ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  POLYPLASTICS MENAWARKAN GRED POLIASETAL VOC RENDAH BAGI GARISAN PALING LUAS DALAM INDUSTRI UNTUK BAHAGIAN DALAM AUTOMOTIF

Thursday 16/11/2017



AsiaNet 71005

TOKYO, 14 Nov., 2017 /Kyodo JBN-AsiaNet/--
 
Polyplastics Co., Ltd. menawarkan rangkaian gred resin polioksimetilena (POM) yang paling luas di dalam industri dengan pelepasan VOC rendah untuk pengeluaran bahagian dalam automotif. Gred asetal VOC rendah DURACON (R) ini direka bentuk khusus untuk memenuhi peraturan terkini yang mengawal kepekatan VOC di dalam bahagian dalam automotif.

(Imej 1:
https://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M100475/201711107812/_prw_PI2fl_j5vJWu9G.jpg)
 
(Imej 2:
http://prw.kyodonews.jp/img/201711107812-O1-r3l72kI0)
 
Gred VOC rendah Polyplastics membolehkan pelanggan mereka untuk menghasilkan bahagian yang terbentuk sesuai mengikut keperluan peraturan hari ini untuk bahagian dalam automotif. Bahan-bahan ini juga menyumbang kepada persekitaran kilang yang lebih baik hasil daripada pengurangan di dalam jumlah pelepasan VOC di tapak acuan, serta pengurangan di dalam deposit acuan yang mengurangkan kekerapan penyelenggaraan acuan. Syarikat itu menggunakan teknologi yang mengurangkan kuantiti sisa formaldehid di  dalam pelet resin melalui penggunaan penstabil dan penghapus sisa yang optimum.

Barisan VOC rendah Polyplastics termasuk DURACON (R) M90-45LV – sebuah gred tahan cuaca yang dipertingkatkan. Ia mempamerkan kuantiti formaldehid yang sangat rendah yang dilepaskan berbanding dengan gred-gred pesaing. DURACON (R) M90-45LV mempunyai ciri-ciri tahan cuaca yang dipertingkatkan yang melambatkan kerosakan yang disebabkan oleh cahaya ultraviolet dan degradasi ciri-ciri fizikal yang sepadan.

Satu lagi gred VOC rendah ialah NW-02LV, sebuah bahan gelangsar tinggi yang memberikan ciri-ciri geseran dan lelasan yang sangat baik dan bunyi gelangsar rendah. Resin VOC rendah yang lain termasuk sebuah gred bertetulang kaca (GH-25LV), sebuah penawaran berglos rendah (LU-02LV), dan sebuah gred tahan impak (TF-10LV). DURACON (R) TR-20LV adalah sebuah gred ketegaran tinggi/ gred warpage rendah manakala DURACON (R) M270LV adalah sejenis bahan aliran tinggi.

Gred VOC rendah DURACON (R) juga disasarkan pada aplikasi bukan automotif seperti peralatan automasi pejabat. Pengurangan PC, mesin fotokopi dan projektor telah menyebabkan peningkatan suhu dalaman, sekali gus mewujudkan potensi untuk melepaskan jumlah VOC yang lebih besar.

Untuk maklumat lanjut, sila layari
https://www.polyplastics.com/en/product/appli/car_voc/index.vm
 
DURACON (R) adalah sebuah cap dagang berdaftar milik Polyplastics Co., Ltd. di Jepun dan negara lain
 
Maklumat mengenai Polyplastics
Polyplastics adalah sebuah pemimpin dunia di dalam pembangunan dan pengeluaran bagi penyelesaian termoplastik kejuruteraan. Portfolio produk syarikat itu yang luas termasuk POM, polibutilena terephthalate (PBT), polifenilena sulfida (PPS), dan polimer kristal cecair (LCP). Syarikat itu mempunyai penguasaan pasaran yang terbesar di dunia bagi POM. Dengan memiliki lebih 50 tahun pengalaman, syarikat itu disokong oleh sebuah rangkaian penyelidikan & pembangunan, pengeluaran, dan sumber jualan global yang kukuh di seluruh dunia yang mampu mewujudkan penyelesaian termaju untuk sebuah pasaran global yang sentiasa berkembang.
 
SUMBER: Polyplastics Co., Ltd.

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.