ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  "DIALOG UNTUK INFRASTRUKTUR BERKUALITI: MEMBANGUN MASA HADAPAN YANG MAKMUR DI INDONESIA" PADA MINGGU INFRASTRUKTUR INDONESIA 2017

Thursday 16/11/2017



AsiaNet 71007

JAKARTA, Indonesia, dan TOKYO, 14 Nov., 2017 /Kyodo JBN-AsiaNet/--
 
Untuk merealisasikan pertumbuhan ekonomi Indonesia yang mampan, infrastruktur berkualiti Jepun adalah sangat diperlukan dan penting. Kerajaan Jepun telah menganjurkan "Dialog untuk Infrastruktur Berkualiti -- Membangun Masa Hadapan Asia" di Pusat Konvensyen Jakarta, tempat bagi Minggu Infrastruktur Indonesia 2017, pada Rabu, 8 November 2017.

(Foto: http://prw.kyodonews.jp/img/201711097751-O1-hjIhZk9g)
 
Sewaktu acara itu dihadiri oleh kira-kira 100 orang peserta, perbincangan aktif telah diadakan mengenai jenis infrastruktur berkualiti yang diperlukan untuk pembangunan yang kukuh dan mampan di Indonesia dan bagaimana Jepun boleh memainkan suatu peranan penting.

Encik Kozo Honsei, Timbalan Ketua Misi di Kedutaan Jepun di Indonesia, menyatakan dalam ucapan pembukaannya bagi pihak Kerajaan Jepun: "Sudah jelas bahawa kita memerlukan perancangan, pembiayaan dan teknologi yang sesuai untuk pembangunan infrastruktur Indonesia selain pertumbuhan ekonomi di Indonesia." Beliau juga menyebutkan bahawa Jepun dapat membantu bukan sahaja berhubung pertumbuhan ekonomi, tetapi juga meningkatkan kualiti hidup di Indonesia.

Wakil Kerajaan Indonesia, Dr. Ir. Wahyu Utomo, Timbalan Menteri bagi Percepatan Infrastruktur dan Pengembangan Wilayah, Kementerian Penyelarasan bagi Hal Ehwal Ekonomi, Republik Indonesia, menyatakan bahwa dialog itu penting untuk berkongsi dan membincangkan peranan infrastruktur dalam pembangunan ekonomi Indonesia.

Mengenai penetapan agenda itu, Yasuharu Funabashi, Timbalan Pengurus Besar bagi Pejabat Projek Strategik, Jabatan Penyelidikan Industri, Bank Mizuho, membuat satu pembentangan dengan data yang mendalam mengenai keadaan semasa berhubung ekonomi Indonesia dan pandangannya. Funabashi menegaskan bahawa pemacu ekonomi Indonesia berada di ambang untuk menukarkan dirinya dari sumber asli kepada infrastruktur.

Semasa dialog itu, ahli panel Indonesia dan Jepun juga membincangkan peranan infrastruktur berkualiti dalam pertumbuhan ekonomi Indonesia yang kukuh dan mampan. Perbincangan itu membabitkan projek infrastruktur keutamaan sebagai sebuah pemacu bagi pembangunan ekonomi, peranan infrastruktur yang berkualiti dalam pertumbuhan ekonomi mampan di Indonesia, dan pentingnya sumbangan oleh sektor awam dan swasta Jepun di dalam merealisasikan pelan pembangunan Indonesia.

Dr. Ir. Wahyu Utomo berkata untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang mampan, satu faktor penting adalah membangunkan sumber manusia tempatan, yang membolehkan rakyat melaksanakan infrastruktur yang sesuai.

Bagi pihak kerajaan Jepun, Cik Yuko Baba berkata: "Apabila teknologi termaju canggih baru dipasang, perancangan yang sewajarnya yang didasarkan kepada pengalaman praktikal merupakan kunci bagi kejayaan itu. Selain menyokong di dalam keseluruhan proses perancangan, Jepun akan dapat bekerjasama rapat dengan Indonesia di dalam bidang pengembangan sumber manusia. Jepun ingin menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Indonesia yang mantap sebagai sebuah rakan yang setia."

Dari sudut perniagaan, Encik Tomofumi Fukuda, Presiden Direktur, PT Marubeni Indonesia, menegaskan bahawa isu terbesar bagi infrastruktur Indonesia adalah "pengambilalihan tanah". Membina perancangan konkrit dengan kerjasama kerajaan adalah kunci untuk menyelesaikan masalah itu. Dr. Ir. Wahyu Utomo bersetuju dengan perkara itu dan mengatakan bahawa terdapat juga isu kewangan. Beliau meminta syarikat-syarikat Jepun untuk mempertimbangkan keadaan Indonesia dan menyediakan pelbagai pelan dengan lebih fleksibel.

Dalam mengakhiri dialog itu, Cik Baba menekankan bahawa "Sudah tiba masanya bagi Indonesia yang unggul itu untuk mengambil inisiatif dan membangunkan 'Infrastruktur Berkualiti'. Jepun ingin menyumbang bukan sahaja dalam membangunkan infrastruktur itu, tetapi juga bagi merealisasikan operasi infrastruktur jangka panjang yang berkualiti selepas selesai dengan pembinaan keupayaan manusia, di mana kita mempunyai kekuatan dan pengalaman."

Program:
- Ucapan pembukaan oleh tuan rumah:
Encik Kozo Honsei, Timbalan Ketua Misi di Kedutaan Jepun di Indonesia
- Ucapan oleh tetamu kehormat:
Dr. Ir. Wahyu Utomo, Timbalan Menteri bagi Percepatan Infrastruktur dan Pengembangan Wilayah, Kementerian Penyelarasan bagi Hal Ehwal Ekonomi, Republik Indonesia
- Agenda: Dialog untuk Infrastruktur Berkualiti, Membina Masa Hadapan Asia
- Dialog: Apakah faktor yang paling penting untuk pembangunan infrastruktur dalam menyokong pertumbuhan ekonomi yang mantap di Indonesia?
- Perincian topik: Encik Yasuharu FUNAHASHI, Timbalan Pengurus Besar, Bank Mizuho
- Ahli Panel: Cik Yuko BABA, Pengarah bagi Penggalakan Perdagangan, Bahagian Penggalakan Perdagangan, METI
Encik Tomofumi FUKUDA, Presiden Direktur, PT Marubeni Indonesia
Dr. Ir. Wahyu Utomo, Timbalan Menteri bagi Percepatan Infrastruktur dan Pengembangan Wilayah, Kementerian Penyelarasan bagi Hal Ehwal Ekonomi, Republik Indonesia
Encik Novias Nurendra, Pengurus Besar bagi Jabatan Sistem, PT. Wijaya Karya
Encik Irwan Sjarkawi, Bakrie&Brothers Presiden Komisaris
Encik Ali Herman Ibrahim, Bakrie Power; bekas Pengarah Urusan PT. PLN
- Moderator: Cik Tomoko OMURA, Wartawan, bekas pembaca berita bagi NHK dan NHK World
- Pembentangan: Encik Mikio MATSUMOTO, Ketua Perwakilan Jakarta
Pejabat Perwakilan, Tokyo Gas Co., Ltd.
Encik Masahiko MORINO, Ketua Perwakilan, Pejabat Perhubungan Jakarta, Mitsubishi
Heavy Industries, ltd.
 
 
SUMBER: Dialog untuk Pejabat Pentadbiran Infrastruktur Berkualiti

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.