ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  TOSHIBA ELECTRONIC DEVICES & STORAGE CORPORATION MENGELUARKAN PENGAWAL ATUR LDO 1.5A DALAM PAKEJ PALING KECIL DI DALAM INDUSTRI UNTUK APLIKASI MUDAH ALIH

Wednesday 15/11/2017



TOKYO, 15 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation hari ini memulakan penghantaran "TCR15AG," satu siri pengawal atur ciciran rendah (LDO) dalam pakej WCSP6F yang paling kecil[1] di dalam industri. Siri TCR15AG itu sesuai untuk aplikasi mudah alih dan modular yang memerlukan peranti yang kecil dan nipis.

Walaupun pakejnya kecil, siri TCR15AG itu boleh memacukan arus tinggi 1.5A, yang menjadikannya sesuai untuk aplikasi bekalan kuasa dalam chipset Wi-Fi® bagi telefon pintar dan tablet, kamera dan modul tanpa wayar. Siri baharu itu juga boleh mengawal bekalan kuasa di dalam aplikasi yang memerlukan arus yang tinggi, termasuk komputer bimbit, kamkorder digital, peranti penyimpanan dan kotak atas set.

Siri TCR15AG menyampaikan nisbah penolakan gelombang yang terbaik dalam kelas[1] dalam industri dan tindak balas sementara muatan. Ia dengan ketara mengurangkan bunyi gelombang dari sebuah IC pengurusan kuasa (PMIC) atau sebuah penukar DC-DC yang seringkali merupakan faktor yang menghadkan bekalan kuasa untuk kamera dan litar frekuensi radio (RF). Ini membantu untuk meminimumkan turun naik voltan keluaran yang berlaku sebagai tindak balas terhadap perubahan mendadak di dalam arus semasa peralihan mod dalam kamera dan litar RF.

Ciciran voltan rendah dijamin dengan menggunakan sebuah pin voltan bias luaran (VBIAS), yang membantu untuk meningkatkan kecekapan kuasa sistem dan menyumbang kepada hayat cas yang lebih lama untuk bateri bagi produk mudah alih.

Siri itu menawarkan dua jenis voltan keluaran — keluaran boleh laras di antara 0.60V dan 3.6V melalui perintang luaran, dan voltan keluaran tetap dari 0.65 V hingga 3.6 V — yang membolehkan sokongan bagi pelbagai aplikasi bekalan kuasa.

Ciri-ciri perlindungan meluas bagi siri TCR15AG itu termasuk perlindungan lebihan arus dan penutupan terma, sekali gus meletakkannya sebagai satu penyelesaian LDO berkecekapan tinggi untuk aplikasi yang memerlukan voltan yang sangat terkawal di dalam lingkungan arus tinggi dan penggunaan kuasa yang rendah.

Aplikasi
  • Telefon pintar, tablet, komputer bimbit, kamera video digital, peralatan penyimpanan, kotak atas set
Ciri-ciri
  • Arus keluaran yang tinggi sebanyak 1.5 A di dalam pakej WCSP6F paling kecil dalam industri
  • Nisbah penolakan gelombang paling tinggi di dalam industri dan tindak balas sementara muatan terpantas; sangat sesuai untuk aplikasi kamera dan RF
  • Voltan ciciran rendah, satu keperluan untuk aplikasi bekalan kuasa yang berkecekapan tinggi
  • Ciri-ciri perlindungan termasuk perlindungan lebihan arus, penutupan terma, pengurangan arus rempuh masuk dan pelepasan automatik.

Sila klik di sini untuk Spesifikasi Utama 

Sila klik di sini untuk Barisan produk
 
 
Nota:
[1]: Setakat 15 November, 2017 untuk IC pengawal atur LDO dengan arus keluaran 1.5A. Kaji selidik Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation.
[2]: Tidak termasuk sebuah arus terminal kawalan (Icr) dan arus yang mengalir melalui sebuah perintang luaran bagi pengawal atur LDO keluaran berubah-ubah
[3]: VBIAS = 3.3V, VIN = VOUT + 1V, IOUT = 10mA, VOUT = 0.9V, f = 1kHz, VIN Ripple = 200 mVp-p, Ta = 25°C, COUT = 4.7μF
[4]: Diukur pada keluaran 0.9V dengan pengawal atur LDO keluaran berubah-ubah TCR15AGADJ. VDO = VIN1*1 - (VOUT1*2 – 100 mV)
  *1: VIN1 adalah sebuah voltan input apabila voltan keluaran jatuh dari VOUT1 kepada 100 mV.
  *2: VOUT1 adalah sebuah voltan keluaran apabila VN = VOUT + 0.5 V.
 
* Wi-Fi adalah sebuah cap dagang berdaftar milik Wi-Fi Alliance.
 
Ikuti pautan di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai barisan Pengawal Atur LDO Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation.
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/linear/power-supply/ldo-regulator.html

Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Jualan Peranti Isyarat Kecil & Pemasaran
Tel: +81-3-3457-3411
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

*Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak dijual dari Toshiba Corporation untuk menjadi sebuah syarikat baharu pada Julai 2017, kami telah mengambil tempat kami di kalangan syarikat peranti utama yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.

Seramai 19,000 orang pekerja kami di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk kami, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan bagi menggalakkan penciptaan bersama nilai dan pasaran baharu. Kami berharap dapat membina di atas jualan tahunan yang kini melebihi 700 bilion yen (AS$6 bilion) dan untuk menyumbang kepada masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua.

Perolehi maklumat lanjut mengenai kami di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/company.html
 
Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51716836&lang=en


Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Chiaki Nagasawa, +81-3-3457-4963
Jabatan Pemasaran Digital
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp
 

Sumber: Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20171114006805/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.