ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  PRODUK SARDIN DAN TUNA YUYA MASUK PASARAN DOMESTIK

Friday 17/11/2017



Kini dijual di 24 rangkaian Pasaraya Besar MYDIN

YUYA produk berkualiti, halal pilihan pembeli

SUBANG JAYA, 17 Nov (Bernama) -- FELCRA Berhad telah memperluaskan pasaran produk sardin dan tuna berjenama YUYA untuk pasaran tempatan, bermula semalam bagi memenuhi keperluan pengguna yang sentiasa mengutamakan barangan berkualiti dan HALAL.
 
Pengerusi FELCRA Berhad, Dato’ Sri Bung Moktar Radin berkata, produk sardin dan tuna YUYA kini boleh dibeli di 24 rangkaian Pasaraya Besar MYDIN di seluruh Semenanjung, manakala bagi pembeli di Sabah dijangka boleh mendapatkannya di beberapa pasaraya utama mulai awal Disember ini dan di Sarawak pula bermula Januari, depan.
 
Beliau memberitahu, produk sardin dan tuna YUYA dikeluarkan oleh anak syarikat FELCRA Berhad iaitu FELCRA Livestock & Agri Product Sdn. Bhd. (FLAP) dengan  kerjasama beberapa rakan strategik dari Indonesia dan Filipina.
 
“Produk sardin dan tuna YUYA memperolehi Pensijilan HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) setelah melalui proses kelulusan yang cukup ketat di peringkat pengilangan serta pembuatannya. Ini penting bagi menjamin produk berkenaan bukan sahaja berkualiti tinggi, tetapi bersih, suci dan selamat kepada pengguna,” ujarnya yang juga Pengerusi FLAP.
 
Bung Moktar berkata, produk sardin dan tuna YUYA juga tidak mengandungi sebarang bahan pengawet serta menggunakan ikan-ikan segar tanpa sejuk beku, sebelum di proses di peringkat kilang.
 
“Dari maklum balas pengguna menerusi beberapa promosi yang dilakukan, mereka mengatakan produk sardin dan tuna YUYA miliki kelainan dari segi rasa, malah tidak berbau berbanding produk lain sedia ada di pasaran. Inilah sebenarnya keunikan YUYA yang bakal menjadi pilihan orang ramai yang sentiasa mengutamakan produk berkualiti tinggi dan dijamin HALAL,” jelas beliau.
 
Katanya lagi, selain memberi fokus kepada pasaran domestiK, FELCRA Berhad juga berhasrat memperluaskan produk sardin dan tuna YUYA ke pasaran antarabangsa secara berperingkat melalui anak syarikatnya, FELCRA International Venture (FIV), khususnya Hong Kong, China, Jepun, Timur Tengah selain negara-negara ASEAN.
 
“Kami telah mengadakan promosi di Hong Kong Oktober lalu, dan maklumbalas yang diterima dari beberapa syarikat tempatan di sana cukup memberangsangkan. Produk sardin dan tuna YUYA dijangka menembusi pasaran Hong Kong, bermula Disember ini,” kata Bung Moktar.
 
Beliau menjelaskan, Pensijilan HALAL yang dikeluarkan JAKIM ternyata cukup menyakinkan beberapa syarikat antarabangsa termasuk di Hong Kong kerana ia memberi pilihan terbaik kepada pengguna  membeli produk berkualiti dan bersih berdasarkan piawaian yang ditetapkan JAKIM.
 
Kini pelbagai produk berjenama YUYA mampu bersaing di pasaran tempatan dan antarabangsa seperti  Tuna Sambal Pedas (Spicy Chili); Tuna Rendang (Spicy Coconut Gravy); Tuna Sos Bawang Berempah (Spicy Onion Sauce); Sotong Goreng Bercili (Squid Fried Chili); Perencah Tuna (Tuna Seasoning); serta Perencah Ikan Masin (Salt Fish Seasoning), selain Sardines (in Tomato Sauce) dan Sardines (In Tomato Sauce With Chili Added).

Sumber : FELCRA Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : En. Misrom bin Matleham
Bahagian Komunikasi Korporat
FELCRA BERHAD
Tel : 03 4145 5440

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.