ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 28, 2024 -Khamis

 
  KEMPEN "TOHOKU MESRA MUSLIM" DILANCARKAN SEBAGAI SEBAHAGIAN DARIPADA PROJEK "TOHOKU BAHARU" KERAJAAN BERTUJUAN UNTUK MENGGALAKKAN PELANCONGAN DI TOHOKU

Tuesday 21/11/2017



AsiaNet 71091  

TOKYO, 17 Nov., 2017 /Kyodo JBN/ --
 
- Kempen Bertujuan untuk Meningkatkan Pengenalan Hotel-hotel dan Restoran-restoran "Mesra Muslim" di Enam Wilayah di Tohoku, dan Menyediakan "Omotenashi (Hospitaliti gaya Jepun)" yang Berdaya Saing seperti "Laluan-laluan Emas" Jepun -

Agensi Pembentukan Semula itu sedang membangunkan sebuah Projek "Tohoku Baharu" untuk menggalakkan pelancongan di Tohoku. Sebagai sebahagian daripada projek itu, SUNNY SIDE UP Inc. memulakan kempen "TOHOKU MESRA MUSLIM" pada 1 November dan sedang mengendalikan pejabat perwakilan PR (perhubungan awam) Jepun "TOHOKU MESRA MUSLIM".

Kempen itu bertujuan mewujudkan infrastruktur yang diperlukan untuk menerima trafik Muslim ke dalam negara di enam wilayah di daerah Tohoku. Produk perjalanan telah dibangunkan untuk memenuhi permintaan negara-negara Islam yang utama yang mempunyai pertumbuhan ekonomi yang stabil (iaitu Indonesia dan Malaysia) agar dapat menarik pelancong dari negara-negara ini. Bengkel "MESRA MUSLIM" telah diadakan di hotel-hotel utama di Tohoku untuk memperdalam pemahaman konsep itu agar dapat mewujud dan membangunkan perkhidmatan "omotenashi" (hospitaliti gaya Jepun) yang baharu untuk menyambut ketibaan orang Islam. Hasilnya, kemudahan yang memperkenalkan bilik solat dan makanan yang "MESRA MUSLIM" adalah terjamin di Tohoku, dan kini, maklumat mengenai kempen itu untuk pasaran orang Islam boleh diperolehi.

(Foto: http://prw.kyodonews.jp/opn/release/201711168037/?images)
              
(Logo: http://prw.kyodonews.jp/img/201711168037-O14-g93psB0t)
 
Di sebalik pembangunan projek itu adalah satu peningkatan di dalam bilangan orang Islam yang melawat Jepun. Bilangan pelancong ke Jepun dari Indonesia, di mana orang ​​Islam dikatakan mencakupi 90% (kira-kira 200 juta) daripada jumlah penduduknya, dan dari Malaysia, di mana agama rasminya adalah Islam, berkembang hampir tiga kali ganda sepanjang empat tahun dari 2012 hingga 2016. Oleh itu, walaupun pasaran pelancongan ke dalam negara Jepun tidak lagi boleh tidak mengendahkan orang Islam yang mencakupi satu perempat penduduk dunia. Walau apapun keadaannya, terdapat hanya dua kemudahan penginapan di seluruh enam wilayah di Tohoku yang boleh menyediakan makanan yang mesra muslim setakat  Mac 2017, menurut satu kajian yang dijalankan oleh Halal Media Japan.

Atas sebab ini, usaha telah dibuat dengan pantas untuk memahami apa yang diperlukan oleh orang Islam, untuk berupaya menyediakan "omotenashi" kepada pelancong muslim menjelang peningkatan seterusnya di dalam pasaran pelancongan ke dalam negara Jepun yang dijangka menjelang 2020.

Pejabat perwakilan PR Jepun "TOHOKU MESRA ORANG ISLAM" sedang mencari untuk meningkatkan jumlah kemudahan yang mengambil bahagian di dalam kempen itu, dan pada masa yang sama meningkatkan pengalaman pelancong mengenai "Omotenashi MESRA ORANG ISLAM." Model lawatan yang memaparkan sejarah dan alam semula jadi Tohoku yang unik akan diwujudkan untuk bersaing dengan "Laluan Emas" yang terkenal (iaitu Tokyo, Gunung Fuji dan Kyoto), dan maklumat tentang kemudahan dan lawatan pelancongan yang "MESRA ORANG ISLAM" diperkenalkan melalui laman web untuk pelancong ke dalam negara seperti JAPANiCAN
(https://www.japanican.com/en/area/tohoku/).
 
Apa yang dimaksudkan dengan MESRA ORANG ISLAM?
MESRA ORANG ISLAM merujuk kepada perkhidmatan yang dilanjutkan dengan belas kasihan dan pemahaman tentang keperluan khusus bagi pelawat muslim, tetapi tidak memerlukan "pensijilan halal" rasmi. Sementara "pensijilan halal" menandakan produk dan perkhidmatan itu mesti mematuhi sepenuhnya dharma atau hukum moral dan keagamaan Islam agar semua muslim boleh menggunakannya tanpa was-was, MESRA MUSLIM tidak memerlukan pematuhan penuh dengan rukun-rukun Islam. Oleh itu, adalah penting bahawa maklumat yang betul dikongsi agar pengguna Islam boleh membuat keputusan yang bermaklumat sama ada atau tidak untuk mengambil kesempatan daripada perkhidmatan yang ditawarkan itu berdasarkan kepada kepercayaan agama mereka. Contoh: menawarkan menu yang "bebas daging khinzir" dan "bebas alkohol", memaparkan bahan-bahan bagi makanan pada menu, menyediakan ruang untuk solat dan pengambilan wuduk, dsb.
 
Sumber: Pejabat perwakilan PR Jepun "TOHOKU MESRA MUSLIM"
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.