ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  AKADEMI KULINARI 1 MALAYSIA

Tuesday 21/11/2017



PUTRAJAYA, 21 Nov (Bernama) -- Persatuan Kesejahteraan Rakyat 1 Malaysia (KER1M) dengan kerjasama Nada Capital Berhad mengumumkan cadangan untuk pelaksanaan Akademi Kulinari 1 Malaysia ( AK1M) dengan jalinan kerjasama sokongan daripada Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) untuk mendorong dan membantu masyarakat yang tinggal dikawasan luar Bandar menyertai program-program yang
akan diadakan dibawah Akademi Kulinari 1 Malaysia ( AK1M).  

Ini adalah usaha kami ke arah membangunkan ekonomi rumah tangga dibawah program (ERT) dan juga sebagai Pendidikan Kesejahteraan Keluarga dengan mewujudkan Pusat Masakan. Program ini diperluaskan dengan aktiviti-aktiviti yang memberi tumpuan kepada golongan wanita seperti kaum ibu/wanita, suri rumah, balu dan golongan kurang berkemampuan dapat mengisi tabung kewangan isi keluarga dengan memperolehi elaun kerja dan gaji bulanan melalui Akademi Kulinari 1 Malaysia ( AK1M). 

AK1M bercadang untuk menawarkan perkhidmatan pembelajaran selama 1 Tahun dengan pembayaran elaun anggaran dari RM 400 sehingga RM 600 setiap peserta termasuk sajian makanan 2 kali sehari dan tawaran hostel penginapan. Setelah selesai tempoh setahun , pihak kami akan menawarkan Sijil Kemahiran dan Penyertaan sebagai pengiktirafan pencapaian kursus sambil bekerja. Untuk penyertaan bayaran berjumlah RM 300 dikenakan sebagai yuran pemprosesan dokumen dan temuduga. Setelah bersetuju dengan tawaran dan kursus penilaian selama 2 minggu di pusat atau restoran yang memberikan pengajaran asas akan dipindahkan ke restoran-restoran dan bahagian penyelia makanan yang berdaftar dibawah AK1M.

Melalui usaha ini, KER1M berharap rakyat dapat terus mempelajari kemahiran memasak secara bertauliah dan seterusnya dapat berusaha untuk mendirikan satu perniagaan tetap secara sendirian. Sekiranya peserta-peserta ingin meneruskan pekerjaan setelah tamat kursus setahun, maka AK1M akan membantu mendapatkan pekerjaan tersebut dengan kadar bayaran gaji permulaan diantara RM 1500 - RM 2200 untuk Kru Restoran Makanan.

Kepada sesiapa yang berminat untuk bekerja dengan pengurusan restoran ini bolehlah menghubungi kami ditalian 03-8861 7557 Cik Shaqhiroh atau Cik Jeya 012-6071111. Sekiranya permohonan melalui emel diminta hubungi kami di alamat emel admin@1malaysia.info .

SUMBER : Persatuan Kesejahteraan Rakyat 1 Malaysia (KER1M)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama : Cik Shaqhiroh
Tel :  03-8861 7557

Nama :  Cik Jeya
Tel : 012-6071111

--BERNAMA 






 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.