ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  ​UNIVERSITI UTAMA CHINA MENCETUSKAN SEMANGAT INOVASI DENGAN BERGERAK KE ARAH PENGANTARABANGSAAN

Monday 20/11/2017



AsiaNet 71115

HANGZHOU, China, 20 Nov., 2017 /Xinhua-AsiaNet/--

 
Pada 21 Oktober, 2017, Kampus Antarabangsa Universiti Zhejiang telah dibuka secara rasminya. Kira-kira satu tahun yang lalu, Profesor Philip T. Krein, seorang felow di Akademi Kejuruteraan Amerika, datang ke Universiti Zhejiang (ZJU) di China. Di universiti ini dengan reputasinya sebagai "Cambridge Timur", beliau mendapat gelaran baharu sebagai dekan sepenuh masa di Universiti Zhejiang / Universiti Illinois di Institut Urbana-Champaign (Institut ZJU-UIUC).
 
Institut bersama itu ditubuhkan di Kampus Antarabangsa Haining ZJU. Sebagai sebuah model baharu bagi pendidikan transnasional, institut itu akan menyediakan sebuah pendidikan kejuruteraan yang bertaraf dunia dengan memperkenalkan kurikulum dan sumber terbaik dari UIUC, yang dilengkapi dengan sumbangan yang sama penting dari ZJU. Terletak di Teluk Hangzhou, sebuah kawasan utama di wilayah Delta Sungai Yangtze, Kampus Antarabangsa itu meliputi sebuah kawasan seluas 80 hektar, yang juga menjadi tapak bagi Makmal Bersama ZJU-Imperial untuk Sains Data Gunaan dan Institut ZJU-UoE (Universiti Edinburgh), dll. Dengan perancangan besar oleh kerajaan China untuk membangunkan kawasan Teluk Hangzhou menjadi sebuah enjin untuk inovasi ekonomi, atau versi China bagi Kawasan Teluk San Francisco, perhatian mendalam telah ditumpukan kepada kampus ZJU yang baharu ini.
 
"Pembinaan Kampus Antarabangsa itu merupakan satu lagi pencapaian penting dalam dorongan ke arah mengantarabangsakan Universiti Zhejiang," kata Profesor SONG Yonghua, naib presiden eksekutif ZJU dan pengasas dekan bagi Kampus Antarabangsa itu. Selepas bertahun-tahun berlatih mengendalikan sekolah antarabangsa, ZJU telah membangunkan sebuah "Strategi Global 4S" pada tahun 2013 yang tersendiri dan efektif, iaitu "strategik", "penting", "mampan" dan "berorientasikan perkhidmatan". "Berdasarkan pada norma baharu China, 'Strategi Global 4S' menetapkan kerangka teori dan praktikal bagi mengantarabangsakan ZJU, dan pada masa yang sama menggunakan semua amalan baik di universiti-universiti bertaraf dunia sekarang." Kata SONG.
 
ZJU merupakan satu daripada universiti terkemuka China yang bergerak ke arah pengantarabangsaan. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, dengan pelaksanaan strategi nasional dalam "meremajakan negara melalui sains dan pendidikan" dan "mengukuhkan negara dengan bakat", pendidikan tinggi China telah menunjukkan satu corak baharu dalam sikap keterbukaan pembangunan, dan sedang menuju ke arah peringkat tengah pentas dalam pendidikan tinggi global dengan sokongan terkini kerajaan melalui "Inisiatif Berganda Kelas Pertama".
 
China sedang mengeksport sebilangan besar pelajar untuk kajian luar negara, sementara semakin ramai warga asing menimba pendidikan tinggi di institusi-institusi di China, yang telah membawa kepada tahap pengantarabangsaan yang lebih tinggi dalam pembangunan sumber manusia. Pada tahun 2016, jumlah pelajar China yang belajar di luar negara mencapai 545,000 orang, yang merangkumi sekitar 180 buah negara dan wilayah, dan China telah menjadi pengeksport terbesar dunia bagi pelajar asing. Pada tahun yang sama, lebih 443,000 orang pelajar asing menuntut di China, menjadikan China sebagai destinasi utama di Asia. Di samping itu, China menunjukkan "kesan magnetik" yang kuat untuk bakat-bakat luar negara, dengan menyaksikan arus terbesar pelajar China yang pulang ke kampung halaman selepas belajar di luar negara sejak pembentukan Republik Rakyat China pada tahun 1949. Menjelang akhir tahun 2016, jumlah keseluruhan pelajar yang kembali di China telah melebihi 2.65 juta orang.
 
Ditubuhkan pada tahun 1897, ZJU adalah satu daripada akademi pengajian tinggi moden yang paling awal yang diasaskan oleh orang China sendiri. Selepas 120 tahun pembangunannya, ia telah menjadi satu daripada universiti terkemuka di China. Menurut data yang dikeluarkan oleh Essential Science Indicator (ESI), setakat November 2017, ZJU berada di peringkat 1% teratas dalam 18 disiplin dan disenaraikan dalam 50 institusi teratas dalam pengajian akademik di dunia dalam 5 disiplin, mencatatkan prestasi terbaik di kalangan universiti di tanah besar China.
 
Dengan lebih banyak kerjasama di antara universiti-universiti China dan luar negara, China sedang menggabungkan sumber pendidikannya dengan rakan-rakan di peringkat antarabangsa. Pada akhir tahun 2016, China telah mewujudkan koperasi pendidikan dan pertukaran hubungan dengan 188 buah negara dan wilayah, menjalankan kerjasama dan pertukaran pendidikan dengan 46 organisasi antarabangsa, dan menandatangani perjanjian dengan 47 buah negara dan wilayah berhubung pengiktirafan bersama bagi ijazah akademik. Terdapat 2,480 institusi pendidikan dan projek China-asing yang dikendalikan secara koperasi yang diluluskan oleh Kementerian Pendidikan China.
 
Setakat September 2017, ZJU telah mewujudkan pelbagai bentuk kerjasama dengan lebih 170 universiti atau institusi pendidikan di 34 buah negara di lima benua. Pada tahun 2016, lebih daripada 4,800 pelajar ZJU mengambil bahagian dalam pertukaran antarabangsa dan lebih 3,400 pelajar ijazah antarabangsa tertarik ke kampus mereka.
 
Mengulas mengenai pengantarabangsaan universiti-universiti China, Profesor Krein berkata bahawa berlatar-belakangkan globalisasi itu, manusia kini menghadapi lebih banyak cabaran yang lazim; sementara itu, globalisasi juga menyediakan peluang yang tidak wujud sebelum ini untuk menjalin kerjasama di dalam pendidikan tinggi. Melalui kerjasama antara budaya dan merentasi serantau, pelajar akan mempunyai lebih banyak peluang untuk membangunkan keupayaan mereka bagi penyelidikan dan inovasi, menjadi bakat kreatif yang memimpin masa hadapan, dan memberi pertumbuhan ekonomi dan kemajuan sosial yang lebih baik.
 
 
Sumber: Universiti Zhejiang (ZJU)
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=301157 

 
--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.