

Kolej Yayasan Alor Gajah (YAG) yang terletak di Alor Gajah, Melaka adalah pusat pembelajaran wilayah baru kedua. Lokasi kolej ini sesuai untuk pelajar-pelajar yang tinggal di negeri Melaka dan kawasan berhampiran seperti Negeri Sembilan dan Johor. Kolej ini menawarkan kursus-kursus UNITAR dari peringkat pengajian asas, diploma dan ijazah pertama. Kolej ini dilantik menjadi pusat pendidikan wilayah semenjak 21 Februari 2003 dan mula mengambil pelajar secara agresif tahun ini.

Kolej ini boleh dihubungi di nombor 606-5568586 atau di alamat Tingkat 3, Wisma UMNO, Alor Gajah, 78000 Melaka.

Selain daripada dua kolej ini, terdapat 7 buah institusi lain sebagai pusat pembelajaran wilayah di Malaysia. Antara bandar yang memiliki pusat pembelajaran wilayah adalah di Ipoh, Kota Bharu, Johor Bharu, Kuala Lumpur, Kuala Terengganu, Kuching and Kota Kinabalu.

UNITAR juga memiliki pusat pembelajaran wilayah luar negara dengan kerjasama strategik bersama Universiti Assumption di Bangkok, Thailand dan Kolej Regent di Phnom Penh, Kampuchea. Institusi-institusi ini menawarkan program dan kursus-kursus UNITAR.

Mengenai UNITAR
Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) ialah sebuah universiti bertaraf MSC dan memiliki pengiktirafan ISO9001:2000 yang berteraskan e-pembelajaran yang pertama di negara ini. Ia dimiliki sepenuhnya oleh KUB Malaysia Berhad, sebuah institusi korporat yang disenarai-awamkan di Papan Utama Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL). Pendidikan yang dijalankan di UNITAR menggunakan teknologi e-pembelajaran seperti Internet, perisian kursus dalam bentuk web atau cakera padat di samping pertemuan akademik serta tutorial bersemuka yang berasaskan kaedah fasilitator.

UNITAR sehingga kini menawarkan 20 program akademik dalam bidang-bidang Pentadbiran Perniagaan, Teknologi Maklumat, Kemanusiaan dan Sains Sosial. UNITAR mempunyai 9 buah pusat pembelajaran wilayah di Malaysia, sebuah di Phnom Penh, Kampuchea dan sebuah lagi di Bangkok, Thailand, yang kesemuanya mendaftarkan sejumlah 8,000 orang pelajar. UNITAR juga telah menerima akreditasi LAN bagi 11 daripada 20 programnya. Pelajar UNITAR juga layak untuk memohon pinjaman pendidikan daripada PTPTN.

DIKELUARKAN OLEH UNIVERSITI TUN ABDUL RAZAK (UNITAR)
HUBUNGI : HASNAN HAKIM / SHARIFAH FEIZIAH ALQUDSY
E-MEL : hasnanh@unitar.edu.my / feiziah@unitar.edu.my
TEL : (03) 7809 2100
FAKS : (03) 7627 7243
TARIKH SIARAN : 17 FEB, 2004
DISIARKAN OLEH BERNAMA PRWIRE MALAYSIA*GLOBAL

 
 
 

Copyright @ 2014 MREM . All rights reserved.