ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  PERKONGSIAN KAMORI KANKO DAN NISADE LANCARKAN PEMBANGUNAN HOKKAIDO YANG BERINOVATIF BAGI HOTEL THE VALE RUSUTSU

Monday 20/11/2017



AsiaNet 71119

RUSUTSU, Jepun, 20 Nov./Medianet International-AsiaNet/--

 
Kamori Kanko, syarikat pelancongan persendirian terkemuka di Hokkaido dan pernah menjadi pengendali resort ski terbesar di Amerika Syarikat, telah menjalin kerjasama dengan pemaju yang telah memenangi anugerah Niseko Alpine Developments [NISADE] dari kemasyhuran The Vale Niseko untuk pembangunan strategik bagi Resort Rusutsu.

Fasa pertama pembangunan itu bernilai kira-kira USD 200 juta dan termasuk hotel mewah The Vale Rusutsu dan sebuah kemudahan mata air panas dan spa. Fasa tambahan yang dijadualkan pada tahun 2018 akan merangkumi pembangunan runcit dan hiburan baharu dan kemudahan hotel seterusnya, yang dianggarkan sekitar USD 500 juta.

Presiden Kamori Kanko Kimihito Kamori berkata operasi unik di Rusutsu Resort memerlukan perancangan jangka panjang untuk pembangunan semula.

"Tidak seperti struktur di resort-resort Hokkaido yang lain, kami memiliki Rusutsu secara keseluruhannya, termasuk resort, lif ski, padang golf dan taman tema," kata Encik Kamori.

"Selepas itu, pembangunan semula Rusutsu memerlukan satu pendekatan yang sangat strategik dan kami mendapati rakan kongsi yang sempurna dalam NISADE, yang telah memainkan peranan penting di dalam mengenal pasti cara untuk melaksanakan pelan pertumbuhan jangka panjang Rusutsu." 

Pengerusi NISADE, Jonathan Martin, berkata rancangan untuk masa hadapan bagi Resort Rusutsu termasuk pembangunan pelancongan yang berinovatif di peringkat serantau dan kebangsaan.

"Pelan itu termasuk sebuah platform bida yang mantap untuk satu daripada Lesen Resort bersepadu yang akan datang untuk Jepun – mungkin satu daripada kasino pertama di negara itu," kata Encik Martin. 

"Kami juga teruja untuk menawarkan pemilikan persendirian di dalam Rusutsu Resort; satu cara baharu bagi pemilik harta untuk menjalin perkongsian secara langsung dengan pengendali resort itu."

Rancangan induk itu dirangka 30 tahun yang lalu, Rusutsu Resort kekal sebagai resort sepanjang musim yang terbesar di Hokkaido, yang mencakupi empat padang golf, sebuah taman tema dan kawasan ski yang luas.

Disokong oleh kepopularan Hokkaido yang semakin meningkat sebagai sebuah destinasi pelancongan dan penekanan Perdana Menteri Abe terhadap pelancongan ke dalam negara, Rusutsu merupakan sebuah peluang sepanjang tahun yang signifikan di dalam industri riadah Jepun.

Gabungan resort ski Niseko, Kiroro dan Rusutsu yang serba baharu itu dijangka menjadi kawasan ski yang paling diidamkan di Asia, dan mampu bersaing dengan destinasi pelbagai resort di Amerika Utara.

Pengumuman Kamori Kanko dan NISADE itu bertepatan dengan Anugerah Ski Dunia 2017, di mana Rusutsu telah dinobatkan sebagai Resort Ski Terbaik di Jepun dan The Vale Niseko mengekalkan gelaran mereka sebagai Hotel Ski Butik Terbaik di Jepun.

Bukti kelayakan yang disanjung oleh rakan kongsi memastikan bahawa masa hadapan Rusutsu menyediakan sebuah persekitaran yang mantap dan mampan untuk tetamu dan pelabur.
 
Untuk maklumat lanjut hubungi:
Jonathan Martin, Yi-Mei Lee atau Hisatake Kamori        
E-mel: enquiries@thevalerusutsu.com
Telefon: +81-136-23-1724
www.thevalerusutsu.com
 
SUMBER:  Niseko Alpine Developments [NISADE] dan Kamori Kanko
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=301115

 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.